Giveaway Bulan Cinta By Dilah - Assalamualaikum.. alhamdulillah.. hari ni dah masuk bulan Disember, bulan yang terakhir sekali dalam tahun 2017 ni.. Bila masuk bulan Disember ni, semangat Dilah agak membara.. haha.. maklum la bulan ni bulan anniversary kami Dilah dan Ayah Wan.. jangan cakap kami sahaja, rasanya ramai jugak yang menyambut anniversary dalam Bulan Disember ni kan.. maklum la, musim cuti sekolah, musim majlis kawen kan..
Alhamdulillah.. semalam genap usia perkahwinan kami yang ke 8 tahun pada 5 Disember.. dan kebetulan pula, ulangtahun Dilah juga jatuh pada bulan ni iaitu pada 17 Disember nanti. Tu sebab la bila masuk bulan Disember ni Dilah rasa super excited sikit.. haha.. walaupun seperti kebiasaannya, kami ni takdela celebrate beria-ia sangat. Sekadar keluar makan dan ucapan dah mencukupi.. Tiada tukar-tukar hadiah ataupun surprise celebration.. haha.. tapi itulah kami.. very the simple family.. kalau nak belikan something pun Ayah Wan akan bagi duit sebagai bonus dan Dilah pilih la sendiri nak beli apa. haha.. sempoi habis kan.. Kebetulan pulak Birthday Ayah Wan bulan Januari, so Dilah pulak kalau nak beli hadiah ke kira combo untuk anniversary + Birthday sekali.. haha..
Kebetulan pula, bila hujung tahun ni biasanya kami akan pergi bercuti bersama family. Cuti sekolah kan, anak-anak mesti nak berjalan. So kira Cuti-cuti Malaysia ni kira celebrate sekali la anniversary kami.. chewaahhh.. celebrate beramai-ramai gitu..
Ok.. Bact to topic. Sempena raikan bulan cinta ni, Dilah nak anjurkan satu giveaway buat semua blogger.. giveaway ni akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini 6 Dis hingga 31 Dis 2017. Diharap ramai la yang dapat menyertai giveaway Dilah kali ni..
Syarat Penyertaan ;
1) Follow blog ceriteraibu.com
2) Follow Instagram afdilah17
3) Like facebook Nor Afdilah Lias
Follow FB Page Ceriteraibu.com
4) Buat 1 entry bertajuk "Giveaway Bulan Cinta by Dilah"
- Letakkan gambar di atas dan backlink kan ke entry ini
- Dalam entry tu korang boleh nyatakan bila anniversary korang dan tahun ni anniversary yg ke berapa. (kalau yg belum kawen tu tak yah)
- Tinggalkan komen di bawah entry ni dengan masukkan link penyertaan entry korang.
Siap.. senang jer kan.. korang join tau nanti..
Mesti nak tahu apa hadiahnya kannn?? Dilah mencari 4 orang peserta bertuah.. Tapi kalau lebih ramai yang join mungkin Dilah akan tambah hadiah lagi.. bergantung kepada berapa ramai penyertaan..
Hadiah Giveaway Bulan Cinta by Dilah adalah seperti berikut :
>> 2 org x G&H PROTECT+ Deodorant & Anti-Perspirant Roll-On (100ml) <<
[Deodorant ini boleh tahan 6 bulan ke 10 bulan tau.. sangat menjimatkan]
>> 2 org x Survenir <<
[Ole-ole dari percutian Dilah sekeluarga nanti]