Fattah Anas,

WW63 :: Bila Anak Jumpa Telefon

February 22, 2017 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Kesian budak kecik ni.. jakun bila jumpa telefon.. maklum ler kat rumah takde telefon pun.. semua pakai hp jer skrg ni.. hahaha





1 comments:

#31dayschallengebyjdtblogger,

31 Days Challenge bu JDT Blogger :: Menang 2nd Prize

February 22, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamulaikum

Ingat tak bulan lepas dilah ada join 31 Days Challenge by JDT Blogger.. hahhh... time tu bukan main rajin lagi update blog kan.. iyela.. nak sahut cabaran 31 hari update blog kann.. mcm tak percaya Dilah berjaya habis kan semua cabaran tu...

Keputusan cabaran tu telah diumumkan last week.. dannnnn.. Yeayyy!! Dilah terpilih antara 8 org yg bertuah!! dan terpilih untuk 2nd prize!!!


Alhamdulillah... tahun ni nampaknya mcm tahun bertuah untuk Dilah.. dari awal tahun aritu Dilah dah menang 4/5 hadiah.. hehe.. mudah2an terus bertuah hingga hujung tahun.. hihi.. InsyaAllah, Dilah akan terus support team JDT Blogger..

3 comments:

Birthday,

Birthday Giveaway Nur Imani

February 21, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Hai korang.. update lagi arini.. amik masa sikit tgh lunch hour ni.. actually teruja nak join give away ni sebab nama anak kite hampir sama la sha.. nama anak Dilah yg sulung tu Nur Diyana Imani.. so beza ada nama Diyana jer la kan..

SELAMAT HARI LAHIR NUR IMANI..
Semoga menjadi anak yg solehah.. 
berjaya di dunia dan di akhirat nanti.. 
Insya Allah..

http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/02/birthday-giveaway-nur-imani.html

Jom kawan3 join giveaway ni.. boleh klik gambar di atas untuk join ya..

4 comments:

Teaser :: Our 1st Short Vacation 2017

February 21, 2017 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum

Akhirnya, dah masuk pertengahan bulan Februari 2017 baru dapat luangkan masa bercuti bersama keluarga.. actually percutian ni sepatutnya pada hujung bulan Nov tahun lepas.. tapi time tu fully booked.. so postpone sampai la ke bulan Februari ni.. tu jer masa yg agak free yg semua org boleh join..

Kali ni family DilahWan bercuti dengan family sebelah Ayah Wan pulak.. bulan dec haritu dah bercuti dgn family dilah kannnn... (tp tu pun tak sempat nak share lagi) hahahah... nanti la ada masa dilah share.. yg ni pun buat teaser jer dulu.. tak sempat hoiiii.. masuk bulan februari bi busy giler2... nak blogwalking pun tak sempat... hahaha....banyak benda nak share cuma tak sempat jer nak taip.. hahaha


So terima la teaser sikit utk percutian kali ni.. nnt dilah update lagi ye....


1 comments:

Deeja Cosmetic,

Jom Cantik dengan Deeja Cosmetic

February 17, 2017 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum

Sepanjang hidup 33 tahun ni, Dilah tak pernah lagi pakai apa2 produk kecantikan.. Eh.. bukan tak pernah langsung, ada la 1-2 kali pakai tapi pakai kejap jer.. Mungkin jugak sbb Dilah takde masalah kulit muka sangat, jadi tak amik kisah sangat nak jaga kecantikan muka.. setakat pagi cuci muka guna pencuci muka.. then nak keluar rumah just pakai bedak baby jer.. hahaha.. giler sempoi kannn...


Tapi bila masuk usia 30an ni, perasan la muka macam kusam sikit.. dah naik bintik2 hitam.. tapi tu pun masih tak kisah nak jaga muka.. dalam seminggu dua ni baru la datang rasa insap sikit nak jaga kebersihan dan kecantikan muka.. hahahha... makanya mari lah try pakai produk kecantikan dari Deeja Cosmetic ni.. nape Deeja Cosmetic?? Sebab banyak sangat dengar testimoni cakap yg deeja cosmetic ni bagus sangat.. tu yg teringin sangat nak cuba...

Apa yg ada dalam set Deeja Cosmetic ni??
Ada 5 item semuanya;
✔ Sabun Pembersih Muka
✔ Krim siang
✔ Krim Malam
✔ Toner Nano
✔ Krim Nano

Masa mula-mula pakai pencuci muka deeja cosmetic ni, Dilah rasa best sangat... memang memenuhi ciri-ciri pencuci muka yg Dilah suka.. lepas cuci muka, kulit muka rasa tegang dan bersih sangat.. dah la bau wangi.. memang best sangat la...


Then, sebelum keluar pakai toner dan jugak krim siang sebagai ala-ala foundation gitewww... pakai nipis-nipis jer.. memang rasa ringan jer kat muka.. tak terasa macam ada pakai krim jer.. memang best.. then pakai la bedak sikit.. dah siap boleh keluar.. takyah nak make up2 sangat ponnn..
Malam pulak sebelum tido pakai krim malam.. dan krim nano.. senang jer kan.. proses pemulihan kulit tu akan berlaku semasa kita tido.. so jangan lupa tepek2 sebelum tido.. haha


Setelah hampir 2 minggu pakai produk ni, Dilah rasa puas hati sangat.. kali ni kena displin sikit, Dilah nak pastikan Dilah guna sampai habis... sebab sebelum ni malas nak jaga muka kan.. alang-alang dah guna ni mesti lah guna betul-betul.. kate nak jaga kecantikan kannn... hahaha..


Tak dapat cantik macam sherry ibrahim tapi dapat kulit mcm sherry pun dah bagus sangat kan.. hehehe.. Kalau korang nak try jugak, boleh contact nombor bawah ni untuk order.. 
Whatsapp : 019-694 5950

Boleh visit Instagram dan Facebook Deeja Cosmetic jugak...

IG :deeja_cosmetic_hq
Fb : Deeja Cosmetic HQ


Jom kite cantik sama-sama.. hehe 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

GARA² MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA
==============

Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.



Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yg diperlukan untuk sembuh lebih lama.

Pada awalnya wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu  menghilangkan parut pada wajahnya.

"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah.",luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

 

 "Saya cuba tengok²  produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.

"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².


"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Facebook:
https://www.facebook.com/deejacosmeticofficial/

Talian untuk dihubungi:
0196495950
0192495950
0192785950 



1 comments:

#cuti2malaysia2017,

Berpicnic di Pantai Puteri, Tanjung Keling, Melaka

February 16, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

Cuti Chinese New Year yg lepas, kitorg balik rumah Bunda kat Melaka.. Kebetulan pulak cuti 4 hari kan.. ada pulak adik Bunda yg kitorg panggil Mama ni nak berpicnic di Pantai Puteri..  so dia ajak la sape2 yg nak join sekali.. ramai jugak yg nak join.. 4 family join berpicnic sekali.. memang meriah..
Family Bunda sampai paling last sekali..dekat kul 10pagi baru sampai.. kira lambat la tu.. mana tak lambat, banyak tentera nak bawak.. hahaha… cucu 11 org semua ikut.. tu yg bersiap lambat.. dgn nak sediakan makanan lagi.. kitorg bawak donut ngan meehoon goreng jer…




Sampai jer sana anak2 memang teruja.. bukan anak jer, mak pun teruja sama sbb tempat dia nampak menarik.. walaupun sampai kul 10 pagi.. tapi redup jer sbb banyak sangat pokok.. pantai tu tak jauh dr tepi main road. Tapi pokok penuh.. so memang berpicnic bawah pokok.. siap bawak meja lipat dan kerusi lagi.. khemah bawak jugak.. Kawasan yg diorg pilih pulak tu betul2 depan masjid.. so senang la nak ke toilet ke apa..



Mula2 fattah anas tak nak main kat pantai.. so dilah suapkan dia makan jer la dulu.. budak kecik ni kan dengan makanan berpisah tiada.. so dapat makan memang tak gerak la.. rileks jer duduk kat kerusi tu sambil makan.. org lain dah sibuk main kat pantai.. yg bestnya kali ni ramai cousin2 dilah yg boleh tolong handle si abg ngan kakak.. so dilah layan si kecik ni jer la..

Dalam kul 12 si kakak ngan abg dah naik.. kata dah sejuk.. so nak pegi mandi dan salin baju.. time tu dilah baru bawak Fattah anas ke pantai semula.. dan dia baru nak start main pasir.. nasib ada aunties yg tolong layan dia..  so dilah handle 2 beradik tu pulak nak mandi dan salin.. lepas tu baru diorg makan.. elok lepas makan kata nak mandi laut balik… amboiii sangat.. tadi dah cakap kalau dah mandi dan tukar baju tak boleh mandi laut lagi.. tapi budak kannnn… dalam kite bising2 ckp tak payah, dah basah baju dia.. kalau dah basah tu mandi je la korang…







Dalam kul 1 lebih tu tengok mcm dah mendung..  so cepat2 panggil anak2 naik utk bersiap2.. takut karang hujan tak sempat nak kemas2.. elok kitorg bawak anak2 pegi mandi semula kat masjid tu, hujan pun turun.. nasib baik sempat berkemas.. tu pun makcik2 yg lain tolong kemas sebab kitorg dah handle budak2 kecik nak mandi ni.. siap2 terus balik….

So far puas hati la dapat berpicnic kat situ.. tempat redup dan selesa.. Cuma air laut tu xdela bersih mana kan.. selat Melaka kan.. air xdela jernih mcm kat laut cina selatan tu.. tp setakat nak layan anak2 berpicnic boleh la kan.. hehe

Next nak pegi mana pulak?? Kite pegi mandi pool pulak.. yeayyy... tak sabar nak family ngan family in law pulak.. hahaha.. mak yg over tau..

#cuticutimalaysia #dilahwansfamilyshortvacation
 

3 comments:

#daridapurdilah,

Resepi :: Puding Roti Noxxa

February 07, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

Dulu penah buat puding roti tp bakar guna oven.. tapi kali ni try masak guna pressure cooker noxxa pulak.. sangat senang.. sedap pulak tu..  Ni pun sebab terpengaruh ngan bunda buat masa balik CNY aritu.. sampai repeat buat 2x tau.. haha.. jom tengok resepi mudah ni..

Puding Roti
Resepi by Bunda


Bahan A
12 keping roti
3 cawan susu segar

Bahan B
2 sudu majerin dicairkan
5 sudu gula
2 biji telur
Coklat chip
Esen vanila

Bahan C
1 tin susu cair
1 cawan air (ikut nak pekat mcmmana)
6 sudu gula
2.5 sudu tepung kastad
1 camca esen vanila

Cara penyediaan:
1) Carik2 roti dan rendam dgn susu segar - bahan A

2) Cairkan majerin dan sejukkan.. then pukul telur dan gula sehingga sebati. masukkan esen vanila dan majerin yg telah sejuk.. kacau sebati. - Bahan B









3) Tuang B dalam A serta coklat chip seberapa banyak yg korang suka dan gaul rata. Masuk dalam PC Noxxa. Set steam 25min.

4) Masak semua bahan C utk dijadikan sos dalam periuk lain dgn api perlahan.. sentiasa kacau supaya tak hangit... adjust kepekatan sos ikut kesukaan..


5) Siap!!

Selamat mencuba

Pressure cooker noxxa ni bukan setakat boleh masak pelbagai jenis nasi dan lauk tau.. kek-kek, puding pun boleh buat jugakk.. mmg serbaguna sangat kan.. tak rugi ada PC ni tauu.. ada yg berminat dgn pressure cooker noxxa jugak?? boleh whatsapp Dilah 012-7275531 ok..



3 comments:

#31dayschallengebyjdtblogger,

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 31

February 04, 2017 Ibu Dilah 1 Comments




Assalamualaikum

Gambar selfie @ bersama orang yang tersayang


Sedihnyaaa.. hari ni last day 31 days challenge by JDT Blogger.. lepas ni xde dah nak update hari2.. muahhaahaa.. tp at least seminggu dpt 4-5 entry pun dah ok sgt dahh kann..

Tapiiii.. banyak lagi plan utk lepas ni.. nak update citer2 yg tertunggak banyak.. haha.. ehhh.. dah melalut pulak..

Task terakhir ni senang jer.. bergambar bersama yg tersayang.. gambar fresh lagi ni.. baru amik.. ni pun fattah anas yg amik gambar sbb dia yg sibuk pegang monopod.. so harap maklum la kalau budak yg pegang, gambar pun jadi huru hara.. haha..

Ok.. walaupun ni last task tapi hope korang terus support team JDT Blogger ya.. thanks korang.. 😘😘

#31dayschallengebyjdtblogger
#jdtblogger

1 comments:

#31dayschallengebyjdtblogger,

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 30

February 03, 2017 Ibu Dilah 1 Comments




Assalamualaikum


Task arini rasa macam nak buat ucapan hari raya pulak.. hihi.. nebes ai tauuu... hahha...

Terima kasih banyak-banyak pada readers yg selalu membaca blog ceriteraibu.blogspot ni.. walaupun tak ramai followers, tapi masih ramai jugak yg singgah kat blog ni sampai berjuta2 lemon dahhh.. mcm tak caye pun ada tauuu... kalau tengok fofular entry tu pun korang boleh tau kan sape yg selalu singgah ni.. org2 yg cari resepi yg mudah2 dan simple2.. kadang2 rasa macam blog masakan pulak.. hahaha...

Buat followers di instragram @afdilah17 dan facebook juga, terima kasih pada korang semua.. yg sudi melayan akak merapu.. share citer pasal anak2 comel akak tu.. ecehhhh.... ni la dunia mak-mak kan.. takde citer lain mesti pasal anak-anak jer.. pasal diri sendiri dan ayahwan memang tak banyak.. hope korang tak meluat la kalau asyik upload gambar anak jer.. hahaha..

Terima kasih pada semua yg sudi berkawan ngan dilah di alam maya ni.. teruskan support dilah ya..


#31dayschallengebyjdtblogger
#jdtblogger

1 comments: