Faris Zakwan Dah Free Diapers!!

October 21, 2016

Assalamualaikum

Dah sebulan lebih abg Faris free diapers. Misi untuk free diapers before faris turns 4 telah berjaya.. yeahh!!! Ye.. dilah tau, ni kira dah lambat jugak free diapers.. anak org lain belum masuk 3 tahun dah tak pakai pampers lagi... ada tu belum 2 tahun dah free diapers..  tu anak uolss.. tahniah diucapkan pd mak2 yg berjaya potty train anak before 2thn dan 3 thn ya..


Actually, plan asal memang nak potty train faris before dia umur 3 tahun. tapi memandangkan masa tu baru lepas bersalin dan baby pun masih kecik lagi, dilah tak cukup gagah nak potty train faris.. yela, nak train diorg ni kena la banyak bersabar, kena rajin layan kerenah dia nak kencing nak berak kan.. so, bila ada baby bawah 1 thn tu mcm tak cukup tabah nak handle.. hehe..

Tahun ni faris dah start duduk taska.. dah start masuk kelas dan belajar.. so, masa lebih banyak kat sekolah.. plan dari awal tahun nak potty train.. tp cikgu cakap kalau nak ajar kena time cuti sekolah.. time tu student tak ramai, so cikgu boleh tumpukan lebih perhatian kat faris.. yela, kita pun faham kan.. buatnya dia nak terkencing tp tak sempat dah bersepah  kat sekolah.. dah mengganggu budak2 lain pulak kannn..

So time cuti bulan 3 tu sempat train 3,4 hari.. tp tak berjaya sangat. lagi2 Faris ni jenis yg sangat leka kalau dah tengok TV.. kita cakap apa pun dia buat tak tahu jer.. sayang nak tinggalkan citer cartoon dia tu.. tu la salah satu sbb dilah tak dapat train dia awal2.. 

Cuti sekolah seminggu sebelum masuk bulan puasa aritu pun tak dapat nak train. sbb time tu adik fattah anas admitted kat KPJ 4H3M sbb demam panas.. so xde sape nak handle dia.  cuti seminggu time raya pun x boleh nak train sbb time tu kita tgh beraya kan.. mesti la banyak berjalan..

So, Dilah decided cuti sekolah seminggu time raya haji bulan lepas dilah nak train faris betul2.. lagi2 dia dah nak masuk 4 tahun kan.. so, before masuk 4 tahun mesti berjaya potty train dia..dan time tu pun faris mcm dah ready untuk bercerai dgn pampers dia.. so,  sedikit sebanyak membantu jugak proses training kali ni...


Minggu 1st dilah pakaikan faris spender bila pegi sekolah (kira hantar taska sbb ibu keje). ada la beberapa kali terkencing kat sekolah.. time tu dia belum pandai control lagi rasa nak kencing tu.. bila malam dilah pakaikan pampers..

2nd week, sekolah dah mula semula.. tp dilah tetap teruskan potty train faris.. tak boleh bertangguh2 lagi.. dah nak masuk 4 thn kotttt.. nak tunggu sampai bila kan.. so 2nd week ni faris dah boleh control sikit rasa nak kencing tu.. dah pandai cakap kat cikgu or pegi bilik air sendiri bila nak kencing. kat rumah pun sama.. walaupun ada sekali 2 masih terlepas lagi, tp it's ok la..

Bila malam pun free diapers jugak.. sebelum tido paksa faris kencing dulu.. oo.. faris kalau nak kencing dia akan jerit "nak kencingggg.." maka maknya pun berlari lintang pukang gi bilik air bukak pintu bukak lampu.. hahaha.... lawak okkk.. kadang2 kerahkan "kakakkkkkk!!!! gi bukak kan lampu bilik air.. abg nak kencing!!" terpekik mak ko suh anak bukak lampu bilik air kannn..


3, 4 malam pertama tanpa diapers faris berjaya tak ngompol.. hahaha.. tahu tak ngompol tu ape?? ngompol tu kencing malam dlm bahasa jawa.. hihi.. dilah letak alas tido yg utk potty train tu.. (ape nama dia dah lupa.. haha) tapi faris tak suka tido atas lapik tu.. eee.. geram tau.. dia mula wat drama, tak selesa la.. itu la.. ini la... ada sekali terlepas kencing jugak time tido.. tp selamat la pakai alas tu kan.. so takde la terkena tilam...

3rd week.. nak berak pun dah pandai pegi sendiri.. sebelum ni ajar dia berak kat tandas tu.. letak alas kat mangkuk tandas tu.. dia ok tp kadang2 mcm tak selesa.. tp lepas2 dari tu perasan bila dia dah pandai pegi tandas sendiri, dia tak guna pun alas tu.. bila tanya abg selesa ke berak mcm tu.. dia kata ok, selesa.. dah dia kata ok, xnak la paksa2 lagi kan.. bab cebuk dia memang dah pandai dah.. masa pakai pampers dulu pun kalau berak dah suruh dia cebuk sendiri..

Tapi masa 3rd week tu, faris banyak ter kencing malam.. dah la sampai kena kat tilam semua sbb dia tido ganas.. alas tilam tu dah bergerak2.. boleh dikatakan 3 hari berturut terkencing jer.. mula la ibu stress.. malam seterusnya terus pakaikan dia pampers balik..  huawaaa... tp 2 mlm jer la.. sbb dia pun rasa mcm dah tak selesa pakai pampers tu lagi.. ala... tu temporary jer.. mak stress banyak kain baju nak basuh dgn yg terkena kencing lagi.. hahaha..

This week dah 5 minggu Faris free diapers.. Alhamdulillah.. jarang dah terkencing lagi.. siang dan malam dah free diapers.. nak kencing pun dah pandai pegi sendiri.. dah boleh kencing tanpa bukak lampu bilik air.. nak berak pun sama.. kadang2 tetiba perasan dia tgh berak kat tandas tanpa bukak lampu bilik air.. gelap jer.. dia pun x cakap nak berak.. kira dah boleh berdikari la..

Time keluar berjalan pun memang tak yah dah nak standby2 pampers.. sebelum keluar rumah kencing dulu.. sampai kedai makan ke shopping mall tanya faris dulu nak kencing ke tak.. kalau nak terus bawak gi kencing dulu..

gambar google..

Sebagai ganjaran.. ibu bagi tobot XY bergabung sbg hadiah dia dah berjaya potty train.. memang dari last year dah berjanji ngan faris kalau dia berjaya free diapers, ibu akan bagi hadiah.. dan dia request TOBOT XY Bergabung.. hadiah pun salah satu dari penguat semangat dia utk berjaya tau..

Jimat duit pampers skrg ni.. tinggal beli pampers untuk Fattah Anas jer la skrg ni..



You Might Also Like

1 komen