Resepi :: Puding Roti Noxxa - Ceritera Ibu

Resepi :: Puding Roti Noxxa


Assalamualaikum

Dulu penah buat puding roti tp bakar guna oven.. tapi kali ni try masak guna pressure cooker noxxa pulak.. sangat senang.. sedap pulak tu..  Ni pun sebab terpengaruh ngan bunda buat masa balik CNY aritu.. sampai repeat buat 2x tau.. haha.. jom tengok resepi mudah ni..

Puding Roti
Resepi by Bunda


Bahan A
12 keping roti
3 cawan susu segar

Bahan B
2 sudu majerin dicairkan
5 sudu gula
2 biji telur
Coklat chip
Esen vanila

Bahan C
1 tin susu cair
1 cawan air (ikut nak pekat mcmmana)
6 sudu gula
2.5 sudu tepung kastad
1 camca esen vanila

Cara penyediaan:
1) Carik2 roti dan rendam dgn susu segar - bahan A

2) Cairkan majerin dan sejukkan.. then pukul telur dan gula sehingga sebati. masukkan esen vanila dan majerin yg telah sejuk.. kacau sebati. - Bahan B









3) Tuang B dalam A serta coklat chip seberapa banyak yg korang suka dan gaul rata. Masuk dalam PC Noxxa. Set steam 25min.

4) Masak semua bahan C utk dijadikan sos dalam periuk lain dgn api perlahan.. sentiasa kacau supaya tak hangit... adjust kepekatan sos ikut kesukaan..


5) Siap!!

Selamat mencuba

Pressure cooker noxxa ni bukan setakat boleh masak pelbagai jenis nasi dan lauk tau.. kek-kek, puding pun boleh buat jugakk.. mmg serbaguna sangat kan.. tak rugi ada PC ni tauu.. ada yg berminat dgn pressure cooker noxxa jugak?? boleh whatsapp Dilah 012-7275531 ok..



5 comments:

  1. terliurnya tengok..fav ni dilah..dulu salu order dengan kak amy.. huhu..

    ReplyDelete
  2. sedapnya buat minum petang sambil layan tv. hehe

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya paki noxxa. xsangka pulak leh masak memacam dalam tu hehe. btw, puding roti ni fav saya. paling senangg nak buat, sedap pulak tu =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum admin. Saya nk tanya, saya dah ikut dah resepi kat atas tu. Steam 25 mnit pn msih belum msak lagi puding ni. Macam mna ya? Lembik lgi.

    ReplyDelete
  5. Masa masak puding roti tu...steam kan...tombol nye hala ke pressure or steam ?

    ReplyDelete