Cerita ibu,

Kakak Imani kena Chicken Pox!!

November 30, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog.. last week dilah tak sihat.. demam..then toncil bengkak.. then sakit gigi pulak.. sampai ke hari ni sakit gigi belum sembuh sepenuhnya.. dah cabut tapi masih berdenyut2 lagi... masih tak selesa lagi  nak makan... huawaaaa...


Di sebabkan tak sihat last week, makan minum pun tak menentu.. boleh kata kurang sgt dapat makan dan minum sebab nak menelan tu sakit sangat tekak.. telan bubur pun sakit jugak.. so memang berlapar jer la.. sampai berat pun turun... huhu.. paling ringan dah skrg ni... tak mo dah bawah 50kg.. rasa sekeping sangat pulak nanti..hahaha...

Nak dijadikan cerita, time dilah demam tu, si kakak imani pulak kena chicken pox.. balik sekolah hari Khamis tu dia tunjuk bintik2 kat badan dia.. siap cakap kawan dia 'Ain yg bagi chicken pox ni kat kakak".. adoiiiii la anak... ingat boleh dibagi2 ke chicken pox tu.. haahahaha..

Makanya, bersambung la dari MC, minggu ni kena amik cuti jaga anak sakit pulak.. tapiiii.. cuti mak dah habis oiiii... arini masuk keje sehari sbb ayah wan MC, dia call dr klinik kul 9 pagi suruh dilah siap2 pegi keje.. tunggu dia balik, dilah pulak pegi keje.. hahaha... esok dilah sambung cuti lagi.. jumaat unpaid leave...


So far, chicken pox (cp) kakak imani dah nak start kering.. dah nampak hitam2 dah... tapi belum terkopek lagi.. time ni la paling penting sekali sbb bila dah start terkopek, hama dr yg terkopek tu akan berterbangan.. hama ni kalau kena kat org lain akan berjangkit la pada org tu pulak.. tu yg paling risau sekali..  takut berjangkit kat anak2 yg lain pulak...

Mudah-mudahan tak berjangkit kat adik-adik.. ibu dah xde cuti ni.. lagipun, tak sampai 2 minggu lagi kitorg nak bercuti-cuti Malaysia ngan family dilah.. taknak la kena cp lagi.. doakan kitorg yea...

p/s : Giveaway by ceriteraibu.blogspot.com masih berjalan lagi sampai 4 Dec ni.. InsyaAllah, next week kalau dilah dah naik keje dilah akan update pemenang bertuah ye.. 

2 comments:

Nur Diyana Imani,

Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika dan Ujian Saringan Bagi Kemasukan Murid Tahun 1 2017

November 24, 2016 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

Hahhh.. amik ko bukan main panjang lagi tajuk entry kali ni.. hahaha.. maklum la, mood nak mengupdate bukan datang selalu, so kita campurkan la dua aktiviti sekali kan.. senang, cepat dan padat.. hahaha...


Ok, hari Jumaat lepas 18 November adalah hari Anugerah Kecemerlangan  (a.k.a konvokesyen ) Tadika Didik Al Insan (sekolah tadika kakak Imani). Tadika ni tiada cawangan mana2, so memang buat kat sekolah tu je la.. senang dan jimat kan.. kakak Imani start sekolah tadika ni masa umur 4 tahun.. so tahun ni genap 3 tahun dia kat sekolah..


Alhamdulillah,, kakak Imani berjaya menamatkan persekolahan 6 tahun di sini.. dah pandai membaca, mengira, mengaji dan solat. Bacaan dalam solat semua dah tahu.. bersyukur sangat.. kalau nak mengharapkan ibu ayah yg ajar ntah bila la nak pandai gamaknya.. sbb dia ni jenis susah sikit nak diajar.. kalau kat sekolah tu ramai2 kan, so lebih mudah dia nak ikut dan belajar..

Terima kasih banyak2 pada guru2 yg telah mengajar kakak Imani selama 3 tahun  ni.. Kalau nak tau, kakak Imani ni dari kecik jenis yg banyak bercakap, sangat la petah berkata2.. tapi bila masuk sekolah jer, dia diam seribu bahasa.. 3 bulan dia amik masa utk serasikan diri kat sekolah.. 3 bulan langsung tak bercakap kat sekolah tau.. bila cikgu cakap dia paham, dia boleh ikut arahan cikgu, tp bila cikgu tanya dia senyap jer, x bercakap langsung okehh!!


Pada mulanya memang ibu risau jugak.. kot2 la dia ada masalah serius kan.. tp alhamdulillah, berkat kesabaran cikgu akhirnya dia boleh berinteraksi dengan semua org.. dan terus bercakap tanpa henti.. hahaha..

Keesokan harinya, Sabtu 19 November pula, kakak Imani ada ujian saringan untuk kemasukan Darjah 1 di sekolah kebangsaan.. Ibu bapa pula ada taklimat ringkas mengenai Tahun 1 2017.. so sementara anak ujian, ibu ayah kena dengar taklimat..


Seminggu dua sebelum tu kakak ni memang rajin la study kat rumah.. oh ya, sekolah tadika kakak ni memang jenis takde bawak balik buku. keje semua buat kat sekolah.. so 2, minggu lepas rajin la dia berlatih menulis dan mengeja.. tiap2 hari nak menulis dengan ibu.. tp masalahnya, perkataan yg dia asyik tulis hanya lah

Allah sayang kamu semua
Nabi sayang kamu
abang, ayah, ibu, adik.
Nur Diyana Imani binti Md Aswan

Hari2 pun ulang2 yg itu jer... hahaha.. tambah sikit2 bila ibu suruh tulis dan eja perkataan yg lain.. tu pun kadang2 dia cakap kakak belum tahu betul2 la tulis "Allah sayang kamu  semua".. hahaha

Oh ya, kalau nak tahu, kakak Imani ni lefthanded tau.. org kidal ni kadang2 bila menulis ada jer huruf or nombor yg ditulis tu terbalik.. ada sekali tu bukan setakat tulis huruf terbalik tau, tapi dia boleh tulis ayat terbalik.. maksudnya dia tulis dari kanan ke kiri dalam huruf yg semuanya terbalik!!! Memang terkejut dia ada kelebihan macam tu.. tapi lepas 2 minggu berlatih, akhirnya tak banyak dah huruf or nombor yg dia tulis terbalik..

Contoh huruf terbalik adalah huruf 'a'. ni paling obvious sekali sebab kalau tulis ayat kan banyak huruf 'a'.. so memang akan ketara sangat la nampak dia tulis terbalik tu.. selain dari tu huruf  "b, p, g, y, d". huruf-huruf yg ada garis tu selalu terbalik.. kalau nombor pulak nombor "5,


Masa sampai kat bilik menunggu tu, kakak imani memang moody sangat2.. dia ni mmg lambat 'panas'.. pastu berangin jer.. huaawaaa... tak bagi ibu bergerak langsung ok.. suh teman dia duduk sebelah dia.. pastu bila ada kwn dia panggil la duk sebelah dia.. dah ada kawan pun masih muncung... after 30minit baru ok...


Sekolah Kebangsaan ni baru dibuka 2012.. kira sekolah baru la kan.. bila penduduk kawasan ni makin ramai dan padat, sekolah sedia ada dah tak dapat menampung student yg ramai tu.. sekolah baru pun dibuka.. bayangkan masa buka sekolah ni cuma 500 org pelajar jer.. skrg dah 1k ++ student sekolah.. bayangkan kalau masih kat sekolah lama tu.. mesti padat dan tak muat kan.. so kemudahan sekolah kebanyakannya baru.. ok la kan..


Bila habis ujian tu tanya la kakak imani, cam ne ujian, senang tak?? dengan slamber jer dia jawab.. "senang sangat ibu.. kacang kopek jer..." hahaha.. ntah betul senang ntah tak tu.. ibu pun x letak harapan yg tinggi utk dia masuk kelas pertama.. kelas pertengahan pun dah ok, asalkan jangan kelas hujung.. sebab apa?? sebab ibu tau kebolehan dan kekurangan anak ibu.. dia jenis lambat panas dan tak boleh pressure.. so kalau kelas 1st tu takut pulak dia tak boleh follow bila cikgu ajar cepat.. "like mother, like doter" la kan.. dilah pun jenis tak boleh bagi pressure sgt nnt tak boleh pikir.. hahaha...

so.. itu jela citer konvo dan ujian saringan kakak imani.. kejap jer dah besar anak ibu.. nak masuk tahun 1 dah next year.. tu tandanya ibu dahhhhh ........
^____^




3 comments:

Giveaway

Senarai Peserta Giveaway by Ceriteraibu.blogspot.com

November 22, 2016 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum

Hai korang.. thanks pada semua rakan-rakan blogger yg sudi join giveaway by  ceriteraibu.blogspot.com ni yer... dilah tak sempat nak blogwalking blog korang lagi.. baru sempat singgah sikit.. InsyaAllah, dilah pasti akan blogwalking blog semua yg join nanti ye..



So di bawah ni adalah senarai peserta yg dah join giveaway ni.. yg belum join masih belum terlambat lagi ya.. giveaway akan tamat pada 4 Disember nanti..ada seminggu lebih lagi ye..


ok.. nanti dilah akan update lagi senarai peserta di sini ya..
kalau korang nak join boleh klik banner tu ye untuk ke link giveaway...
Thanks koranggggg...




2 comments:

Nur Diyana Imani,

WW61 :: Surat Kemasukan Tahun 1 2017

November 16, 2016 Ibu Dilah 8 Comments


Assalamualaikum

Surat dari sekolah kebangsaan Kakak Imani untuk Tahun 1 dah dapat. Hari Sabtu ni Kakak Imani ada ujian untuk menentukan kelas Tahun 1 nanti.. Ibu bapa pula ada taklimat..dah rasa dupdapdupdap pulak anak dah nak masuk darjah 1.. rasa makin tua pulak dah.. hahah..



All the Best Kakak Imani...


8 comments:

Kambing Bakar Argus,

Masak Kambing Bakar Argus dengan Noxxa?

November 11, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Last week dilah memang busy sangat.. lepas tu hari2 balik keje kena basuh baju.. siapkan keperluan anak-anak.. basuh botol, lipat baju.. ehh.. macam2 keje la kena buat.. kadang2 ayah wan balik keje terus tapau makanan kalau dia dah lapar sangat..

Planning nak masak kambing bakar Argus tu dah bape hari dah tp asyik la terlupa jer nak defrose siap-siap.. so hari khamis lepas, pagi pegi keje turunkan kambing perap tu.. balik keje dah defrose, dah boleh terus masak.. hehe



Memandangkan hari tu busy nak basuh baju jugak dan nak melayan kerenah anak2 yg manja tu lagi, kali ni dilah decide utk masak kambing bakar ni guna noxxa presure cooker jer.. hahhh.. sape kate nak grill2 ni tak boleh guna noxxa.. boleh ajerrr... ape je yg noxxa tak boleh buat kannnn.. hahaha


Lebih senang guna noxxa sebab boleh tinggal2.. dan lebih cepat masak.. daging pun masak sempurna dan tak kering sangat.. rasa juicy2 bahan perapan tu memang terasa sangat la.. mcmana  caranya??


Set HP 10 min.
Then STIR FRY dalam 2, 3 minit. 
Siap!!


Hahhhh.. senang sangatkan... Masa masak guna HP tu air perapan daging akan keluar.. so bila dah siap tu akan nampak berair sikit la.. then STIR FRY tu untuk bagi daging tu kering sikit (keringkan air).. terbalik2 kan sekejap...

 Rasanya, Ya Allahhhhh... memang sedap sangattttttttttt... Kambing Bakar Argus ni memang Thorrrbaekkkk!!! Makan macam tu sahaja tanpa sos black pepper tu pun dah sedap sangatttt.. kalau cicah sos lagi la sedap... ehhh.. kat rumah ni makan tak yah letak sos tu tau.. semua ratah macam tu jer.. kakak abg pun suka jugakkkk....


Nak rasa Kambing Bakar Argus ni?? boleh whatsapp no di bawah ni...

No tel : 016-4493136 / 014-3223136
FB Page : Kambing Bakar Argus

atau yg berada di sekitar JB boleh beli dari Dilah 012-7275531 ya..

2 comments:

Little Bambam,

Lookisslah :: Kit Doodle T-Shirt yang Pertama di Malaysia

November 10, 2016 Ibu Dilah 3 Comments



Assalamualaikum






1) Apa itu LOOKISSLAH?

✔ Kit Doodle T-Shirt untuk kanak-kanak, pertama di Malaysia!
✔ Mempunyai kit lengkap untuk anak-anak bebas untuk design tshirt mereka sendiri!
✔ Mempunyai 4 jenis tema :

 Motorbike
 Dino
 Flower
 Cupcake

And of course, there are many more exciting themes coming in the future!



2) Setiap pek LOOKISSLAH mempunyai:

 3 helai tshirt 100% premium cotton, yang mempunyai tema yang sama.
✔ 3 batang FADE-PROOF & WATER-PROOF Shirt Markers.
✔ 1 kotak doodle



3) LOOKISSLAH "MAHAL" sebab;
 Ia direka khas untuk meransang imagination skills anak-anak
 Dapat membantu menajamkan fine motor skills, hand-eye coordination dan kawalan otot serta anggota anak-anak
 Meningkatkan kemahiran kognitif dan daya berfikir anak-anak
 Membantu meningkatkan keyakinan diri dan intra-personal intelligence anak-anak, apabila mereka bebas berkarya dan memakai karya mereka sendiri.
 Membantu minda anak untuk lebih fokus dan memanjangkan focus span mereka ketika beraktiviti
✔ Membantu anak-anak mengenali potensi diri, menzahirkan setiap imaginasi yang bermain di minda mereka, dan mengekspresi emosi ke dalam bentuk lukisan dan warna.



4) LOOKISSLAH is high-class because:

LOOKISSLAH shirts menggunakan high-grade cotton (COTTON PREMIUM):
 100% Cotton Fabric
 Friendly to Kids’ skin
 Sejuk dan menyerap peluh
✔ Tidak gatal pada kulit
 Tidak berkedut
✔ Tidak mengendur atau mengecut setelah dibasuh berulangkali


LOOKISSLAH markers menggunakan high-quality marker yang direka khas untuk melukis diatas tshirt:
 Water-proof dan Fade-proof (warna tidak pudar setelah dibasuh berkali-kali)
 Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, suhu sehingga 60’C.
 Dakwat marker adalah pigment-ink, mudah menembusi fabric dan kekal padanya.
 Marker tahan lama dan boleh digunakan berulangkali.
✔ Marker adalah water-based, lead-free & xylene-free. Tidak merbahaya kepada kesihatan anak-anak, dan mesra alam sekitar!



5) LOOKISSLAH untuk siapa??

IBU BAPA
 Yang kreatif dan mahu mengabadikan karya sendiri di atas tshirt anak-anak
 Yang mahukan personal touch pada pakaian anak-anak.
 Yang mahu luangkan masa berkualiti dengan aktiviti doodling bersama anak-anak
✔ Yang mencari aktiviti yang bukan sahaja mengisi masa senggang anak-anak (kids’ busy kit), tapi juga dapat membantu perkembangan kognitif serta fizikal mereka.
 Yang menghargai setiap artwork anak-anak dan gembira melihat perubahan dalam setiap karya mereka
✔ Yang mahu membentuk self-esteem anak-anak, dan meransang potensi semulajadi yang ada pada diri mereka.


ANAK-ANAK Yang berumur 2-9 tahun. (Sila rujuk carta saiz di bawah).
✔ Yang kuat berimaginasi dan berfikiran kreatif, sampai semua tempat dalam rumah menjadi kanvas lukisannya. ;D

KINDERGARTEN / PRE-SCHOOL

 Yang mahu memberi sedikit kelainan aktiviti kepada anak-anak di tempat pembelajaran masing-masing
✔  Yang mahu anak-anak design “school uniform” sendiri atau design mengikut tema-tema mingguan yang telah ditetapkan


6) Macam mana nak guna LOOKISSLAH ni?
.
“Bawa anak-anak keluar melihat alam sekeliling.
Bentangkan “kanvas” LOOKISSLAH, dan biarkan mereka mencoret apa sahaja yang dilihat,dirasa, mahupun DIDENGAR.
Hargai setiap coretan itu, kerana setiapnya adalah terjemahan jiwa mereka.” 
https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/f6c/1/16/2764.png
- Founder LOOKISSLAH, Adlil Rajiah







7) Lihat 9 LANGKAH MUDAH untuk beraktiviti bersama LOOKISSLAH di sini:






Little Bambam merupakan agent rasmi untuk produk LOOKISSLAH. 
Nak tahu lebih lanjut?? Boleh whatsapp no di bawah atau pun boleh rujuk di FB Little Bambam ye..

<< WhatsApp +6012-7275531 >>

<< WhatsApp +6012-7275531 >>

<< WhatsApp +6012-7275531 >>

Jom kita lakukan aktiviti yg boleh meningkatkan daya kreativiti dan tahap keyakinan anak-anak kita bersama-sama.. 


Don't forget to spread the love!
Pastikan orang-orang yang anda sayang tak terlepas peluang ni.

ENJOY YOUR LOOKISSLAH, KIDZ & PARENTZ!



3 comments:

Fattah Anas,

Tips Ajar Anak Kecil Cepat Bercakap

November 03, 2016 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum

Semalam genap usia Fattah Anas 1 tahun 7 bulan.. Alhamdulillah.. so far Fattah Anas membesar dengan baik dan sihat.. dan perkembangan paling ketara Fattah Anas skrg ni bila dia dah pandai bercakap.. banyak sangat perkataan yg Fattah Anas dah boleh sebut sejak 2,3 minggu ni.. 



Bila anak dah mula belajar cakap, mesti la kita excited kan.. mau nya tak excited?? Rasa comel sangat bila anak-anak ni dah pandai bercakap kan.. hihi. Kalau tak silap, masa Fattah Anas 1 tahun 5 bulan dia dah mula sebut beberapa perkataan yg mudah.. words yg biasa anak-anak mula belajar bercakap seperti 'tu', 'ni', 'mama', ayah, 'top'..

Tapi dalam 2,3 minggu ni lagi banyak perkataan yg dia dah boleh sebut dengan terang dan jelas.. ada juga yg pelat-pelat sikit. hehehe.. Antara perkataan yg Fattah Anas kerap sebut skrg ni seperti;

Ayah
Abu - ibu
Tatak - kakak
Abang - abg
adik - adik
Titak - cicak
Bird - bird
Tar - car
Cat - cat
Tido - tidur
Abis - habis
Tutup - tutup
amik - ambil
Air - air
ampu - lampu
moto - motor
nanak - tak nak
sayam - sayang
atash - atas

dan banyak lagiiii......... dan yg penting fattah anas dah boleh tahu kat mana nak gunakan perkataan2 ini.. memang cepat tangkap budak kecik ni.. 



Pada peringkat awal, kebiasaannya anak-anak akan mengikut kita sebut hujung-hujung bunyi perkataan sahaja.. So di sini la ibubapa perlu mainkan peranan yg penting untuk mengajar anak dengan menyebut dengan betul agar mereka cepat bercakap dengan betul..

OK, jom Dilah share sikit TIPS Dilah ajar  dan amalkan bila bercakap dengan Fattah Anas;

1) Pastikan ibubapa dan orang sekeliling bercakap dengan sebutan yg betul.. Jangan sebut pelat-pelat nanti anak pun terikut sama.
Contohnya : Berak bukan yak, makan bukan mamam..

2) Bila bercakap dengan anak kecil, sebut perkataan secara perlahan-lahan dan satu-persatu sukukata nya. sebut satu sukukata then anak ikut.. then sambung lagi satu sukukata, anak ikut.. last sekali sebut kedua2 sukukata sekaligus.
Contohnya :
Air - aaaa...ir
Ayah - aaaa...yahhhh
Abang - aaaa..bangggg
habis - haaaa...bissss

3) Tetapkan beberapa minit dalam sehari untuk mengajar anak bercakap secara konsisten beberapa perkataan yg sama setiap hari (tidak termasuk masa perbualan seharian)
Contohnya :
Selepas ambil fattah anas dari rumah babysitter, masa otw balik rumah (dalam kereta tu) dilah akan ajar fattah anas sebut perkataan apa yg dia nampak sepanjang perjalanan spt lampu, bird, pokok, kereta, motor.. ajar ikut step (2), sekejap jer dia dah pandai sebut nanti.

