Giveaway,

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash

April 30, 2017 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Jom join giveaway dari Cik Ash..

https://cikash.blogspot.com/2017/05/giveaway-annivesary-dan-duit-raya-by.html

Klik  banner untuk join.

Jom kawan2 join giveaway ni..

0 comments:

Rakan Blogger,

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com

April 29, 2017 Ibu Dilah 8 Comments


Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.. arini Dilah nak join segmen dari Juju pula.. Ju sedang membuat Pencarian Bloglist Mei 2017 untuk blog Kasihjuju.com


http://www.kasihjuju.com/2017/04/pencarian-bloglist-mei-2017-blog.html
Klik banner untuk join.

Jom la kawan2 kita join segmen ni..


8 comments:

Aktiviti bersama family,

JJCM : Ikan Bakar Special Encik Yusuf di Anjung Batu

April 28, 2017 Ibu Dilah 11 Comments

Assalamualaikum

Negeri Melaka sangat terkenal dengan Ikan Bakar. Dah jadi satu kemestian bila bertandang ke Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar. Betul tak?? Memandangkan ramai sangat yg bercuti ke Melaka bila hari hujung minggu dan cuti sekolah, maka restoren ikan bakar pun mesti penuh kan.. datang lewat sikit jangan harap la nak dapat tempat duduk.. so korang kena la datang awal.. 

Dulu-dulu tempat makan Ikan Bakar yg femes kat Melaka ni area Medan Ikan Bakar Umbai.. memang dekat je dengan rumah mak Dilah dalam 4km jer tau.. Lepas Medan Ikan Bakar Umbai dah femes, naik satu lagi kawasan restoren Ikan Bakar kat Crystal Bay, di Muara  Sungai Duyong.. Walaupun dah banyak tempat tapi tetap penuh…


 Tempat makan Ikan Bakar yg baru!!

Dilah nak bagitau korang ada satu lagi kawasan medan Ikan Bakar yg baru.. nak kata baru sangat2 tu tak la… dah setahun dua jugak kot.. tp so far dah pegi beberapa kali, takde la full sangat.. maybe kitorg pun datang awal kottt tu yg dapat jer tempat duduk.. tapi yg lagi penting tempat luas sangat, kawasan parking pun banyak dan jarak antara satu restoren tu jauh sikit.. bukan la sebelah-sebelah, so ruang tu memang luas la.. yg paling penting, xde tempat jual jajan2 dan permainan sangat.. so kurang la kena paw ngan anak-anak.. hahahaha… just jual jajan sikit jerk at kaunter bayaran tu.. Ikan pun segar-segar sebab betul2 dekat dengan jeti Anjung Batu, Serkam.


 Restoren Ikan Bakar Special ni terletak di Anjung Batu, Serkam. Nak ke sini kena ikut jalan lama Melaka-Muar. Sebelum sampai Merlimau akan jumpa simpang masuk ke Anjung Batu ni. Kira serkam ni terletak di antara Umbai dan Merlimau.

Kalau orang luar datang Melaka mesti nak mencuba makan ikan bakar tapi berlainan pula dengan org yg asal dari negeri Melaka ni..hihi.. kalau Dilah balik kampong xdela selalu makan ikan bakar.. tapiiii.. kalau nak celebrate apa2 biasanya baru kitorg akan keluar makan ikan bakar.. hehe


Apa yg bestnya makan Ikan Bakar kat Melaka ni?? 

Apa beza makan kat Ikan Bakar kat tempat lain?? Ada bezanya tauuuu.. Istimewanya makan Ikan Bakar kat Melaka ni di makan dengan nasi lemak kosong. Walaupun sebut ikan bakar tapi banyak jer makanan seafood lain yg ada.. dan makanan ni semua dimakan dengan nasi lemak kosong.. kiranya makan lebih pada lauk la.. nasi lemak tu pulak kecik jer… kira main dish adalah lauk dan nasi lemak tu pulak jadi ‘lauk’.. haha.. korang paham tak Dilah cakap ni?? Tak paham pun buat2 paham jer la.. hahaha



Bila order makan kat sini, walaupun korang tak order nasi lemak tu tp diorang akan hantar jugak 1 bakul nasi lemak kosong tu.. nanti bila dah habis makan dia akan kira berapa nasik lemak yg tinggal.. so dia akan tau la bape bungkus nasi lemak yg korang makan dengan lauk-lauk lain tu..
 




