Kakak Imani kena Chicken Pox!! - Ceritera Ibu

Kakak Imani kena Chicken Pox!!

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog.. last week dilah tak sihat.. demam..then toncil bengkak.. then sakit gigi pulak.. sampai ke hari ni sakit gigi belum sembuh sepenuhnya.. dah cabut tapi masih berdenyut2 lagi... masih tak selesa lagi  nak makan... huawaaaa...


Di sebabkan tak sihat last week, makan minum pun tak menentu.. boleh kata kurang sgt dapat makan dan minum sebab nak menelan tu sakit sangat tekak.. telan bubur pun sakit jugak.. so memang berlapar jer la.. sampai berat pun turun... huhu.. paling ringan dah skrg ni... tak mo dah bawah 50kg.. rasa sekeping sangat pulak nanti..hahaha...

Nak dijadikan cerita, time dilah demam tu, si kakak imani pulak kena chicken pox.. balik sekolah hari Khamis tu dia tunjuk bintik2 kat badan dia.. siap cakap kawan dia 'Ain yg bagi chicken pox ni kat kakak".. adoiiiii la anak... ingat boleh dibagi2 ke chicken pox tu.. haahahaha..

Makanya, bersambung la dari MC, minggu ni kena amik cuti jaga anak sakit pulak.. tapiiii.. cuti mak dah habis oiiii... arini masuk keje sehari sbb ayah wan MC, dia call dr klinik kul 9 pagi suruh dilah siap2 pegi keje.. tunggu dia balik, dilah pulak pegi keje.. hahaha... esok dilah sambung cuti lagi.. jumaat unpaid leave...


So far, chicken pox (cp) kakak imani dah nak start kering.. dah nampak hitam2 dah... tapi belum terkopek lagi.. time ni la paling penting sekali sbb bila dah start terkopek, hama dr yg terkopek tu akan berterbangan.. hama ni kalau kena kat org lain akan berjangkit la pada org tu pulak.. tu yg paling risau sekali..  takut berjangkit kat anak2 yg lain pulak...

Mudah-mudahan tak berjangkit kat adik-adik.. ibu dah xde cuti ni.. lagipun, tak sampai 2 minggu lagi kitorg nak bercuti-cuti Malaysia ngan family dilah.. taknak la kena cp lagi.. doakan kitorg yea...

p/s : Giveaway by ceriteraibu.blogspot.com masih berjalan lagi sampai 4 Dec ni.. InsyaAllah, next week kalau dilah dah naik keje dilah akan update pemenang bertuah ye.. 

2 comments:

  1. smoga cepat sembuh ye. mek ank kne demam campak, dua kali. kesian tgk ank dalam sakit ni.

    ReplyDelete
  2. Memang musim ini..
    Anak Sha pun tengah dalam proses baik.. Tapi dah tertanggallah kuping2 tu..
    Kat sekolah dia aritu ramai yang kena..
    berjangkit dari kawan2 sekolah..
    Memang bila anak tak sihat kena gilir2 cutilah jawabnya..
    Semoga Imani cepat sembuh..

    ReplyDelete