#daridapurdilah,

Resepi : Homemade Chicken Nugget

January 10, 2017 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum

Sejak kakak Imani dah bersekolah ni, gigih la Dilah nak bawak kan bekal untuk kakak ke sekolah.. di samping tu, Dilah cuba kurangkan pengambilan proses food mcm nugget dan sosej.. so, try buat sendiri untuk kepuasan dan kesihatan anak2...

1st time buat aritu tak menjadi.. rasanya x kena ditekak kitorg.. ntah la.. resepi tu ada letak bawang putih.. Dilah pun follow sbb bawang putih ni kan elok.. tp bila letak bawang putih ni rasanya tak berapa best. lagi 1 dalam resepi tu letak mayonis.. ni pun menyebabkan rasa tu lain sikit.. so memang tak menjadi la bagi Dilah.. bentuk semua dah ok, cuma rasa tu jer yg out. RASA tu kan subjektif pada setiap org..

2nd time buat semalam. masa kakak Imani kat sekolah, dan abg adik tengah tido.. jadi dapat la ibu buat R&D dengan tenang dan aman.. haha.. dahsyat kan siap buat R&D lagi tu.. poyo betul kannn.. haha.. 

Actually, nak buat chicken nugget ni senang jer.. bahan2 basic pun sama jer.. cuma penambahan beberapa bahan yg 'optional' tu yg membezakan rasanya.. So resepi kali ni dah LULUS dengan sedikit olahan bahan dari Dilah.. dilah ada tambah sayur sikit sbb budak2 ni kan tak suka sayur, so kite tambah la kat makanan yg diorg suka.. ok, jom tengok resepi chicken nugget versi Dilah

Chicken Nugget
Resepi olahan Dilah


Bahan-bahannya :
Isi ayam - 2 bahagian
1 biji Bawang besar
 3 sudu Tepung Gandum
Carrot - optional
Chedar Cheese - optional
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Sedikit Garam 

Telur
Serbuk roti

Cara penyediaan.

1) Blend isi ayam, bawang besar, carrot dan garam dalam food processor sehingga lumat.. then pindah kan dalam mangkuk/bekas lain.
-  Masukkan lada sulah, lada hitam dan tepung.. Gaul rata.
- Parutkan cheddar cheese ke dalam adunan.
2) Bentukkan adunan nugget mengikut bentuk yg disukai. bentuk love ke, bentuk nuget biasa pun ok dah.. haha.. then celupkan nuget dalam telur.
3) Then, golek-golekkan pula dalam serbuk roti sehingga rata..
4) Ulang langkah 4 - 6 sehingga habis.
Siap!!

- Blend isi ayam, bawang besar, carrot dan garam dalam food processor sehingga lumat.. then pindah kan dalam mangkuk/bekas lain.
- Masukkan lada sulah, lada hitam dan tepung.. Gaul rata.
- Parutkan cheddar cheese ke dalam adunan dan gaul rata..

- Bentukkan adunan nugget mengikut bentuk yg disukai. bentuk love ke, bentuk nuget biasa pun ok dah.. haha
- Celupkan nuget dalam telur.
Then, golek-golekkan pula dalam serbuk roti sehingga rata..


Ulang langkah 4 - 6 sehingga habis.
Siap!!
Boleh la digoreng atau di'frozen'kan.. sekali buat ni dapat dalam 20 - 30 pcs.. puas hati jugak la sbb dapat banyak kan... pastu rasa cheese lagi.. hihi...

Ni cheese yg dilah gunakan.. cheese cheddar brand kraft.
Sebelum ada yg tanya quantity untuk bahan-bahan tu berapa banyak nak guna, meh Dilah jawap awal2.. bahan2 ni agak2 jer.. takde sukatan tertentu kecuali tepung tu..

- tepung tu pun anggaran jer.. maknanya kalau letak 2, 3 sudu besar tu pun dah cukup dah.. xdela kena letak sampai 1 cawan.. tu dah jauh beza kan..
- mcm ayam tu lagi banyak letak lagi banyak ler dapat buat.. 
- lada sulah dan lada hitam tu dalam 1-2 sudu kecil rasanya.. sama mcm letak garam tu, secukup rasa.
- cheese pun sama.. nak rasa lagi banyak cheese letak la banyak2.. giteww 
- carrot tu Dilah letak dalam 1/2 batang jer..



Ok.. tu jer kot... RASA tu subjektif.. ada org suka ada cheese, ada yg x suka.. ada suka letak mayonis, ada yg tak suka mayonis.. so very subjektif.. so boleh try and error, mix apa yg kita suka.. ni 2nd time buat baru menjadi.. yg 1st time aritu x kena ngan tekak kitorg..tapi habis jugakkk 😂😂
 
Ok.. tu jer kot... selamat mencuba  😂

 

You Might Also Like

2 comments:

  1. Senang je rupanya. Boleh lah cuba lps nie. Sbb sy mmg x beli process food dekat rumah. Thanks for sharing ya. :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sgt sbb ada carrot dgn cheese tu.

    ReplyDelete