7th Anniversary Dilah - Wan - Ceritera Ibu

7th Anniversary Dilah - Wan

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. dah masuk bulan Disember dah.. bulan yg paling banyak memori dan kenangan.. bulan yg paling ditunggu-tunggu.. semoga semuanya berjalan dengan lancar.. 

* terbelek2 album kawen pulak*

Semalam, 5 Disember 2016, genap lah usia perkawinan dilah dan wan 7 tahun.. Sepanjang 7 tahun hidup bersama ni, macam2 cabaran dan dugaan yg telah kami harungi bersama.. biasa lah hidup berumahtangga ni kan banyak cabaran nya.. sama ada dari urusan kewangan, masalah anak-anak2, masalah suami isteri, urusan rumah dan macam2 lagi.. mesti ada turun naik nya kan..

Alhamdulillah, selepas setahun kitorg kawen, dah dapat beli rumah sendiri.. walaupun rumah 2nd hand jer, tapi yg penting rumah sendiri kan.. tak perlu membazir duit menyewa rumah.. harga rumah pun makin hari makin naik kan...

7 tahun berkawin, kitorg dikurniakan 3 org anak. Nur Diyana Imani (6 thn), Faris Zakwan (4thn) dan Fattah Anas (1thn 8bln). Mereka membesar dengan sihat dan sempurna..

Hurmmm.. taknak citer banyak la.. tiap-tiap tahun pun ucapan hampir sama.. semuanya pasti nak yg lebih baik dalam perkahwinan kan.. jadi, sentiasa la kita berdoa yg baik2 untuk family kita kan..

Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah..
Semoga kita kuat dan bersabar mengharungi dugaan dan cabaran dalam perkahwinan ini..
Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yg terbaik untuk anak-anak kita..
Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.
Aamiinnn...

Note: Dengan itu, giveaway by ceriteraibu.blogspot.com pun tamat.. InsyaAllah, dilah akan umumkan peserta bertuah dalam minggu ni ya.. tunggu....

3 comments:

  1. Sha doakan semoga Ikatan perkahwinan Dillah kekal bahagia hingga ke Syurga..
    Happy anniversary Dillah..

    ReplyDelete
  2. Alhmdulilah, somga setiasa dipermudhkan dunia akhir.. Moga jadi pasangan hingga ke Jannah :) happy annivsary sis

    ReplyDelete
  3. alhamdulillahhh :) insyaAllah kekal sampai jannah. smoga mnjadi zaujah yg trbaik

    ReplyDelete