Aktiviti bersama family,

JJCM : Ikan Bakar Special Encik Yusuf di Anjung Batu

April 28, 2017 Ibu Dilah 11 Comments

Assalamualaikum

Negeri Melaka sangat terkenal dengan Ikan Bakar. Dah jadi satu kemestian bila bertandang ke Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar. Betul tak?? Memandangkan ramai sangat yg bercuti ke Melaka bila hari hujung minggu dan cuti sekolah, maka restoren ikan bakar pun mesti penuh kan.. datang lewat sikit jangan harap la nak dapat tempat duduk.. so korang kena la datang awal.. 

Dulu-dulu tempat makan Ikan Bakar yg femes kat Melaka ni area Medan Ikan Bakar Umbai.. memang dekat je dengan rumah mak Dilah dalam 4km jer tau.. Lepas Medan Ikan Bakar Umbai dah femes, naik satu lagi kawasan restoren Ikan Bakar kat Crystal Bay, di Muara  Sungai Duyong.. Walaupun dah banyak tempat tapi tetap penuh…


 Tempat makan Ikan Bakar yg baru!!

Dilah nak bagitau korang ada satu lagi kawasan medan Ikan Bakar yg baru.. nak kata baru sangat2 tu tak la… dah setahun dua jugak kot.. tp so far dah pegi beberapa kali, takde la full sangat.. maybe kitorg pun datang awal kottt tu yg dapat jer tempat duduk.. tapi yg lagi penting tempat luas sangat, kawasan parking pun banyak dan jarak antara satu restoren tu jauh sikit.. bukan la sebelah-sebelah, so ruang tu memang luas la.. yg paling penting, xde tempat jual jajan2 dan permainan sangat.. so kurang la kena paw ngan anak-anak.. hahahaha… just jual jajan sikit jerk at kaunter bayaran tu.. Ikan pun segar-segar sebab betul2 dekat dengan jeti Anjung Batu, Serkam.


 Restoren Ikan Bakar Special ni terletak di Anjung Batu, Serkam. Nak ke sini kena ikut jalan lama Melaka-Muar. Sebelum sampai Merlimau akan jumpa simpang masuk ke Anjung Batu ni. Kira serkam ni terletak di antara Umbai dan Merlimau.

Kalau orang luar datang Melaka mesti nak mencuba makan ikan bakar tapi berlainan pula dengan org yg asal dari negeri Melaka ni..hihi.. kalau Dilah balik kampong xdela selalu makan ikan bakar.. tapiiii.. kalau nak celebrate apa2 biasanya baru kitorg akan keluar makan ikan bakar.. hehe


Apa yg bestnya makan Ikan Bakar kat Melaka ni?? 

Apa beza makan kat Ikan Bakar kat tempat lain?? Ada bezanya tauuuu.. Istimewanya makan Ikan Bakar kat Melaka ni di makan dengan nasi lemak kosong. Walaupun sebut ikan bakar tapi banyak jer makanan seafood lain yg ada.. dan makanan ni semua dimakan dengan nasi lemak kosong.. kiranya makan lebih pada lauk la.. nasi lemak tu pulak kecik jer… kira main dish adalah lauk dan nasi lemak tu pulak jadi ‘lauk’.. haha.. korang paham tak Dilah cakap ni?? Tak paham pun buat2 paham jer la.. hahaha



Bila order makan kat sini, walaupun korang tak order nasi lemak tu tp diorang akan hantar jugak 1 bakul nasi lemak kosong tu.. nanti bila dah habis makan dia akan kira berapa nasik lemak yg tinggal.. so dia akan tau la bape bungkus nasi lemak yg korang makan dengan lauk-lauk lain tu..
 




 Walaupun disebut Ikan bakar, tapi Ikan tu boleh jer masak lain, mcm sweet sour ke, stim ke… udang2. Sotong pun ada.. mcm aritu kitorg order sotong goreng tepung, ikan bakar, ikan masak stim, kerang rebus, udang masak butter nestum, kupang masak cili kot.. semua ni buat 3 set sbb family kitorg semua adik beradik dan anak2 semua ada 22org dgn  11 org dewasa. Mujur datang awal, tempat kosong lagi.. dah siap makan dah mula ramai.. Ikan bakar tu makan dengan sambal kicap jer..




Tak sempat nak amik gambar lauk satu-satu.. laju jer semua org makan.. disebabkan makan ngan nasi lemak bungkus jer, so memang takde pinggan la kecuali pinggan lauk. so makan la kat atas kertas bungkus nasi lemak tu.. hahhh.. tengok tu penuh ngan segala sisa kerang, kulit udang dan macam2 lagi.. senak oiii perut.. total order 3 set, tp area kitorg budak2 jer, Dilah ngan Ayah Wan jer yg dewasa.. so memang tak habis la.. siap pass kat family yg lain.. hahaha.. 


Alhsmdulillah.. makan semua sedap2 kat situ.. so kalau korang nak try makan kat sini sangat2 dialu2kan..  kalau nak buat tempahan dulu boleh contact no telefon di atas. Lagi-lagi kalau minggu gaji or cuti sekolah, lebih baik booking tempat dulu, kalau tak confirm penuh.. hihi..

You Might Also Like

11 comments:

  1. boleh try kalau singgah melaka, nmpk meyelerakan

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dilah...

    Kita pun suka makan ikan bakar kat Melaka ni. Semua dah try dari serkam, umbai, alai & anjung Batu...sg duyung tu je belum.

    Ikan bakar (and seafood) makan dgn nasi lemak tu mmg win!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm pn hazel..best kan makan ikan bakar ngan nasi lemak.. kat melaka jer makan style mcm ni kann.. hehe

      Delete
  3. Uish memang sedap kalau dapat makan ikan bakar and seafood ni kan!
    Tengok sotong celup tepung tu menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best syed sotong celup tepung tu.. tu yg tak sempat amik gambar dah kena ngappp.. hahaha

      Delete
  4. Kiranya x payah order nasi la? Dorang sediakan nasi lemak untuk makan dengan lauk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye adieb.. x yah order nasi.. nanti org tu akan hantar nasi lemak tu byk2.. d
      last sekali nnt baru dia kira bape bungkus nasi lemak yg kita makan..

      Delete
  5. Bestnyaaaa, lama tak makan ikan bakaq fresh2 camni...

    ReplyDelete