Cerita ibu,

Shopping sebagai Reward Tahunan

December 29, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum
Bila hujung tahun jer mula la masing-masing sawan bila Nampak sana sini buat YEAR END SALE..Dilah pun tak terkecuali..  Dilah ni boleh dikategorikan bukan kaki shopping online.. tapi bila hujung tahun jer mesti terjebakkkkk… hahaha… pitammmm…
Motif hujung tahun baru terjebak??? Sebab rasa hujung tahun dapat bonus kotttt… tapiiii bonusnya hujung bulan.. tapi dari awal bulan dah menyopingggg.. apekehal pulak kannnn.. hahaha…
Konon2nya beli untuk hadiah anniversary dan birthday la.. tak lupa reward utk diri sendiri utk segala kepayahan sepanjang tahun… tapiiii kannnn.. beli semua hadiah guna duit sendiri, bukan ayah wan yg bagi… konsepnya dah mcm syok sendiri pulakkkk… kehhhkehhkehhh…
Takpe la.. dalam setahun Cuma bulan ni jer yg menyopingg.. dah setahun tahan napsu ko, kasi chance la bulan ni kita raikan nya.. hahaha… ada jer alasan ko kannnn.. jom tengok apa barang yg Dilah nak sangat beli ni….

1) Food Processor Phillip – hadiah birthday





Ni memang idaman nak beli sbb kononnya bermula tahun 2017 dah berazam nak bawak bekal pegi keje dan bawak kan bekal untuk kakak Imani pegi sekolah.. kakak kan dah masuk darjah 1.. so gajet ni salah satu persediaannya la.. nak buat frozen food like chicken nugget, sosej, cheese ball, begedil dan lain2 lagi… -beli kat Lazada -

2) Waffle Maker – hadiah Anniversary


Anak-beranak suka makan waffle.. asyik beli kat kedai je, so mari la kita beli waffle maker ni dan masak kat rumah jer senang… boleh makan banyak.. tp so far belum dapat resepi yg kena dgn tekak lagi.. heheh.. still try and error… -beli kat Lazada -


3) Car Playmat – Hadiah Anak-anak

Birthday anak-anak jarang bagi special hadiah untuk diorg.. sbb memang Dilah taknak anak-anak ingat bila birthday jer mesti kena dapat hadiah.. so kalau ada, ada la… biasanya ada tapi tak semestinya betul2 time birthday dan barangnya tak semestinya mesti yg mahal.. -beli kat CinonetbyIntan -
4) Baju Pijamas Anak-anak – hadiah bonus dari ibu
Kebetulan ayah wan pun ada cakap kalau boleh nak beli 5 pasang baju pijamas utk setiap anak2, skrg dah ada 3 pasang. Ni dah bonus dilah tambah lagi sorg sepasang. -beli kat Lazada -
5) Ahli Tupperware – reward diri sendiri (duit bonus)

Sebagai reward untuk diri sendiri sebab dah bersusah payah mengharungi macam2 dugaan dan cabaran dalam menguruskan family sepanjang tahun ni.. Tahun ni tahun yg perit untuk kitorg.. baik dari segi kesihatan 1 family dan juga kewangan.. so bagi la chance reward utk diri sendiri.. hihi..

Wahhhh… banyak jugak shopping ye… setahun sekali katakannn… patut la nampak susut akaun bank dilah tu.. hahaha… Tahun depan tahun berjimat cermat dan tahun menabung.. nanti dilah share pasal plan kewangan family kitorg untuk tahun depan pulak ye… InsyaAllah…

1 comments:

Faris Zakwan,

Faris Zakwan yg Pelat

December 28, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum






Tahun depan Faris Zakwan dah nak masuk 5 tahun.. walaupun kalau ikut betul-betul tarikh birthday tu, Januari nanti Abg Faris baru masuk 4 thn 3 bulan.. haha.. nasib la anak yg lahir hujung2 tahun ni kan.. ibu korang ni dah lama rasa dah.. org lain dah nak bertambah angka, kite baru nak besday tahun tu.. hahaha...