 Walaupun disebut Ikan bakar, tapi Ikan tu boleh jer masak lain, mcm sweet sour ke, stim ke… udang2. Sotong pun ada.. mcm aritu kitorg order sotong goreng tepung, ikan bakar, ikan masak stim, kerang rebus, udang masak butter nestum, kupang masak cili kot.. semua ni buat 3 set sbb family kitorg semua adik beradik dan anak2 semua ada 22org dgn  11 org dewasa. Mujur datang awal, tempat kosong lagi.. dah siap makan dah mula ramai.. Ikan bakar tu makan dengan sambal kicap jer..




Tak sempat nak amik gambar lauk satu-satu.. laju jer semua org makan.. disebabkan makan ngan nasi lemak bungkus jer, so memang takde pinggan la kecuali pinggan lauk. so makan la kat atas kertas bungkus nasi lemak tu.. hahhh.. tengok tu penuh ngan segala sisa kerang, kulit udang dan macam2 lagi.. senak oiii perut.. total order 3 set, tp area kitorg budak2 jer, Dilah ngan Ayah Wan jer yg dewasa.. so memang tak habis la.. siap pass kat family yg lain.. hahaha.. 


Alhsmdulillah.. makan semua sedap2 kat situ.. so kalau korang nak try makan kat sini sangat2 dialu2kan..  kalau nak buat tempahan dulu boleh contact no telefon di atas. Lagi-lagi kalau minggu gaji or cuti sekolah, lebih baik booking tempat dulu, kalau tak confirm penuh.. hihi..

11 comments:

Rakan Blogger,

Segmen Blogwalking & Bloglist by Miss Banu

April 28, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

Yeahhh.. arini dilah nak join segmen dari Miss Banu pula..

http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/segmen-blogwalking-bloglist-by-miss-banu.html
Klik banner untuk join.

Dilah nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada miss Banu, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.. semoga segala impian Miss Banu tercapai.. aamiin...

Jom kawan-kawan kita join segmen ni.. :)

4 comments:

Informasi,

Ramadhan Care untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim

April 27, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum 

Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.


Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :
  • Pakej A - sekampit beras 5kg atau 10kg bagi 1 famili,
  •  Pakej B - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,
  • Pakej C -  sepasang telekung wanita dewasa atau telekung kanak-kanak yang baharu,
  • Pakej D - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.

Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan kombinasi pakej yang tertera.

Bagi Pakej D (tunai), sumbangan perlulah dibuat secara online ke akaun Maybank Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru 5511 3750 7754.

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan sebelum 17 Mei 2017. Dan serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017.

Kami juga amat mengalu-alukan sponsorship daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam Ramadhan Care tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. 💐

- Mohon sebarkan.. Saham akhirat untuk semua -


3 comments:

Rakan Blogger,

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire

April 27, 2017 Ibu Dilah 8 Comments


Assalamualaikum

https://sweetepalhijau.blogspot.my/2017/04/segmen-bloglist-blog-tiara-sapphire.html

Klik banner untuk join.

Jom kawan-kawan kita join giveaway ni..
tamat 8 Mei.

8 comments:

Ezbuy,

Shopping di Ezbuy Memang 'Easy' dan Murah!!

April 26, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

Zaman sekarang ni terlalu banyak shopping online shop.. Nak shopping apa-apa pun boleh, pakaian, makanan, peralatan rumah, barangan anak-anak??? Eh..sebut la apa sahaja, semuanya hanya dihujung jari.. Survey-survey, klik, transfer duit.. dah siap!! Tunggu sahaja barang dihantar sampai ke rumah.. Mudah sangat kannn..


