Aktiviti bersama family,

JJCM :: The Cave Restaurant

December 09, 2016 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

3 minggu lepas, kitorg planning nak ikut Ayah Wan ke Batu Pahat atas urusan kerja.. tapi memandangkan masa dah suntuk dan masalah transport kat sana nanti, so kitorg cancel planning asal.. Sebagai ganti rugi ( ganti rugi tak tahan kannn..) sbb dah janji ngan anak-anak, so kitorg keluar berjalan-jalan di sekitar bandar JB jer.. so, xdela anak-anak boring sbb tak dapat ikut kan…

Sebelum gi jalan-jalan, kitorg pegi makan dulu.. kali ni kitorg pegi makan area Nong Chik, dekat dengan Dataran Bandaraya JB dan Thistle Hotel, tak jauh dari Hospital Sultanah Aminah.. tempat ni bersebelahan dengan restoren The Malay Village, Dilah pernah share pasal The Malay Village ni kat sini…

Nama restoren : The Cave
Alamat : Bersebelahan The Malay Village, berdekatan Dataran Bandaraya JB dan Thistle Hotel.

Memandangkan kitorg datang awal hari tu dalam kul 4 pm, so memang takde org la… kalau datang malam memang ramai.. Tempat makan ni cantik dan unik sangat.. Konsep decoration restoren ni ala-ala dalam gua gitu… bahagian luar tu ada kolam kecil, bahagian dalam pulak seolah-olah dalam gua.. memang cantik. Jom tengok sikit dekorasi restoren ni…





Ok, bab makanan pulak.. makanan kat sini berkonsepkan western food dan bertemakan the cave.. so nama menu pun unik-unik.. rasanya pulak??? Memang terbaekkkk.. sedappppp.. jom tengok apa yg kitorg order.






Aritu kitorg order Dragon’s Breath Lamb untuk Ayah Wan.. portion makanan kat sini memang besar.. 1 set ni ada 3, 4 slices tau, boleh makan 2 org.. rasanya empuk dan lembut.. memang sedap.. Untuk Ibu Dilah pulak order Golden Crispy Chicken.. yg ni pun sedap… isi ayam yg banyak dan tebal.. memang puas hati..


Untuk anak-anak kitorg order Mushroom Zuppa Soup dan Garlic Bread..  Mushroom soup dia memang best.. anak-anak suka sangat lagi2 makan ngan garlic bread tu.. then kitorg tambah order nasi putih.. ni kakak Imani makan ngan ayam dan sup… kakak ni memang nak makan nasi jer.. hehe..


Dari segi harga rasanya berpatutan.. dengan portion yg besar, berkualiti dan rasa yg best sangat tu, harga yg ditawarkan berpatutan la.. kalau datang sini pastikan memang tengah lapar tau.. sebab takut tak habis pulak nanti.. hihi..


Eh.. Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu pun pernah datang sini tau… ni kali ke 3 kitorg datang sini.. alhamdulillah, memang puas hati.. korang try la nanti ye...

Note: Ini pandangan peribadi dan pengalaman dari kami.. mungkin tak sama dengan anda.. 







You Might Also Like

3 comments:

  1. cantik ye deko kdi makan dia..bolh buat photoshoot..sambil makn sambil menikmati pemandangan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. lapar pulak perut pagi2 tgk

    ReplyDelete
  3. Kalau nak jalan cari makan datanglah sini, 0saka. Macam2 ada. Awas sebab Yg tak halal pun melambak2.

    ReplyDelete