Goo.N Friend Doremon Drypants Yang Terbaik Dari Jepun - Ceritera Ibu

Goo.N Friend Doremon Drypants Yang Terbaik Dari Jepun


Assalamualaikum

Siapa pernah dengar diapers jenama Goo.N?? Jenama diapers baru ke tu??? Mesti jarang dengar kan.. sebenarnya lampin pakai buang brand Goo.N ni bukan la jenama yg baru.. Diapers Goo.N ni berasal dari negara Jepun dan produk ni telah lama berada di pasaran global.. Cuma di Malaysia sahaja agak baru diperkenalkan…



Kalau dengar produk dari Jepun apa yg kita fikirkan?? Mesti kita terfikir produk ni mesti  berkualiti tinggi kan.. sama la macam Dilah.. bila tau produk ni berasal dari Jepun terus Dilah nak try.  Orang Jepun kan sangat teliti dalam pembuatan produk mereka. Silap sikit pun reject. So haruslah produk yg dijual hanya yg berkualiti tinggi kannnn..

Ciri-ciri lampin pakai buang Goo.N




Lampin pakai buang Goo.N ini dibuat dengan menggunakan Goo.N Technologies untuk mengurangkan ruam lampin pada bayi.. Ianya lebih lembut, mempunyai sistem pengudaraan yg baik dan sistem penyerapan yg lebih cepat. Oleh itu, baby akan merasa lebih selesa dan sentiasa rasa kering..

Pandangan Dilah mengenai Lampin Pakai Buang Goo.N


Corak Kartun Doremon yg Menarik dan Cantik
Masa mula-mula tengok drypants ni Dilah dah suka.. ehh.. bukan Dilah jer, anak-anak lagi la suka.. kakak dan abg pun suka dan excited walaupun diorang tak dapat pakai.. hahaha.. mana tak suka, tengok ada kartun Doremon kat diapers ni memang menarik minat anak-anak kannnn… rasa comel jer gambar Doremon and friends tu kan…. Berkobar-kobar la anak-anak nak pakai…  yg bagusnya drypants ni ada tulis siap2 mana satu belah belakang. Untuk sebelah belakang ada dulu ‘BACK’ besar-besar.. so takde la kite terpikir2 mana satu belah depan, mana belah belakang..


Sangat Selesa, tiada kebocoran dan ruam lampin
Setelah beberapa hari Fattah Anas pakai drypants ni, dilah perasan Fattah anas selesa sangat walaupun pakai dari malam sampai pagi. Tiada ruam lampin dan tiada kebocoran.. tiada bau yg kurang menyenangkan.. ehhh.. Fattah anas walaupun dah 2 tahun tapi masih pakai diapers size M  jer tau.. Tapi kali ni sebab pakai pants Dilah try pakai kan size L. Memang selesa dan tiada kebocoran.


Sesuai untuk Kulit Sensitif
Kebetulan balik kampong aritu Dilah bawa balik drypants Goo.N ni sekali.. Dilah bagi la anak buah Dilah si bambam Aali ni pakai.. kalau nak tau Aali ni ada mild eczema baru-baru ni.. masih dalam proses pemulihan lagi.. so bagi la Aali ni try pakai jugak.. Alhamdulillah.. Aali pun pakai selesa walaupun peha bambam tapi takde merah-merah..haha.. dan paling penting takde ruam-ruam.. yela, anak ada eczema ni kena lah jaga lebih sikit kan..



Material Berkualiti Tinggi
Material diapers ni pun best.. lapisan diapers tebal tapi lembut kat bahagian dalam.. bahagian tepi pun elok jer, xde kesan merah sebab ketat ke apa.. nak koyakkan pun senang… so far memang terbaik la pampers ni.. 

Kat mana nak cari diapers ni??
Ok.. ni yg Dilah nak bgtau ni.. drypants Goo.N Doremon and Friends ni limited edition tau.. kalau kat pasaraya pun jarang jumpa org jual diapers Goo.N ni kan.. so kalau korang nak jugak boleh beli kat Lazada.. kat Lazada memang ada jual yg design biasa dan yg special edition Doremon drypants ni.. Korang boleh tengok kat sini  Diapers Goo.N



 Selain dari lampin pakai buang, Goo.N juga ada wet tissue tau.. wet tissue ni pun best digunakan.. tak terlalu basah dan tak terlalu kering.. just nice jer.. so senang nak guna untuk lap-lap anak yg makan comot  bila keluar.. Dilah memang pastikan dalam hand bag kena sentiasa ada wet tissue.. ada anak kecik kan.. benda ni memang wajib ada..

So kalau korang nak try diapers dan wet tissue Goo.N ni boleh try beli kat Lazada ya.. lebih mudah dan cepat.. hehe


7 comments:

  1. First time ana dgr jenama lampin ni. Kat pasaraya mmg tak pernah jumpa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ana.. dilah pun tak penah jumpa kat pasaraya.. kat lazada jer aritu jumpa..

      Delete
  2. Samalah dengan Sha, baru dengar dan nampak.. Tu pun sebab ada blogger share dekat blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha... ramai yg tak tau lagi pasal Goo.N ni..

      Delete
  3. Replies
    1. best kan kak hernee.. lagi2 yg ni ada gambar doremon.. suka la si kecik tu..

      Delete
  4. haah...lately ni selalu dengar orang upload pasal pampers goon ni...bole la try nanti...

    ReplyDelete