Kali ni Dilah nak perkenalkan satu website online shopping yang menawarkan barangan dari Korea, Taiwan, China, USA dan Singapura iaitu EZBuy. EzBuy Malaysia dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited – satu website yg memberikan perkhidmatan membeli-belah online yg professional yang menawarkan berjuta pilihan barangan. Membeli belah di Ezbuy sangat mudah!!


Mengapa membeli-belah di Ezbuy sangat Mudah, Murah dan Cepat??

Ini kerana kita boleh membeli-belah barangan dari luar negara melalui Ezbuy. Tidak perlu lagi ke luar negara untuk membeli barangan buatan mereka. Hanya layari website EZbuy dan pilih barangan kesukaan anda.. bayar dan tunggu je la barang tu sampai di depan pintu rumah anda.

Jika anda mendaftar sebagai ahli PRIME, korang boleh menikmati kos penghantaran serendah RM8.80 sahaja untuk setiap kali pembelian dan pembelian tersebut tiada had kuantiti. Dengan yuran serendah RM18.80 sahaja [untuk 5 hari trial] korang cuma perlu bayar RM8.80 untuk kos penghantaran.. Murah sangat kannnn!!! 


TOP 3 Trending item @ Ezbuy



1) Kpop Lover







Sekarang ni kan tengah musim demam KPOP. Masing-masing suka sangat tengok cerita Korea kan.. sampaikan semuanya nak ikut gaya korea.. Makanan kpop, fesyen kpop dan juga produk kecantikan kpop.. semua teringin nak guna dan makan.. tapi nak ke Korea bajet tak cukup pulak.. apalagi, terjah sahaja Ezbuy kerana di sini bermacam-macam fesyen, makanan dan produk kecantikan dari korea ada dijual. Korang boleh tengok di sini Ezbuy Korea




2) Bakal Raja Sehari




Untuk bakal raja sehari juga, di Ezbuy menawarkan pelbagai fesyen dan barangan yg sesuai digunakan untuk raja sehari.. Gaya fesyen terkini yg pasti kena dengan citrasa pengantin moden.



3) Mommy and Baby





 Ini memang kesukaan ibu-ibu semua.. teruja tengok pakaian anak-anak yg cantik-cantik semuanya, stylo pulak tu.. memang geram sangat.. rambang mata dibuatnya tauuu... nak pakaian mengandung pun ada.. Ehh.. boleh penuh wishlist dibuatnya..hahaha.. korang boleh tengok kat SINI..



Ada berita baik untuk readers kesayangan Dilah.. Dilah nak bagi korang voucher RM15 untuk pembelian di Ezbuy. Boleh klik 'LOVE' di bawah ye.. So apa tunggu lagi, cepat-cepat terjah website Ezbuy ni  ye..




https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId=



3 comments:

Giveaway,

1st Giveaway By - FWS

April 26, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

http://fws00blog.blogspot.my/2017/04/1st-giveway-by-fws.html
Klik banner untuk join

Jom kawan-kawan kita join 1st Giveaway By FWS ni..



4 comments:

Informasi,

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

April 24, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum


Sebelum peristiwa Israk & Mikraj berlaku kepada Nabi, terdapat pelbagai perkara sukar yang mendepani Nabi. Dan untuk pengetahuan, Israk dan Mikraj berlaku sebelum Hijrah. Maksudnya Islam masih belum diterima, ditolak dan dihina.

Tahun 1-3 kenabian
Kerasulan bermula, Nabi memulakan dakwah secara rahsia.

Tahun 4 kenabian
Dakwah secara terang-terangan, disini Nabi mula disakiti. Ruqayyah dan Ummu Kulthum diceraikan suami. Lalu Saidina Uthman mengahwini Ruqayyah.

Tahun 5 kenabian
Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah, Nabi berpisah dengan Ruqayyah kerana turut hijrah dengan Saidina Uthman.

