Daging Masak Blackpepper,

Resepi Daging Masak Blackpepper

December 23, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum
Dah jadi mak-mak org ni bila nak masak lauk mesti terpikirkan makanan kesukaan suami atau anak-anak.. apa yg diorg suka makan dan boleh makan, itu la menu yg kita akan masak.. Jarang sangat la dapat masak makanan kesukaan mak kannn.. tu la pengorbanan seorang ibu, sanggup ketepikan minat sendiri demi keluarga.. chewahhh… hahaha…
Tapi jangan kata masak kat rumah, kalau makan kat luar pun macam tu jugakkk.. menu pilihan mesti la yg anak-anak boleh makan… padahal makanan untuk anak2 dah order, tapi anak-anak dilah ni memang suka makan makanan maknye.. dalam kata lain sebenarnya diorg ni suka makan bersuap dari mak nye ni hahhhh.. tu yg time mak makan pun diorg kaco jugak.. nak jugak makan makanan mak!! hahaha… so memang tak bagi chance betul mak nak pilih menu pilihan hati sendiri tauuu.. hehe…
Tapiiiii… kadang-kadang teringin jugak la Dilah nak masak makanan fav sendiri kann… kalau kat luar pulak biasanya time lunch time jer kadang-kadang keluar makan ngan opismate boleh la makan apa yg kita rasa nak makan.. tu pun kadang2 masih teringatkan anak-anak bila kite makan yg best sikit… hahaha.. memang sindrom mak-mak sangat ni.. kehhkehhkehh…
So setelah berbulan2, akhirnya Berjaya jugak la masak makanan fav sendiri ni hah… Daging masak lada hitam or daging masak blackpepper.. dengan penuh harapan Ayah Wan dan anak-anak suka la makan jugak.. kalau suka boleh la masak lagi next time.. hahaha..
Tapiiiii harapan ku musnah sama sekali.. sobbb sobbbb… sebab ayah wan memang tak suka makan makanan yg ada blackpepper.. anak-anak ok la lagi Cuma  pedas katanya.. so, maybe ni la kali terakhir Dilah masak Daging Blackpepper ni kat rumah… ntah bila lagi boleh masak mcm ni.. hahaha.. So mari la abadikan resepi ni kat blog shj supaya tak lupa di kemudian hari… haha.. drama betul kannn..


Daging Masak Lada Hitam /blackpepper
 
Bahan-bahannya
Daging dihiris nipis
Sebiji Bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inch halia **
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar (kalau nak lagi pedas lebihkan)
1 biji cili merah
1 biji carrot (optional)
1 biji kentang (optional)
1 biji tomato (optional)
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup rasa
 
Cara penyediaan
1) Panaskan  minyak. Tumis bawang besar , bawang putih & halia yg telah dihiris. Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar. Tumis sehingga naik bau.
2) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis.. kacau2 sikit.. then masukkan daging..
3) Tambah sedikit air untuk bagi daging cepat empuk..
4) Masukkan sayur-sayuran, kentang dan carrot. Kacau2 dan tutup kuali. Bagi daging cepat empuk.
5) Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato yg dipotong 4 dan cili merah yg telah dihiris.
6) Kalau nak kuah banyak boleh tambah air.. adjust rasa.. siap!!
 

Arini bawak bekal pergi opis pulak.. puas la makan daging masak blackpepper arini.. hihi..


Selamat mencuba!!
 
 
 

You Might Also Like

1 comment:

  1. Daging black pepper memang favorite kami sekeluarga.

    ReplyDelete