Spiderman ni dia panggil starneman.. hahaha


2017 nanti, faris akan masuk tadika betul.. tahun ni dilah hantar day care je sama tempat kakak imani tadika.. tp untuk anak-anak 4 tahun ada belajar sekali sama kelas dgn budak tadika 4 thn.. cuma takde proper buku2 gitu.. diorg just tulis dan belajar kat kertas-kertas jer... So next year belajar secara rasmi dalam kelas la gitewww...




Memandangkan Faris Zakwan ni dah nak masuk 5 tahun, Dilah ada sikit kerisauan pasal percakapan Faris ni.. dia ni sampai skrg cakap masih pelat.. kalau ikutkan xdela teruk sangat pon.. cara dia cakap ni macam biasa jer.. tapi ada certain2 words ni yg masih lagi pelat.. mcm susah nak hilang sebutan pelat tu.. tu yg risau tu..





Kitorg ni kalau perasan dia sebut wording yg pelat tu nanti kitorg betulkan la.. sebut ikut sukukata.. kadang tu elok la dia boleh ikut.. cuma bila nak sebut cepat2 tu nampak mcm pelat.. tapi ada certain words bila sebut by sukukata pun dia tak boleh sebut betul-betul..









Pernah dengar kalau anak-anak pelat ni suruh diorg melompat.. aktiviti tu boleh membantu diorg untuk cakap dengan elok.. Faris ni memang suka sangat melompat2.. lagi-lagi kat atas katil tu hahhh.. sampai nak roboh dah katil diorg tu.. tapi idok ler elok dia cakap.. masih pelat lagi..
^__^




Korang ada petua tak macamana nak hilangkan pelat anak ni?
Kalau ada boleh share sikit tak...




- ibu yg risau -

1 comments:

Daging Masak Blackpepper,

Resepi Daging Masak Blackpepper

December 23, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum
Dah jadi mak-mak org ni bila nak masak lauk mesti terpikirkan makanan kesukaan suami atau anak-anak.. apa yg diorg suka makan dan boleh makan, itu la menu yg kita akan masak.. Jarang sangat la dapat masak makanan kesukaan mak kannn.. tu la pengorbanan seorang ibu, sanggup ketepikan minat sendiri demi keluarga.. chewahhh… hahaha…
Tapi jangan kata masak kat rumah, kalau makan kat luar pun macam tu jugakkk.. menu pilihan mesti la yg anak-anak boleh makan… padahal makanan untuk anak2 dah order, tapi anak-anak dilah ni memang suka makan makanan maknye.. dalam kata lain sebenarnya diorg ni suka makan bersuap dari mak nye ni hahhhh.. tu yg time mak makan pun diorg kaco jugak.. nak jugak makan makanan mak!! hahaha… so memang tak bagi chance betul mak nak pilih menu pilihan hati sendiri tauuu.. hehe…
Tapiiiii… kadang-kadang teringin jugak la Dilah nak masak makanan fav sendiri kann… kalau kat luar pulak biasanya time lunch time jer kadang-kadang keluar makan ngan opismate boleh la makan apa yg kita rasa nak makan.. tu pun kadang2 masih teringatkan anak-anak bila kite makan yg best sikit… hahaha.. memang sindrom mak-mak sangat ni.. kehhkehhkehh…
So setelah berbulan2, akhirnya Berjaya jugak la masak makanan fav sendiri ni hah… Daging masak lada hitam or daging masak blackpepper.. dengan penuh harapan Ayah Wan dan anak-anak suka la makan jugak.. kalau suka boleh la masak lagi next time.. hahaha..
Tapiiiii harapan ku musnah sama sekali.. sobbb sobbbb… sebab ayah wan memang tak suka makan makanan yg ada blackpepper.. anak-anak ok la lagi Cuma  pedas katanya.. so, maybe ni la kali terakhir Dilah masak Daging Blackpepper ni kat rumah… ntah bila lagi boleh masak mcm ni.. hahaha.. So mari la abadikan resepi ni kat blog shj supaya tak lupa di kemudian hari… haha.. drama betul kannn..


Daging Masak Lada Hitam /blackpepper
 
Bahan-bahannya
Daging dihiris nipis
Sebiji Bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inch halia **
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar (kalau nak lagi pedas lebihkan)
1 biji cili merah
1 biji carrot (optional)
1 biji kentang (optional)
1 biji tomato (optional)
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup rasa
 
Cara penyediaan
1) Panaskan  minyak. Tumis bawang besar , bawang putih & halia yg telah dihiris. Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar. Tumis sehingga naik bau.
2) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis.. kacau2 sikit.. then masukkan daging..
3) Tambah sedikit air untuk bagi daging cepat empuk..
4) Masukkan sayur-sayuran, kentang dan carrot. Kacau2 dan tutup kuali. Bagi daging cepat empuk.
5) Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato yg dipotong 4 dan cili merah yg telah dihiris.
6) Kalau nak kuah banyak boleh tambah air.. adjust rasa.. siap!!
 

Arini bawak bekal pergi opis pulak.. puas la makan daging masak blackpepper arini.. hihi..


Selamat mencuba!!
 
 
 

1 comments:

Makan-makan,

Sambal Kering Bilis

December 22, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa boring jer kalua makan makanan lebih kurang je tiap-tiap hari.. lagi-lagi kalua kat opis tu.. makanan kat kantin kadang so-so jer.. tapi sebab nak jimat beli la jugak kannnn.. haha.. kalau makan kat luar tiap2 hari boleh bocor jugak poket hakak kannnn.. hehehe..

Macam tu jugak la Dilah rasa.. sama ada kat opis atau kat rumah.. kadang kat rumah masak simple2 jer.. dah tu tak leh masak pedas-pedas sangat sbb ada budak kecik kann… nak masak banyak lauk mcm tak gigih pulak kan balik keje penat nak melayan si kecik lagi.. so masak yg simple2 jer 1 lauk or 2 lauk gitewww…


Tapi skrg Dilah dah ada solution kepada masalah Dilah ni.. hahaha.. solution ko.. kehkehkehhhh… dalam 2 bulan lepas ada sorg member ni share pasal Sambal Kering Bilis ni.. so Dilah beli la.. nak try jugak.. mula-mula beli 2 botol, 1 botol letak kat opis, 1 lagi letak kat rumah…


So bermula dari tu kalau Dilah ‘tapau’ makanan kat kantin ni memang Dilah makan ngan sambal bilis ni.. Memang menambah selera betul… pastu bila dilah berDIET sekejap aritu pun still makan ngan sambal ni jugakkk… lagi-lagi nak variasikan ‘makanan diet’ tu kan… kalau tiap-tiap hari makan telur rebus tu jer memang tak lalu la oiii… so bila lawan ngan sambal ni memang laju la makan.. kadang2 epal hijau + sambal bilis, kadang2 timun jepun ngan sambal bilis.. dan macam2 menu lagi.. memang TERANGKATTT bebbb… sedap dan pedasss meletoppppp!!! hahahaha




Bila makan kat opis tu kawan2 pun rasa-rasa jugak sambal bilis ni.. so diorg pun nak order… makin lama makin ramai yg order… sampai dah 3-4 batch kitorg order.. La ni Dilah jadi agen terus.. boleh open order untuk org lain pulak.. tak terhad untuk kawan opis jer… so kalau korang nak try boleh la order yer..


Masa mula-mula beli dulu bila suruh Ayah Wan rasa dia tak nak.. dia tak suka.. tapi sejak awal bulan ni dia try makan sekali past uterus addicted weiiii… siap ratah macam tu jerrrr… boleh pulak dia cakap mcm ‘dadah’ sambal kering bilis ni.. hahaha.. amboiiii sangat yeee… tula, lain kali jangan jual mahal bila kite suruh makan.. la ni dia pulak yg addicted.. over tau Ayah Wan niiii.. hahaha…


So sape2 yg berminat nak try boleh la roger2 Dilah k.. stock amat terhad.. biasanya bila amik stok lepas 2,3 hari terus habis..  so sape cepat dia dapat.. kalau takde stok boleh booking dulu…

Sambal Kering Bilis
Pedasss Meletoppppp!!!!

Whatsapp 012-7275531 (Dilah)
Untuk whatsapp sahaja okehhh…

Sambal Kering Bilis
Pedasss Meletoppppp!!!!



0 comments:

Anak-anak,

WW62 :: Rindu Sama Budak-budak ni la...

December 21, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Hujung bulan November sampai Bulan Disember ni banyak sangat Dilah ambik cuti.. sebab anak-anak kena chicken pox.. so mcm pass baton la... bersambung-sambung.. so ibu pun banyak spend time  dengan anak-anak.. 





Arini dah start keje semula.. so mesti la rindu kat diorg ni... hehe...




0 comments:

Foodlover,

Nuttela Crepe Cake by AzieNad Cakelicious

December 15, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum
Last week kan kitorg pergi bercuti ke Perak.. alang-alang nak ke Ipoh tu, Dilah roger2 la ex-officemate Dilah yg dulu sama2 keje kat company Dilah keje skrg ni.. Nad @ Azie ni benti resign sbb nak ikut husband dia.. skrg diorg dah berpindah ke Ipoh, dekat sangat dengan Lost World Of Tambun tu..

Skrg ni dia tak keje office lagi.. tapiiiiii skrg dia jadi baker… huawaaaa.. ni yg nak citer ni.. slalu la Nampak dia upload gambar-gambar kek yg sedap2.. Dilah ni pulak memang jenis suka makan kek dan desert2 ni.. so memang terliurrrr sangat la bila tengok kek2 yg nad buat ni…


So bila family Dilah planning nak wat family trip ke Perak dan Ipoh ni, cepat2 la dilah whatsapp nad.. nak order kek.. konon2 untuk birthday diri sendiri ngan anniversary kitorg aritu la.. hahaha… poyo kan order kek utk diri sendiri.. hahaha.. tu reason jer… kalau bukan sebab birthday pun memang dilah nak order jugakkk.. hehe..



So.. ni la dia kek yg Dilah order aritu.. Chocolate Nuttela Crepe Cake… kek ni jenis mille crepe.. rasanya… Ya Allah… sedap sesangattttttttttttttttt tauuu… langsung tak muak.. makan tak leh benti pulak.. lagi -lagi makan time sejuk-sejuk... adohaiii.. lagi best, Ayah Wan tu jenis tak berapa minat makan kek2 ni.. tp dia cakap kek ni sedap sangat… laju jer dia makan, siap bertambah2… hahaha.. very recommended la…. Terliorrr bila diingat2 balik tau.. hehe





Selain Nuttela Crepe Cake ni, ada beberapa lagi flavour lain untuk mille crepe ni.. ada durian crepe cake, strawberry crepe cake, mango crepe cake.. selain crepe cake ni, kek jenis lain2 lagi pun ada jugak.. fondant cake ada, deco cake yg berbunga2 pun ada.. macam2 ada la.. kalau korang nak tengok cake apa yg ada boleh pegi tengok Instagram dan facebook nad ye..



Instagram : AzieNad Cakelicious
Facebook :  AzieNad Cakelicious

So far memang puas hati sangat la order kek dengan nad ni.. next time kalau nak ke berjalan ke utara boleh order lagi la.. lagipun rumah nad ni senang jer nak cari, 5min jer dari EXIT TOL IPOH tu.. hahhh.. dekat sangat kannn… so korang2 yg area Ipoh tu kalau nak order kek boleh la contact nad ya.. oh ya.. bawah ni contact number nad ya…

No tel : 019-9213522 (Nadzirah)   







1 comments:

Aktiviti bersama family,

Teaser Cuti-cuti Malaysia 2016

December 14, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. kami dah balik dari bercuti.. walaupun ada banyak dugaan sepanjang percutian kali ni, tp tetap happy jugak sbb dapat spend time dengan family..  tengok gambar bawah ni mesti dah tau kan kitorg ke mana... hihi


Saje nak bagi teaser jer sikit... mana kwn2 yg dah friend fb dan follow ig dah tau la apa dugaan kitorg sepanjang vacation kali ni.. nanti dilah update nye.. tapi lambat sikit kotttt sbb dilah kena working from home.. jaga anak2 tak sihat... huhu..


