Kenapa Aku Pilih TYZARA?? - Ceritera Ibu

Kenapa Aku Pilih TYZARA??


Assalamualaikum

Pernah tak korang mengalami masalah kulit kepala yg rasa gatal sangatttttttt??? Dah la gatal, asyik nak menggaru jer keje nya.. kalau kat rumah tu ok lagi, tapi kalau kat office macamana pulak??? Boleh bayang kan tak tahap ke'stress'an nya bila nak garu tapi segan pulak bila org sebelah tengok.. hahaha.. memang stress sangat tauuu...

Tula yg sedang daku alami sekarang ni.. masalah kulit kepala yg teruk di tambah dengan kelemumur lagi.. kalau setakat kelemumur sikit-sikit tu ok la lagi.. tapi kalau dah banyak sangat sampai tahap berkuping kat kulit kepala tu memang dah kira parah la tu.. Aritu baru potong rambut pendek sikit supaya senang basuh bila mandi.. memang tukang gunting tu cakap kulit kepala ni sampai dah merah-merah.. kalau nak kena buat rawatan scrub ke apa dia cakap, harga rawatan tu dalam RM150.. gulpppp.. telan ailio akak tauuuu.. tak pe, potong dulu, kita try cari penyelesaian cara lain pulak...


Kenapa Aku Pilih Tyzara??
Bila survey-survey ramai yg kata produk Tyzara ni bagus sangat untuk mereka yg mempunyai masalah rambut gugur selepas bersalin, gatal kulit kepala, kelemumur dan rambut rosak dan bercabang. Hurmmm... nampaknya semua ciri-ciri rambut bermasalah tu Dilah ada kecuali rambut bercabang tu.. Tu sebab la Dilah pilih TYZARA ni untuk membantu memulihkan masalah rambut Dilah.. memang produk yg tepat sangat kannn...

Mungkin ada yg tak pernah dengar pasal Tyzara ni.. mcm Dilah la mula2 dulu.. tapi bila tengok ramai yg feedback bagus syampu ni so cepat2 la Dilah study pasal Tyzara ni.. meh sini Dilah share ngan korang pulak ye..


Apa itu Tyzara??
Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yg lebih dikenali sebagai shampoo soya. Diperbuat daripada bahan-bahan yg berkualiti tinggi untuk membantu memulihkan rambut yg bermasalah.. Antara bahan-bahan yg terkandung dalam syampu Tyzara adalah seperti berikut :

  • PROTIEN SOY - ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik).dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita.  

  • PANAX GINSENG ROOT EXTRACT - menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru utk tumbuh.

  • MAJUS ROOT EXTRACT - memberikan vitamin pada akar rambut dan meNyahkan kotoran kulit kepala. 


Cara Merawat Rambut Gugur
 
 Zaman sekarang ni terdapat banyak kajian dan rawatan yg boleh dilakukan untuk merawat rambut gugur.. tapi kadang2 kita ni berkira2 nak keluar duit yg banyak untuk rawatan kann.. mcm Dilah la.. hahaha... lagi satu takut sangat nak guna syampu atau produk yg kita tak pasti dengan kandungan bahan kimianya kan.. mesti la takut kan.. dah la rambut gugur dan bermasalah, bila guna produk yg ada bahan kimia boleh bagi kesan yg lagi teruk pulak nanti.. eiii... memang mimpi ngeriiii la kalau itu yg terjadi kann....

Disebabkan kerisauan dengan produk yg ada bahan kimia, kita lebih kerap mencari petua-petua org lama atau dengan kata lain cari cara penyelesaian secara semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat untuk rambut.

Terdapat 6 cara untuk merawat rambut gugur dengan menggunakan bahan semulajadi seperti di bawah ;

1) Minyak Lavender – Selain membantu mengatasi masalah rambut gugur, minyak lavender juga dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Kedua-dua minyak ini memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala.
Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

3) Makanan Tinggi Protein – Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4) Santan Kelapa – Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala.
Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5) Yogurt – Selain santan, yogurt juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut.
Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6) Kacang Hijau – Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya.
Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan rambut dan gunakan syampu dan perapi rambut yang bersesuaian dengan kulit kepala.

Bagi mereka yg kesuntukan masa atau nak cara yang lebih mudah, boleh dapatkan produk Tyzara..  Boleh terus digunakan seperti syampu biasa.. tak perlu tunggu sampai 5jam untuk merawat kan.. yang penting, Tyzara Syampoo Soya ni ada kelulusan dari KKM tau. (NOT161201328K).

Oh ya.. yg best nya syampoo ni boleh digunakan oleh semua peringkat umur tau.. kanak-kanak, org perempuan dan juga org lelaki semua boleh guna.. Boleh la share2 guna untuk 1 rumah kan.. jimat banyak tuuu... hehe


Antara Testimoni dari customer Tyzara..


Bila baca testimoni ni rasa menyesal pulak dah terpotong rambut aritu.. huhu

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk Tyzara ni,
boleh klik link di bawah ya;

Telegram :  telegram.me/shampoosoya 
Website : www.tyzara.com
Hotline : 019-5767697 

http://www.benashaari.com/2017/02/sapa-nak-iphone-7-meh-sini-mehh.html
Kenapa aku pilih Tyzara?


Kalau korang rasa nak membantu kawan-kawan yg lain yg mempunyai masalah yg sama, boleh la share entry ni di Facebook ya, Jom share ramai-ramai agar kita dapat membantu org lain jugak..  klik di sini --> Kenapa aku pilih Tyzara??  untuk share ya.. TQ

No comments