Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Terbaru di Aeon Kulaijaya - Ceritera Ibu

Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Terbaru di Aeon Kulaijaya


Assalamualaikum

Hai korang.. siapa pernah makan di Mee Tarik Warisan Asli?? Nak tau tak, Mee Tarik Warisan Asli ni sebenarnya berasal dari negeri China tau.. Dulu Dilah pernah tengok kat Majalah 3 mengenai makanan mee tarik ni.. memang tertarik la tengok cara diorang menyediakan mee tarik ni.. tarik-tarik banyak kali dah jadi mee.. kagum betul kan.. bila customer order baru mereka buat mee tu.. so memang mee fresh la yg kita makan..


Sekarang ni Mee tarik ni dah ada kat Malaysia tau.. dan dah ada beberapa cawangan di seluruh Malaysia. Yang terbaru di Aeon Kulaijaya. Cawangan Mee Tarik Warisan Asli ni baru sahaja sebulan dibuka di Aeon ni.. Boleh kata tiap2 minggu Dilah pergi makan kat sini tau.. hahaha… tempat baru kan, mesti la nak cuba.. tapi memang best la rasa makan mee yg fresh ni.. rasa dia lain.. tak sama macam rasa mee kuning tu.. korang kena try sendiri nanti..

                Fried Wet Mee with sliced Beef



Ni antara yg kitorang order hari tu.. ada 2 favourite dishes kat Mee Tarik ni.. salah satunya adalah Fried Wet Mee with sliced Beef . yg ni rasa pedas-pedas sikit. Kalau korang tak makan pedas, ada banyak lagi menu lain yg macam mee sup tu.. dan lagi 1 yg specialnya kat sini adalah air the ni.. rasanya memang sedap sangat.. kalau korang nak beli dan buat sendiri kat rumah pun boleh.. hari tu kawan Dilah ada beli 1 paket tea ni.. sepeket RM6 tapi boleh bancuh dalam 1-1.5liter air.



Lagi satu yg specialnya kat sini adalah air Ba Bao Tea ni.. ada campuran green tea, laici, gula batu dan 5 lagi bahan lain.. total ada 8 jenis bahan dalam air ni.. rasanya memang sedap sangat.. kalau korang nak beli dan buat sendiri kat rumah pun boleh.. hari tu kawan Dilah ada beli 1 paket tea ni.. sepeket RM6 tapi boleh bancuh dalam 1-1.5liter air.




Cara order kat sini, customer pilih menu yg mereka nak then pegi bayar kat kaunter dulu.. lepas bayar baru pesanan kita dibuat. Kan dah cakap tadi lepas customer order baru mereka buat mee tarik tu.. Tukang buat mee ni pun memang Chinese muslim dari negeri China. Korang boleh tengok video kat bawah ni cara orang tu buat mee [sori.. video tak boleh nak upload pulak]  tempat buat mee ni betul2 depan kedai tau.. boleh nampak dari luar.. memang daya tarikan betul bila orang nampak sendiri cara buat mee tu kan..



Kalau korang tak tau nak makan mana boleh la try makan kat Mee Tarik Warisan Asli ni..



9 comments:

  1. Replies
    1. best kan sha.. rasa lain la mee tarik ni dari mee kuning tu..

      Delete
  2. Sedap kan Dilah. Ana masa kerja dulu selalu juga lunch di Mee Tarik ni. Mee dia tu special kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana.. mee tarik dia special.. lagi2 dia buat lepas kita order.. fresh la kan..

      Delete
  3. Replies
    1. try la kak hernee.. sedap jugak.. rasa dia lain dari mee kuning tu..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dilah...mmg nampak sedap jer ni...boleh cuba nanti...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  6. kita geng! Favourite niiiii...terutama teh dia tu mmg sedap sangattt...

    ReplyDelete