2 comments:

Aktiviti bersama family,

JJCM :: The Cave Restaurant

December 09, 2016 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

3 minggu lepas, kitorg planning nak ikut Ayah Wan ke Batu Pahat atas urusan kerja.. tapi memandangkan masa dah suntuk dan masalah transport kat sana nanti, so kitorg cancel planning asal.. Sebagai ganti rugi ( ganti rugi tak tahan kannn..) sbb dah janji ngan anak-anak, so kitorg keluar berjalan-jalan di sekitar bandar JB jer.. so, xdela anak-anak boring sbb tak dapat ikut kan…

Sebelum gi jalan-jalan, kitorg pegi makan dulu.. kali ni kitorg pegi makan area Nong Chik, dekat dengan Dataran Bandaraya JB dan Thistle Hotel, tak jauh dari Hospital Sultanah Aminah.. tempat ni bersebelahan dengan restoren The Malay Village, Dilah pernah share pasal The Malay Village ni kat sini…

Nama restoren : The Cave
Alamat : Bersebelahan The Malay Village, berdekatan Dataran Bandaraya JB dan Thistle Hotel.

Memandangkan kitorg datang awal hari tu dalam kul 4 pm, so memang takde org la… kalau datang malam memang ramai.. Tempat makan ni cantik dan unik sangat.. Konsep decoration restoren ni ala-ala dalam gua gitu… bahagian luar tu ada kolam kecil, bahagian dalam pulak seolah-olah dalam gua.. memang cantik. Jom tengok sikit dekorasi restoren ni…





Ok, bab makanan pulak.. makanan kat sini berkonsepkan western food dan bertemakan the cave.. so nama menu pun unik-unik.. rasanya pulak??? Memang terbaekkkk.. sedappppp.. jom tengok apa yg kitorg order.






Aritu kitorg order Dragon’s Breath Lamb untuk Ayah Wan.. portion makanan kat sini memang besar.. 1 set ni ada 3, 4 slices tau, boleh makan 2 org.. rasanya empuk dan lembut.. memang sedap.. Untuk Ibu Dilah pulak order Golden Crispy Chicken.. yg ni pun sedap… isi ayam yg banyak dan tebal.. memang puas hati..


Untuk anak-anak kitorg order Mushroom Zuppa Soup dan Garlic Bread..  Mushroom soup dia memang best.. anak-anak suka sangat lagi2 makan ngan garlic bread tu.. then kitorg tambah order nasi putih.. ni kakak Imani makan ngan ayam dan sup… kakak ni memang nak makan nasi jer.. hehe..


Dari segi harga rasanya berpatutan.. dengan portion yg besar, berkualiti dan rasa yg best sangat tu, harga yg ditawarkan berpatutan la.. kalau datang sini pastikan memang tengah lapar tau.. sebab takut tak habis pulak nanti.. hihi..


Eh.. Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu pun pernah datang sini tau… ni kali ke 3 kitorg datang sini.. alhamdulillah, memang puas hati.. korang try la nanti ye...

Note: Ini pandangan peribadi dan pengalaman dari kami.. mungkin tak sama dengan anda.. 







3 comments:

#MyTravelokaEscapade,

#MyTravelokaEscapade :: Wishlist 2017 Nak Bercuti ke Sabah

December 08, 2016 Ibu Dilah 3 Comments

Assalamualaikum

Antara wishlist 2017 adalah nak pegi melancong ke Sabah.. huhu.. ehh.. ni wishlist dah 6 thn kottt... tp sampai skrg masih tak tercapai2 lagi.. hahaha.. lama menyimpan impian nak ke sana tau..harapannya kali ni tercapai la kannn... hihi


Negeri Sabah ni  terlalu banyak tempat2 best yg boleh kita kunjungi.. yg paling best more to nature.. ala.. kitorg ni kan suka alam semulajadi.. tempat yg tenang, damai, sejuk tu yg kitorg suka... tempat havoc dan crowded memang tak suka sangat... so Sabah ni memang kena sangat la dengan jiwa kitorg ni.. hihi...

Bila nak bercuti ni kena la plan betul-betul.. Dilah memang jenis kena plan bila nak pergi ke mana-mana.. yela, anak dah 3 org kan, banyak la benda kena amik kira bila nak berjalan jauh ni.. selain dari keperluan anak-anak,  perkara pertama yg perlu survey adalah tiket flight dan tempat penginapan.. sebab 2 benda ni akan menyumbang bajet yg tinggi.. tu yg kena survey betul-betul untuk dapatkan harga tiket yg murah untuk kitorg 1 family.


Nasib baik ada Traveloka, senang la kita nak survey dan booking tempat penginapan semasa di Sabah nanti.. tiket flight pun boleh booking sekali di traveloka ni.. tak payah pening2 kepala nak survey banyak website..


Wahhh.. lega dah settle pilih hotel dan tiket flight.. semua masih dalam bajet lagi... senang betul guna traveloka ni.. siap boleh compare tiket flight lagi kan... lagi best siap ada promotion dan diskaun lagi.. memang jimat banyak la bila dah guna kupon diskaun tu kannn..


Ok,. jom dilah senaraikan 7 tempat menarik yg dilah nak bawa family bila ke Sabah nanti...

* photo Atie Hilmi

1) Gunung Kinabalu
Menikmati permandangan di Gunung Kinabalu.. tak dapat daki gunung, tengok view pun jadi la kan.. hihi.. menikmati keindahan ciptaan Tuhan,,,

*photo lensakami.com

2) Melawat Pulau-pulau di Sabah
Island Hoping ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya memang wajib ada dalam list ni.. boleh snorkeling sekali.. tengok keindahan alam semulajadi di dasar laut memang best sangat... :)


* photo Mr Rakib

3) Desa Dairy Farm, Kundasang
 Ni satu lagi tempat yg teringin sangat nak pergi.. Nak ke New Zealand betul-betul rasa jauh sangat kan, dapat ke sini pun jadi la..nak tengok macamana proses penghasilan susu lembu tu dilakukan.. ooohhh.. ni pun pengalaman yg menarik untuk anak-anak kan...

*credit to Sobriyaacob.com

4) Hot Spring dan Poring Canopy Walkaway
  Poring Canopy Walkaway ni salah satu aktiviti mencabar yg dilah teringin lakukan.. gayat ke tak gayat nak lalu jambatan gantung tu kannn..

* Credit photo to Atie Hilmi

5) Tagal Fish, Ranau
Terbayang-bayang dah mcmana la gelagat anak2 kalau kena gigit ngan ikan ni.. mesti menjerit2 geli kan.. hahahaha


* credit to upsidedownhouse

6) Rumah Terbalik
Salah satu daya tarikan di Sabah adalah Rumah Terbalik ni.. macamana la diorg buat semua benda boleh jadi terbalik kan.. mesti kakak imani banyak soalan nanti.. hehe

*credit to www.travelje.com

7) Pasar Filipina
Tempat shopping yg menarik di Sabah adalah di Pasar Filipine.. tempat jual kraftangan dan barangan cenderahati. pastinya tempat yg mesti dilah terjah bila ke Sabah nanti..mesti nak bawak ole-ole untuk family bila balik nanti.. hihi

Tu dia 7 tempat menarik yg dilah nak pergi bila ke Sabah nanti. InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki kami akan jejak kan kaki di Sabah nanti.. mana tau Traveloka nak bagi percutian idaman ni kannn..  so, Dilah dah boleh la start menabung untuk shopping2 di Sabah tahun depan ni.. hihi..



3 comments: