Kakak Nur Diyana Imani Darjah 1 - Ceritera Ibu

Kakak Nur Diyana Imani Darjah 1


Assalamualaikum

Alhamdulillah.. arini last day bersekolah untuk minggu ke3 kakak Imani masuk Darjah 1.. Tapi baru hari ni ibu sempat nak update.. kalau ikutkan malas takut tak terupdate nanti.. tapi ni kan 1st time anak masuk darjah 1 kann… so mesti la nak abadikan jugak kenangan tu kat dalam blog kesayangan ni.. hihi

Kakak Imani mula naik sekolah pada 1 Januari 2017. Negeri Johor kan tak cutii hari Ahad. Nasib baik company ibu dan ayah wan ambik cuti new year dan replacement cuti hari isnin tu.. so dapat la tengok dan uruskan 1st dan 2nd day kakak masuk darjah 1.


Tahun ni kakak Imani sekolah agama sesi sebelah pagi.. ehhh.. org johor panggil sekolah agama ni “sogame” tau.. Ibu dilah kena la biasa kan sebut sogame ni sbb ibu org Melaka.. haha.. ayah wan gelak jer bila mula2 ibu cakap sogame.. ok3..  kakak start sogame pukul 9am sampai kul 10.30am.. so pagi2 takde la rushing sangat nak bersiap kan…


Pergi balik sekolah kebangsaan dan sogame semua diuruskan oleh taska tempat transit kakak.. ohh ya.. tahun ni semua anak2 dilah hantar tempat yg sama.. adik Fattah anas day care, abg faris tadika 5 thn & daycare dan kakak Imani transit.. semua kat tadika/taska diorg sejak 3 tahun lepas…  
 

So bab transport tak yah risau.. van taska yg akan ambil kakak.. dan yg bestnya bila van taska yg ambil ni sbb diorg akan jimat masa.. van tu tak akan round hantar anak2 lain kat rumah, semua nya akan ambil dan hantar kat taska jer.. so anak2 ada masa lebih utk rehat kat taska.. dan lagi bagus sbb van sekolah diorg ni akan tunggu betul2 depan pintu pagar.. van sekolah tu akan sampai awal sangat, 15 min-30 min awal.. so memang tak risau sangat la pasal keselamatan anak2 ni..


Sekolah kebangsaan pulak sesi sebelah petang..  so kakak ada masa dlm 2 jam lebih untuk berehat sebelum ke sekolah kebangsaan pulak.. sekolah kakak ni kira sekolah baru jugak.. baru 5 thn kalau tak silap.. so kelengkapan pun semua baru la jugak.. dan sekolah ni amal kan buat solat zuhur dan asar berjemaah kat sekolah.. alhamdulillah.. seronok rasanya bila kecik2 lagi anak2 kecik ni dah diterapkan dgn solat Jemaah mcm ni…

Balik sekolah van taska tu jugak yg akan ambil.. so kitorg akan ambil kat taska jer.. kecuali hari ahad la kitorg yg akan hantar dan ambil.. tu pun kakak dah bising sbb dia rasa sekolah mcm 6 hari cuti sehari jer.. sbb cuti kakak tak sama ngan cuti ibu ayah.. ari jumaat dia still kena pegi taska jugak sbb kitorg keje.. kesian kannn… dilemma betul bila kakak cakap mcm tu…

Ni Dilah skodeng kakak masa rehat hari pertama.. mula2 dia beratur beli air bila nampak kwn2 gi beli air.. tp boleh pulak dia beli air mineral.. padahal dia dah bawak air masak dah pegi kantin tu.. lepas dia beli air baru dilah tegur dia.. terkejut dia nampak dilah.. pastu dilah ajar dia beli makanan pulak.. beratur beli makanan tu panjang sikit compare ngan beli air tak ramai org..

Skrg ni tido malam dah tak risau sangat dah.. dalam kul 10 ke 10.30mlm paling lewat mesti kakak dah tertido.. kadang2 kalau penat sangat kul 8 lebih or 9 lebih dah tetido.. hahaha.. risau betul kalau dah kul 10.30 dia tak tido lagi..tak jarang la.. biasa dia tertido sendiri kat luar.. penat sangat kannn…

Alhamdulillah.. semoga kakak diterangkan hati dalam menuntut ilmu.. semoga kakak Berjaya dunia akhirat… aamiin…



No comments