Berpicnic di Pantai Puteri, Tanjung Keling, Melaka
Assalamualaikum
Cuti Chinese New Year yg lepas, kitorg balik rumah Bunda kat
Melaka.. Kebetulan pulak cuti 4 hari kan.. ada pulak adik Bunda yg kitorg
panggil Mama ni nak berpicnic di Pantai Puteri.. so dia ajak la sape2 yg nak join sekali..
ramai jugak yg nak join.. 4 family join berpicnic sekali.. memang meriah..
Family Bunda sampai paling last sekali..dekat kul 10pagi
baru sampai.. kira lambat la tu.. mana tak lambat, banyak tentera nak bawak..
hahaha… cucu 11 org semua ikut.. tu yg bersiap lambat.. dgn nak sediakan
makanan lagi.. kitorg bawak donut ngan meehoon goreng jer…
Sampai jer sana anak2 memang teruja.. bukan anak jer, mak pun teruja sama sbb tempat dia nampak menarik.. walaupun sampai kul 10 pagi.. tapi redup jer sbb banyak sangat pokok.. pantai tu tak jauh dr tepi main road. Tapi pokok penuh.. so memang berpicnic bawah pokok.. siap bawak meja lipat dan kerusi lagi.. khemah bawak jugak.. Kawasan yg diorg pilih pulak tu betul2 depan masjid.. so senang la nak ke toilet ke apa..
Mula2 fattah anas tak nak main kat pantai.. so dilah suapkan
dia makan jer la dulu.. budak kecik ni kan dengan makanan berpisah tiada.. so
dapat makan memang tak gerak la.. rileks jer duduk kat kerusi tu sambil makan..
org lain dah sibuk main kat pantai.. yg bestnya kali ni ramai cousin2 dilah yg
boleh tolong handle si abg ngan kakak.. so dilah layan si kecik ni jer la..
Dalam kul 12 si kakak ngan abg dah naik.. kata dah sejuk.. so nak pegi mandi dan salin baju.. time tu dilah baru bawak Fattah anas ke pantai semula.. dan dia baru nak start main pasir.. nasib ada aunties yg tolong layan dia.. so dilah handle 2 beradik tu pulak nak mandi dan salin.. lepas tu baru diorg makan.. elok lepas makan kata nak mandi laut balik… amboiii sangat.. tadi dah cakap kalau dah mandi dan tukar baju tak boleh mandi laut lagi.. tapi budak kannnn… dalam kite bising2 ckp tak payah, dah basah baju dia.. kalau dah basah tu mandi je la korang…
Dalam kul 1 lebih tu tengok mcm dah mendung.. so cepat2 panggil anak2 naik utk bersiap2..
takut karang hujan tak sempat nak kemas2.. elok kitorg bawak anak2 pegi mandi
semula kat masjid tu, hujan pun turun.. nasib baik sempat berkemas.. tu pun
makcik2 yg lain tolong kemas sebab kitorg dah handle budak2 kecik nak mandi
ni.. siap2 terus balik….
So far puas hati la dapat berpicnic kat situ.. tempat redup
dan selesa.. Cuma air laut tu xdela bersih mana kan.. selat Melaka kan.. air
xdela jernih mcm kat laut cina selatan tu.. tp setakat nak layan anak2
berpicnic boleh la kan.. hehe
Next nak pegi mana pulak?? Kite pegi mandi pool pulak.. yeayyy... tak sabar nak family ngan family in law pulak.. hahaha.. mak yg over tau..
#cuticutimalaysia #dilahwansfamilyshortvacation
Next nak pegi mana pulak?? Kite pegi mandi pool pulak.. yeayyy... tak sabar nak family ngan family in law pulak.. hahaha.. mak yg over tau..
#cuticutimalaysia #dilahwansfamilyshortvacation
bestnye dapat berpicnic. Dulu time ana study dekat alor gajah selalu jugak lepak dekat pantai2 di melaka ni. sekarang ni, nak ke pantai susah sangat sebab si kecik tu geli sangat dengan pasir. menjerit2 macam apa je. tunggu besar sikit lah nampaknya. hehe.
ReplyDeletewah best tu. In Shaa Allah ada sampai melaka, elsa datang sini hikhik
ReplyDeletesinggah isi tabung. elsa ada cerita baru http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/kenapa-ibu-sorok-spicy-korean-ramen-elsa.html jemput join ga elsa jugak tau :*
bila tengok anak-anak seronok gitu. penat-penat pon mesti rasa seronok gila yak. hehehe..
ReplyDeletetak sabo lak nak jadik bapak. ;p