Faris Zakwan Turns 4 - Ceritera Ibu

Faris Zakwan Turns 4


Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas, 7 October 2012 genap la usia abg Faris Zakwan 4 tahun.. rasa kejap jer dah besar anak bujang ibu ni tau.. time dia dpt adik last year mas tu umur 2 thn setengah.. tup tup arini dah 4 tahnu dah.. hahaha.. 


Kalau cikcu ngan auntie2 dia tengok masa usia dia lagi besar.. macam 5 tahun ke.. sebabnya faris ni tinggi ikut ayah.. dan badan dia tough sikit compared ngan kakak dan cousin2 dia yg lebih kurang sebaya.. tu yg rasa mcm dia ni dah besar jer.. tapi cakap masih ada pelat2 lagi.. haha.. dannnnn baru jer sebulan free diapers... (nanti ibu share pasal ni kat entry lain ye..)
-__-

Kalau ikut tahun, umur dah 4 tahun tp kalau ikut birthday baru ni masuk 4 tahun.. tu cakap pun ada pelat2 lagi.. pastu manja nya budak sorang ni tau.. tido mesti nak tido dgn ibu.. jarang2 la nak tido ngan ayah wan tu.. pastu kalau tegur sikit mula la sentap!! haha.. then nanti dia cakap..

"Abang nak sayang ibu..."

Hurmmm.. pandai kan dia.. nak tutup kesalahan dia nanti dia ckp la mcm tu.. ala2 nak manja2 gitu... adohaiiii... nak marah lebih2 pun tak jadi tau.. pandai nak umpan ibu...

Sekarang ni abg faris suka sangat menyakat kakak dan adik fattah anas.. hoiii.. kuat sangat menyakatnya skrg ni.. kakak tu diam2 tetiba dia datang kaco.. adik nak minum air.. baru amik botol air tetiba dia datang rampas nak minum jugak.. ehh.. macam x boleh nak tunggu adik minum dulu pulak kan... dia memang saja jer nak kacau adik tu bagi dia merengek... urut dada mak ko ni tau.. 
-___-

Sebulan sebelum birthday, abg Faris dah request nak kek boboiboy masa birthday dia tahun ni.. actually bukan dia tetiba request.. tp sebab si kakak tu yg sebuk2 asyik tanya bila birthday dia, birthday abg dan semua.. tu yg secara spontan si faris ckp dia nak kek boboiboy... hadiah birthday takde pulak dia minta, cuma kek jer la dia nak boboiboy..

Okla.. sbb dia xde request hadiah birthday, so ibu pun setuju la nak tunaikan impian abg faris nak kek boboiboy.. tapiiii.. ibu ni lambat nau order kat org.. 2 hari sblm birthday baru la sibuk2 cari.. hahaha.. kononnya nak order dari kwn ibu yg biasa beli brownies ngan dia.. tp akak tu tak boleh terima tempahan last minute pulak.. sbb edible dia kena tempah dulu..

Ada usha kak kedai lagi 1 ni.. last year ada order kek birthday kakak kat kedai tu.. harga boleh tahan la, harga kedai kan.. tp kek memang sedap... try tanya org tu jugak.. dalam masa yg sama, lepas amik anak2 dari sekolah singgah kedai SEASON.. kek dia boleh tahan sedap jugak.. tp xde yg cartoon2.. kalau nak order atleast 4 hari.. sob..sob...
-__-

Tanya faris, boleh tak kek takde boboiboy.. dia tak nak.. muka dah sedih dahhh.. cian anak ibu.. dia ckp kalau tunggu 2,3 hari pun boleh lagi asalkan ada boboiboy... tetiba dpt whatsapp dari kedai kek tu, dia ckp kalau nak yg ada boboiboy boleh, tp size edible tu kecik sikit la.. dilah ckp ok jer, asalkan ada boboiboy.. alhamdulillah.. dapat jugak belikan kek boboiboy utk faris..

So, hari Jumaat tu akak kedai bakery tu siap hantar kat rumah sbb dia dah nak tutup kedai.. time dapat kek tu budak2 tido.. so dilah simpan terus dalam peti sejuk.. bila tengok kek tu xdela kecik sangat pun size edible tu.. just nice jer..

Malam tu kitorg balik Sedenak. last minute punya plan.. ala, seronok la sikit nak celebrate ngan family kan.. meriah sikit... sebelum gerak tu bukan main budak2 ni ingatkan suruh beli kek boboiboy.. diorg tak tau yg kek tu dah ada dah.. huhu


Sampai rumah tokma, cepat2 diorg nak ajak potong kek.. sekali bukak kotak kek, bukan main suka lagi si faris tu.. melompat2 dia.. happy bukan main lagi dia.. alhamdulillah.. seronok tengok dia happy dapat kek idaman tu.. bukan dia kesah pun kecik ke besar gambar boboiboy tu.. ehh.. tp boleh tahan besar gak la sbb kek ni besar jugak tau..



Mari la kita potong kek.. adik pun teruja.. dah cocok kek tu sekali.. hahaha.. dalam kek coklat moist.. sedap sangat kek ni tau.. gabungan kek coklat dgn fresh cream tu mmg sedap sangat.. cream tu pun x manis sgt.. just nice jer.. memang tak muak makan.. laju jer memasing makan..




Last year birthday kakak beli kek choc moist ni jugak tp topping tu coklat jugak.. walaupun sedap tp rasa muak sikit la sbb fully chocolate kan.. walaupun dilah penggemar coklat, tp makan sikit je dah cukup sbb rasa muak.. tp kek kali ni mmg 1 slice tu tak cukup ok.. haha... budak2 ni pun suka sgt makan kek tu.. berbaloi la ibu beli kali ni.. puas hati sangat..

Siapa yg berminat nak order kek area skudai dan jb, boleh try dgn akak ni..
Facebook : Moms Bake House
No telefon : +60 19-776 9196


Buat anak ibu Faris Zakwan bin Md Aswan
Selamat Hari Lahir untuk abang..
Semoga abg panjang umur dan murah rezeki selalu,
Semoga abg membesar dgn baik dan sihat2 selalu..
Semoga Allah merahmati hidup abg..
Semoga berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga abg menjadi anak yg soleh,
bijak dan taat kpd Tuhan..
Jadilah anak yg baik, berbudipekerti mulia..
Dengar cakap ibu dan ayah tau...

Ibu, ayah, kakak dan adik sayang sangat kat abg tau...






No comments