#MyTravelokaEscapade :: Wishlist 2017 Nak Bercuti ke Sabah
Assalamualaikum
Antara wishlist 2017 adalah nak pegi melancong ke Sabah.. huhu.. ehh.. ni wishlist dah 6 thn kottt... tp sampai skrg masih tak tercapai2 lagi.. hahaha.. lama menyimpan impian nak ke sana tau..harapannya kali ni tercapai la kannn... hihi
Negeri Sabah ni terlalu banyak tempat2 best yg boleh kita kunjungi.. yg paling best more to nature.. ala.. kitorg ni kan suka alam semulajadi.. tempat yg tenang, damai, sejuk tu yg kitorg suka... tempat havoc dan crowded memang tak suka sangat... so Sabah ni memang kena sangat la dengan jiwa kitorg ni.. hihi...
Bila nak bercuti ni kena la plan betul-betul.. Dilah memang jenis kena plan bila nak pergi ke mana-mana.. yela, anak dah 3 org kan, banyak la benda kena amik kira bila nak berjalan jauh ni.. selain dari keperluan anak-anak, perkara pertama yg perlu survey adalah tiket flight dan tempat penginapan.. sebab 2 benda ni akan menyumbang bajet yg tinggi.. tu yg kena survey betul-betul untuk dapatkan harga tiket yg murah untuk kitorg 1 family.
Nasib baik ada Traveloka, senang la kita nak survey dan booking tempat penginapan semasa di Sabah nanti.. tiket flight pun boleh booking sekali di traveloka ni.. tak payah pening2 kepala nak survey banyak website..
Wahhh.. lega dah settle pilih hotel dan tiket flight.. semua masih dalam bajet lagi... senang betul guna traveloka ni.. siap boleh compare tiket flight lagi kan... lagi best siap ada promotion dan diskaun lagi.. memang jimat banyak la bila dah guna kupon diskaun tu kannn..
Ok,. jom dilah senaraikan 7 tempat menarik yg dilah nak bawa family bila ke Sabah nanti...
1) Gunung Kinabalu
Menikmati permandangan di Gunung Kinabalu.. tak dapat daki gunung, tengok view pun jadi la kan.. hihi.. menikmati keindahan ciptaan Tuhan,,,
2) Melawat Pulau-pulau di Sabah
Island Hoping ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya memang wajib ada dalam list ni.. boleh snorkeling sekali.. tengok keindahan alam semulajadi di dasar laut memang best sangat... :)
3) Desa Dairy Farm, Kundasang
Ni satu lagi tempat yg teringin sangat nak pergi.. Nak ke New Zealand betul-betul rasa jauh sangat kan, dapat ke sini pun jadi la..nak tengok macamana proses penghasilan susu lembu tu dilakukan.. ooohhh.. ni pun pengalaman yg menarik untuk anak-anak kan...
4) Hot Spring dan Poring Canopy Walkaway
Poring Canopy Walkaway ni salah satu aktiviti mencabar yg dilah teringin lakukan.. gayat ke tak gayat nak lalu jambatan gantung tu kannn..
* Credit photo to Atie Hilmi
5) Tagal Fish, Ranau
Terbayang-bayang dah mcmana la gelagat anak2 kalau kena gigit ngan ikan ni.. mesti menjerit2 geli kan.. hahahaha
* Credit photo to Atie Hilmi
5) Tagal Fish, Ranau
Terbayang-bayang dah mcmana la gelagat anak2 kalau kena gigit ngan ikan ni.. mesti menjerit2 geli kan.. hahahaha
6) Rumah Terbalik
Salah satu daya tarikan di Sabah adalah Rumah Terbalik ni.. macamana la diorg buat semua benda boleh jadi terbalik kan.. mesti kakak imani banyak soalan nanti.. hehe
7) Pasar Filipina
Tempat shopping yg menarik di Sabah adalah di Pasar Filipine.. tempat jual kraftangan dan barangan cenderahati. pastinya tempat yg mesti dilah terjah bila ke Sabah nanti..mesti nak bawak ole-ole untuk family bila balik nanti.. hihi
Tu dia 7 tempat menarik yg dilah nak pergi bila ke Sabah nanti. InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki kami akan jejak kan kaki di Sabah nanti.. mana tau Traveloka nak bagi percutian idaman ni kannn.. so, Dilah dah boleh la start menabung untuk shopping2 di Sabah tahun depan ni.. hihi..
Sabah owh sabah.. Kalau dapat pergi nie, mesti best..
ReplyDeleteJadi tak ke sabah ni.
ReplyDeletehappy holiday ..
ReplyDelete