Tahun 6 kenabian
Penentangan terhadap Nabi semakin dasyat, beberapa Kali percubaan demi percubaan untuk membunuh Nabi.

Tahun 7 kenabian
Bani Hasyim dipulaukan kerana tidak mahu menyerahkan Nabi, mereka dipulaukan selama 3 tahun.
Tahun 10 kenabian
Barulah pemulaun berakhir, namun 'tahun kesedihan' menyusul tatkala Abu Talib meninggal dan tiga hari selepasnya Khadijah pula yang pergi.
Serangan terhadap Nabi semakin menjadi-jadi...
Dakwah Nabi ke Taif ditolak mentah-mentah, dihalau dengan balingan batu-batu bertubi-tubi sehingga berdarah Nabi. kejamnya.
Bahkan nabi dikejar sehingga ke luar kota dan mereka mentertawakan Nabi.
Selepas itu, Nabi berdakwah kepada 26 Kabilah Arab yang menunaikan haji dalam masa 10 hari, semuanya menolak dengan kasar.
Kini...Rasulullah berada dalam keadaan beban yang memuncak selepas penolakan demi penolakan, penderitaan yang ditanggung. Allah menghadiahkan 'percutian' iaitu peristiwa Israk dan Mikraj kepada Nabi.


ISRAK
1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
2. Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ
1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
10. Melawat Syurga dan Neraka.
11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
12. Naik ke sidratulmuntaha
13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
17. Pulang semula ke Mekah.

Tahun 11 kenabian
Nabi berdakwah kepada Kabilah Arab, enam orang yathrib/madinah menerima dakwah. nabi hantar Mus'ab bin Umair ke yathrib sebagai dai.

Tahun 12 kenabian
Pada Musim haji: Baiatul Aqabah 1.
12 orang wakil
Zulhijjah : Muslim haji; Baiatul Aqabah 2.
73 lelaki dan 2 wanita bersumpah setia membela Nabi.

Tahun 13 kenabian
Bulan Safar Nabi memulakan HIJRAH
~ketika Hijrah usia Nabi 53 tahun...peristiwa ini perlu dilihat dengàn mata hati Dan kaitkan dengan diri kita. Agar kekuatan dalam pemikiran dapat diterjemahkañ dalam tindakan.


# kredit solusi isu68
#JOMAMALISLAM

3 comments:

Giveaway,

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

April 24, 2017 Ibu Dilah 9 Comments


Assalamualaikum

Jom kawan2 kita join giveaway dari Fiza ni pula..

http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html
Klik banner untuk join

Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.



9 comments:

Charity,

Ebook Buku Anak Anugerah & Ujian

April 21, 2017 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum

Bulan April ni merupakan bulan Kesedaran Autism. Bersempena dengan itu, Dilah nak share satu ebook mengenai perjalanan seorang ibu tunggal yg membesarkan anaknya yg menghidap Autisme.. Sedikit informasi mengenai ebook ini;


"Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi.

Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini.

Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? Jom isi form di bawah dan kami akan hubungi anda untuk susulan lanjut."

Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

1.     Dari hati
2.     Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
3.     Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
o    7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
o    Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
o    Teknik mengesan kelainan anak
4.     Punca anak kelainan upaya
5.     Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
6.     Pendidikan anak Istimewa
o    Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
o    Pendidikan pra-sekolah
7.     Rawatan
o    Rawatan Moden
§  Pakar Perkembangan Kanak-kanak
§  Occupational Therapy
§  Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
§  Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
§  Jenis-jenis Terapi lain
§  Terapi Visual
§  Terapi bercakap & bahasa
§  Terapi Fizikal
§  Terapi Mendengar
§  Terapi Nutrisi
§  Terapi Perceptual motor
o    Rawatan Syifa
§  Amalan doa
§  Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
§  Terapi menghafaz Al-Quran
o    Rawatan Tambahan Di Rumah
§  Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
§  Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
o    Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
8.     Rumusan & Penutup
Jika korang berminat untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh klik --> SINI

3 comments: