Shopping sebagai Reward Tahunan

December 29, 2016

Assalamualaikum
Bila hujung tahun jer mula la masing-masing sawan bila Nampak sana sini buat YEAR END SALE..Dilah pun tak terkecuali..  Dilah ni boleh dikategorikan bukan kaki shopping online.. tapi bila hujung tahun jer mesti terjebakkkkk… hahaha… pitammmm…
Motif hujung tahun baru terjebak??? Sebab rasa hujung tahun dapat bonus kotttt… tapiiii bonusnya hujung bulan.. tapi dari awal bulan dah menyopingggg.. apekehal pulak kannnn.. hahaha…
Konon2nya beli untuk hadiah anniversary dan birthday la.. tak lupa reward utk diri sendiri utk segala kepayahan sepanjang tahun… tapiiii kannnn.. beli semua hadiah guna duit sendiri, bukan ayah wan yg bagi… konsepnya dah mcm syok sendiri pulakkkk… kehhhkehhkehhh…
Takpe la.. dalam setahun Cuma bulan ni jer yg menyopingg.. dah setahun tahan napsu ko, kasi chance la bulan ni kita raikan nya.. hahaha… ada jer alasan ko kannnn.. jom tengok apa barang yg Dilah nak sangat beli ni….

1) Food Processor Phillip – hadiah birthday





Ni memang idaman nak beli sbb kononnya bermula tahun 2017 dah berazam nak bawak bekal pegi keje dan bawak kan bekal untuk kakak Imani pegi sekolah.. kakak kan dah masuk darjah 1.. so gajet ni salah satu persediaannya la.. nak buat frozen food like chicken nugget, sosej, cheese ball, begedil dan lain2 lagi… -beli kat Lazada -

2) Waffle Maker – hadiah Anniversary


Anak-beranak suka makan waffle.. asyik beli kat kedai je, so mari la kita beli waffle maker ni dan masak kat rumah jer senang… boleh makan banyak.. tp so far belum dapat resepi yg kena dgn tekak lagi.. heheh.. still try and error… -beli kat Lazada -


3) Car Playmat – Hadiah Anak-anak

Birthday anak-anak jarang bagi special hadiah untuk diorg.. sbb memang Dilah taknak anak-anak ingat bila birthday jer mesti kena dapat hadiah.. so kalau ada, ada la… biasanya ada tapi tak semestinya betul2 time birthday dan barangnya tak semestinya mesti yg mahal.. -beli kat CinonetbyIntan -
4) Baju Pijamas Anak-anak – hadiah bonus dari ibu
Kebetulan ayah wan pun ada cakap kalau boleh nak beli 5 pasang baju pijamas utk setiap anak2, skrg dah ada 3 pasang. Ni dah bonus dilah tambah lagi sorg sepasang. -beli kat Lazada -
5) Ahli Tupperware – reward diri sendiri (duit bonus)

Sebagai reward untuk diri sendiri sebab dah bersusah payah mengharungi macam2 dugaan dan cabaran dalam menguruskan family sepanjang tahun ni.. Tahun ni tahun yg perit untuk kitorg.. baik dari segi kesihatan 1 family dan juga kewangan.. so bagi la chance reward utk diri sendiri.. hihi..

Wahhhh… banyak jugak shopping ye… setahun sekali katakannn… patut la nampak susut akaun bank dilah tu.. hahaha… Tahun depan tahun berjimat cermat dan tahun menabung.. nanti dilah share pasal plan kewangan family kitorg untuk tahun depan pulak ye… InsyaAllah…

You Might Also Like

1 komen

  1. Saya setuju bab asal birthday je tak wajib kasi hadiah. Macam saya dtg je birthday buat tak tahu je sebab diri sendiri yang lupa dan takda pun mintak apa-apa drp parents :p

    ReplyDelete