4) Kerap layan anak berborak/bercakap supaya anak lebih cepat ingat dan lebih banyak perkataan baru yg anak boleh belajar..
Contohnya :
Masa anak sedang bermain, ambil peluang berinteraksi dengan anak.. ajar anak sebut permainan yg dia sedang main dan yg berkaitan dengan nya.. so lebih banyak perkataan baru yg anak akan belajar sebut..

Okla.. tu jer kot sikit tips yg dilah amalkan ketika berinteraksi dengan fattah anas.. bukan dilah sahaja tau, tapi abang dan kakak pun terikut sama cakap dengan fattah anas macam tu.. so secara tak langsung bila satu rumah amalkan cara yg sama, fattah anas lebih cepat dapat ikut apa yg kita cakap..

Tapiiii.. tolong jaga percakapan kita ye.. Jangan sebut perkataan yg tidak elok.. otak anak-anak ni cepat menyerap apa yg kita cakap kan.. mcm sponge kan.. anak-anak perhatikan dan dengar sahaja apa yg orang sebut dan cakap.. tahu2 nanti dia ikut apa kita cakap..

Macam ada sekali aritu ayah wan tersebut 'bodoh la' depan fattah anas.. on the spot fattah anas ikut dia cakap 'odoh arr'.. kitorg melopong memandang sesama sendiri.. ^__^.. terkejut dengar dia cakap..1st time cakap terus dia ikut.. so bayangkan la kalau setiap hari banyak perkataan yg tak elok kita sebut??
^__^

Kalau ikut pemerhatian dilah ni sebelum masuk umur 2 tahun ni mesti fattah anas dah petah bercakap.. sama mcm kakak imani.. sebelum 2 thn dia dah pandai bercakap dengan jelas dan terang. dah pandai buat ayat lengkap.. cuma abg faris jer yg lambat bercakap dan masih pelat sampai skrg.. huhu.. tak tau mcmana nak buang pelat dia tu..
^____^







2 comments:

Birthday,

Happy Birthday Kakak Imani

November 01, 2016 Ibu Dilah 1 Comments



Assalamualaikum


Alhamdulillah.. hari ni 1 November  2016 genap la usia kakak Imani 6 tahun.. bersamaan anniversary ke 6 ibu bergelar seorg ibu.. yela, anak pertama sangat bermakna sekali sbb lahirnya dia jugak la kita mendapat title seorang ibu kan.. betul tak??

Sekejap jer anak dara ibu ni dah besar.. tahun depan dah nak masuk darjah satu.. cepatnya masa berjalan.. tahu2 nanti kakak dah habis sekolah pulak.. masuk U pulak.. then dah kerja.. then kawennnn.. Ya Allah... kenapa jauh sangat ibu pikir ni?? Yela.. bila kakak dah kawen nanti kakak dah tinggalkan ibu..
^__^


Sekarang ni...
Kakak la kawan baik ibu..
Kawan gaduh ibu..
Teman ibu bila kat dapur nak masak2..
Teman ibu buat keje rumah..
Teman ibu jemur baju..
Teman ibu lipat baju..
Teman ibu kemas rumah..
Teman ibu jaga adik2..
Teman ibu cerita dan shopping barang2 perempuan..
Ibu sayang kakak..

Walaupun kakak kuat sentap..
Kakak kuat membebel..
Kakak kuat bercerita..
Kakak kuat merajuk..
Kakak selalu buat ibu jadi hijau...
Tapi ibu tetap sayang kakak..


Semoga kakak menjadi anak yg solehah...
Semoga hidup kakak sentiasa berada dalam keberkatan dan keredhaan dari Nya..
Semoga kakak berjaya di dunia dan di akhirat..
Semoga kakak taat perintah Tuhan dan ditetapkan iman..
Semoga kakak menjadi anak yg baik dan mendengar kata..

Doa ibu semua yg baik-baik sahaja untuk kakak..
Selamat hari lahir yg ke 6 tahun sayang...
Nur Diyana Imani binti Md Aswan

Ibu, ayah, faris dan fattah anas sayang sangat kat kakak tau..
nanti kita celebrate besday kakak ye...


1 comments: