Dinosaur Water Theme Park at KSL Resort - Ceritera Ibu

Dinosaur Water Theme Park at KSL Resort


Assalamualaikum

Jom kita sambung citer weekend gateaway kami ke KSL Resort hari tu.. oh ya, ada yg bertanya kat mana KSL Resort tu?? lupa pulak nak inform, KSL Resort ni kat JB tau, betul2 area bandar JB.. so kalau nak round2 JB senang sangat la.. boleh tengok link bawah ni utk review hotel.

Review :: KSL City Resort, JB


Ok.. arini nak cerita pasal Dinosaur Water Theme Park pulak.. Theme Park ni berada di level 7. berhadapan dgn ballroom yg dilah dinner malam tu. disebabkan kesuntukan masa pada 1st day tu (hari dinner tu), so kitorg tak turun la ke water park ni.. tp mujur gak tak turun, kalau tak, kitorg nak naik bilik bertembung la dgn budak2 opis yg dah sampai awal utk dinner tu.. hahaha...

Air dan anak-anak berpisah tiada... ecehhh.. tapi memang betul kan. budak2 ni kalau jumpa air memang boleh lupa semua.. so berzikir la diorg bila kita nak gi pool? bila kita nak mandi?? haha.. tahan jer la telinga ni.. esok pagi kita pegi mandi ye... so keesokan harinya selepas breakfast, kitorg pun turun la ke level 7 ni...





Wahhhh.. bukan main excited lagi anak2 ni nak mandi pool.. lagi menariknya, water park ni bertemakan dinosaur.. memang banyak replika dinosaur kat situ.. ada 5~6 ekor kot.. then ada jugak maskot dinosaur.. yg lagi best tu, dinosaur ni bukan setakat replika biasa yg statik tu tau.. dinosaur ni boleh bergerak2 dan berbunyi.. salah seekor dinosaur tu siap boleh hembus air lagi tau dari mulut dia.. teruja betul anak2 ni tau...




Water Park ni memang sangat sesuai untuk anak-anak.. kedalaman pool tu paras pinggang faris.. paling dalam pun sampai ke bahu faris tu jer.. memang tak dalam mana la utk org dewasa ni.. slide pulak ada 3 tempat.. semua sesuai untuk anak2 tau..







Kemudahan lain, kat keliling kolam tu banyak disediakan tempat duduk.. memang betul2 keliling kawasan tu tau.. cuma tempat duduk tu tak berbumbung.. so kalau time pagi tu memang panas la kena cahaya matahari.. kalau tak nak panas, boleh duduk area locker room.. sbb membelakangkan bangunan kan, so redup la area tu..


Pelampung  boleh sewa di situ.. kalau tak silap RM10 kot.. kitorg tak sewa sbb dah bawak siap2 dari rumah.. towel pun boleh ambil area pool tu jugak.. tp tu bagi yg stay kat hotel la..

So far, puas hati la dengan water park ni.. yg penting anak2 happy sangat...
tu jer la cerita weekend gateaway kami  aritu..


Next trip ke mana kah kita???
Tungguuuu..

Sikit hint.. 
Anak-anak dan air berpisah tiada..




5 comments:

  1. Bestnya sis...akk dh lama xbwk ank2 pergi bercuti...tmpt ni best nmpknya cuma tmpt duduk dia jela xd bumbung...kan

    ReplyDelete
  2. Plumbing fittings incorporate a wide grouping of plumbing equipment including lines, spigots and the joints that interface these installations. Plumbing supply near me, Columbia
    plumber, Columbia

    ReplyDelete
  3. Water harm can be characterized mostly by its starting point. Generally, it very well may be followed from a releasing hose, a flood from the kitchen sink or the clothes washer, in-divider pipes that have separated, latrine stops up, rooftops that break, dividers that structure dampness from the inside and surprisingly normally happening marvels like flood, snow, or weighty downpours. Plumber near me, Baltimore
    mold removal near me

    ReplyDelete
  4. The pump distributor should be able to make a visit to the site to identify and recommend replacement valves and other problems with the call out and carry out the required maintenance as quickly and hassle free as possible. pump repair

    ReplyDelete
  5. Numerous vacationers to Spain will need to visit a theme park or two to make their vacation really pleasant.
    theme park directory

    ReplyDelete