Pendaftaran Online Tahun 1 bagi Kemasukan 2018/2019 - Ceritera Ibu

Pendaftaran Online Tahun 1 bagi Kemasukan 2018/2019

Assalamualaikum

Seperti yg semua dah tau dan kecoh2 di facebook dari last week, anak-anak yg lahir pada tahun 2011 dan 2012 dah boleh daftar online utk kemasukan tahun 1 2018 dan 2019. Pendaftaran ini dibuka bermula 1 Mac 2017 hingga 31 April 2017. Boleh klik di laman web ini : https://public.moe.gov.my/ untuk pendaftaran.


Masa hari pertama tu dilah tak bukak pun lagi website tu.. lagi-lagi bila ramai yg update kata ambil masa yg lama untuk register. dengan masalah kejap2 kena logout la.. so Dilah pun malas la nak ambik risiko.. lagi2 tak ready dgn document yg diperlukan untuk pendaftaran tu.. so hari ke-2 baru Dilah try bukak...

Dilah buat masa lunch hour pukul 1-2 pm.. mula-mula Dilah register Pra-sekolah dulu untuk Faris Zakwan tahun depan.. mintak2 dapat la kan.. sajer jer try. kalau dapat alhamdulillah... :) tak sampai 15 minit dah settle pendaftaran pra-sekolah.. Ini link untuk pendaftaran PRA-SEKOLAH ya https://eprasekolah.moe.gov.my

Then Dilah continue dgn pendaftaran Tahun 1 pulak.. yg ni kena bukak link lain.. link yg dilah bagi atas tu tadi di sini : https://public.moe.gov.my/ . Isi jer la semua yg dia nak..  

Terdapat 5 kategori yg perlu diisi iaitu ;
1) Maklumat Murid
2) Maklumat Kesihatan
3) Maklumat Penjaga
4) Maklumat Permohonan
5) Perakuan

Untuk kategori Maklumat Kesihatan tu, ada beberapa maklumat yg diperlukan seperti jenis darah anak, maklumat imunisasi anak-anak semasa baby dan lain2 lagi.. tapi tak semua wajib isi. kalau ada maklumat yg tak pasti boleh skip jer sbb kat bawah nanti akan keluar remark yg menyatakan maklumat yg bertanda (*) wajib diisi.. so yg tak bertanda (*) tu boleh skip jer...

Untuk pendaftaran online ni tiada dokumen yg perlu disertakan sekali.. Tetapi setelah selesai regiter, kita diberi masa 2 minggu untuk penghantar salinan fotostat dan dokumen asal ke sekolah yg kita pilih untuk pengesahan.. apa dokumen tu?? boleh rujuk gambar di bawah ya...


 
Alhamdulillah.. tak sampai 30 minit dah selesai register.. Dilah pun xde masalah asyik kena logout jer.. mungkin masa Dilah register tu tak ramai yg buka website tu jugak kotttttt.. tak pasti la kannn.. tapi ada jugak kawan2 yg inform kalau nak cepat try bukak time subuh.. hah... time tu laju...

Bila dah selesai, kita akan diberi Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan. Dua-dua surat ni perlu diprint dan Surat Persetujuan Kesihatan tu perlu diisi dan dihantar ke sekolah bersama2 dokumen yg diperlukan seperti di atas tadi tu.. 


Dalam minggu ni Dilah nak fotostat dokumen yg diperlukan dan hantar ke sekolah.. Bila dah hantar baru lega.. oh yaaa.. bagi yg tak boleh nak online atau rasa leceh nak register online, boleh terus ke sekolah untuk ambil borang kemasukan tu dan isi dan hantar semula.. senanggg kan.. 

Semoga urusan kita semua dipermudahkan ya..
Aaminn....

1 comment: