Faris Zakwan yg Pelat - Ceritera Ibu

Faris Zakwan yg Pelat

Assalamualaikum






Tahun depan Faris Zakwan dah nak masuk 5 tahun.. walaupun kalau ikut betul-betul tarikh birthday tu, Januari nanti Abg Faris baru masuk 4 thn 3 bulan.. haha.. nasib la anak yg lahir hujung2 tahun ni kan.. ibu korang ni dah lama rasa dah.. org lain dah nak bertambah angka, kite baru nak besday tahun tu.. hahaha...





Spiderman ni dia panggil starneman.. hahaha


2017 nanti, faris akan masuk tadika betul.. tahun ni dilah hantar day care je sama tempat kakak imani tadika.. tp untuk anak-anak 4 tahun ada belajar sekali sama kelas dgn budak tadika 4 thn.. cuma takde proper buku2 gitu.. diorg just tulis dan belajar kat kertas-kertas jer... So next year belajar secara rasmi dalam kelas la gitewww...




Memandangkan Faris Zakwan ni dah nak masuk 5 tahun, Dilah ada sikit kerisauan pasal percakapan Faris ni.. dia ni sampai skrg cakap masih pelat.. kalau ikutkan xdela teruk sangat pon.. cara dia cakap ni macam biasa jer.. tapi ada certain2 words ni yg masih lagi pelat.. mcm susah nak hilang sebutan pelat tu.. tu yg risau tu..





Kitorg ni kalau perasan dia sebut wording yg pelat tu nanti kitorg betulkan la.. sebut ikut sukukata.. kadang tu elok la dia boleh ikut.. cuma bila nak sebut cepat2 tu nampak mcm pelat.. tapi ada certain words bila sebut by sukukata pun dia tak boleh sebut betul-betul..









Pernah dengar kalau anak-anak pelat ni suruh diorg melompat.. aktiviti tu boleh membantu diorg untuk cakap dengan elok.. Faris ni memang suka sangat melompat2.. lagi-lagi kat atas katil tu hahhh.. sampai nak roboh dah katil diorg tu.. tapi idok ler elok dia cakap.. masih pelat lagi..
^__^




Korang ada petua tak macamana nak hilangkan pelat anak ni?
Kalau ada boleh share sikit tak...




- ibu yg risau -

1 comment:

  1. alamak tak tau plak camner nak betulkan pelat..selalu kitorg pun cepat2 akan betulkan klu anak2 tercakap pelat..x nak diorg terbiasa

    ReplyDelete