31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 26

February 01, 2017


Assalamualaikum

Maraton nak siapkan 3,4 entry sebab dah ketinggalan bila cuti lama sangat.. haha.. tula, tak wat entry schedule tak sempat arini.. hambik ko siapkan semua sekalii... hihi

Ok. kalau org yg kenal Dilah ni jenis yg penyabar, tapi ada 4 perangai manusia yg boleh buat Dilah hilang sabar.. mcm tak leh hadam la perangai org2 macam ni...  Jom tengok list kat bawah ni..

1) Perokok hisap rokok ditempat awam
Sangat-sangat menyampah dengan org macam ni.. lagi2 dalam kedai makan yg dah sah2 tulis DILARANG MEROKOK.. pastu dia merokok tak tengok kanan kiri, ada anak kecik ke, ada family, dia main hembus jerrrr.. nasib baik la ayahwan tu tak smoking.. tu pun salah satu syarat pilih husband dulu.. kalau smoking awal2 kena reject!! haha

2) Orang bawak kereta slow di lorong kanan sekali
Sangat la pelik bila ada manusia yg berperangai macam ni.. sangat2 SELFISH bagi dilah.. bawak kereta tak reti tengok mirror ke apa?? Adoiii.. kadang nak pikir +ve yg kereta dia  ada problem ke.. tapi kalau dah tau ada problem tu bawak la line kiri.. so takde la org panas hati mengekor belakang kete awak tu.. hishhh...

3) Ada parking kosong tapi parking kete ikut suka
Ni lagi satu perangai org kita ni.. parking kete kosong tu depan mata tapi malas nak masuk parking duk parking belakang kereta org.. ada tu pulak jenis parking tak masuk dalam line.. macam parking tu dia sorang jer yg nak guna.. ni pun jenis org yg SELFISH..

4) Tak bagi tempat duduk pada kanak2/org tua/wanita hamil
 Tak kira kat klinik ke atau kat tempat awam yg lain mcm dalam train ke, pejabat pos ke bank ke.. perangai mcm ni biasa kita lihat.. yg gagah perkasa or anak muda yg bujang ke anak dara ke sibuk main henpon tanpa lihat sekeliling.. ada org tua berdiri dia buat dekkk jer... kalau kat klinik mengandung tu pun sama.. yg si suami meneman isteri ni sibuk duduk main henpon.. org lain yg pregnant tu pulak berdiri sbb takde tempat.. geram betul perangai mcm ni.. tu sebab dilah selalu pegi klinik sendiri je.. kalau ayahwan ikut pun dia tunggu dalam kete...


Actually ada lagi perangai yg dilah tak suka, tp cukup la highlight kan 4 perangai ni je yg top 4 bagi dilah.. 

Teruskan support JDT blogger ya...

#31dayschallengebyjdtblogger
#jdtblogger