Southern Babywearing Festival 2016 - Ceritera Ibu

Southern Babywearing Festival 2016


Assalamualaikum

Bulan Oktober merupakan bulan mengedong anak sedunia.. so sempena sambutan babywearing month ni, Selat Tebrau Babywearear (STB) telah menganjurkan Soutern Babywearing Festival 2016 (SBF 2016). Hari Sabtu lepas, 22 Oktober 2016, Dilah berpeluang mengikuti SBF 2016 yg diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofia, UTM Skudai.. 


Sebenarnya sehari sebelum event tu Dilah baru decide untuk pergi event ni.. sbb sebelum ni venue SBF ni dijadualkan di sebuah hospital swasta di area Nusajaya.. Dilah nak kalau pegi confirm la kena bawak anak2 tu semua kan.. Ayah Wan pulak kerja aritu, so memang tak la nak bawak anak2 pegi event jauh2 ni.. Tapi bila venue bertukar ke UTM, Ayah Wan bagi keizinan utk Dilah join aktiviti ni.. alhamdulillah.. 





Aktiviti  bermula 8am dan berakhir jam 2 petang. Terdapat banyak aktiviti menarik seperti ceramah mengenai babywearing, flashmob, cabutan bertuah, dan sesi fotografi. Terdapat juga 20 booth yg menjual makanan dan minuman, babycarrier, pakaian dan lain2. memang meriah event ni.. oh ya, food truck pun ada jugak tau..

Sebenarnya, dilah ni memang ahli STB dan dah beberapa kali join event yg dianjurkan oleh STB ni.. apa yg menariknya, setiap event yg dianjurkan mesti akan menitik beratkan keperluan & keselesaan anak-anak. dah nama pun babywearing kan, so dah tentu la ramai anak-anak kecil yg ikut serta dalam event ni kan.. tapi jangan risau, tempat untuk anak-anak disediakan berdekatan dgn area ibu bapa.. ada tempat untuk anak2 bermain, ada tayangan video serta aktiviti mewarna untuk anak-anak.. jadi anak-anak bebas untuk melakukan aktiviti mereka..



Setiap kali event mesti ada lucky draw.. dan hadiah lucky draw ni semua best2 sgt tau.. ada baby carrier seperti SSC, ring sling, wrap dari brand baby carrier yg berjenama.. memang best sgt la ni.. voucher ada, makanan ada, pakaian ada.. memang banyak sgt hadiah untuk lucky draw yg disediakan di situ.. dan no Dilah naik sbg top 12 ok!! hampir2 berpeluang untuk memang baby carrier tau.. tp x dapat baby carrier, dapat baju ni pun dah cukup bertuah..hahaha.. berbaloi la last minute decide utk join event ni dapat lucky draw yg best kan.. hehhehe..

Okla.. jom la tengok gambar yg sempat amik.. InsyaAllah, next year nak join lagi.. hehe..





Jatuh cinta dengan babywearing sejak adanya budak kecit ni.. ;)

Happy  Babywearing uolls...



No comments