#daridapurdilah,

Resepi :: Bubur Pulut Hitam Noxxa

April 18, 2017 Ibu Dilah 6 Comments


Assalamualaikum

Masa birthday Fattah Anas last 2 weeks, kitorg ada perji jemputan kawen kat area Bandar Putra Kulai.. Kitorg join rombongan bertandang kazen Dilah ke sebelah pengantin lelaki pulak.. nak dijadikan cerita, salah satu menu dessert dia bubur pulut hitam.. kitorg ni memang suka sangat ngan bubur pulut hitam.. tapi tak sangka si kakak tu pun suka jugak rupanya..


So last week teringin la nak makan bubur pulut hitam lagi.. sebab tak puas makan aritu.. balik keje singgah kedai nak beli pulut hitam.. nasib baik ada.. kalau tak melepas nak buat.. hahaha.. time tengah semangat ni jangan spoil kan mood tu dgn bahan2 takde kan.. hihi..

Dulu Dilah penah share resepi tu di SINI.. tapi kali ni Dilah share lagi sekali sebab Dilah masak guna Pressure Cooker Noxxa pulak... Ok.. meh la kita tengok resipinya..

Bubur Pulut Hitam Noxxa

Bahan-bahannya :-

* 2 cawan beras pulut hitam - direndam 30 minit & toskan
* 1 kotak kecil santan 
* 5 cawan air 
* 1 ketul gula melaka
* sedikit garam
* 2 helai daun pandan

 Cara membuatnya :-

1) Masukkan beras pulut hitam, 4 cwn air & daun pandan ke dalam periuk noxxa. Tutup periuk noxxa & set kan HP selama 45 minit.

2) Setelah 45 minit, releasekan wap.

3) Tekan mode stir fry & masukkan santan, 1 cawan air, gula melaka dan sedikit garam kacau hingga sebati. Didihkan dalam 5 minit. [boleh adjust kepekatan ikut kegemaran masing-masing]

 
4) Siap!! Boleh makan suam-suam.. atau sejukkan...

Alhamdulillah.. ayah wan cakap sedap.. masing-masing makan laju jer.. anak-anak pun suka rupanya.. boleh la buat selalu kalau mcm ni..

Bulan puasa pun dah dekat, boleh la jadikan bubur pulut hitam ni sebagai salah satu menu dessert bulan puasa nanti kannn.. hehehe..

SELAMAT MENCUBA..

You Might Also Like

6 comments:

  1. time kasih ajar guna pressure cooker.. Periuk ada tp tataw guna.. haha sedih betol.. thankz jugak share resepi bubur ni..

    ReplyDelete
  2. Mudah sgt ni Dilah. Kena save utk rujukan ana ni. 😘

    ReplyDelete
  3. LAMA CCL TAK MAKAN BUBUR PULUT HITAM NI ,,SEDAP DI MAKAN KETIKA PANAS-PANAS

    ReplyDelete
  4. sedap ni... jarang dapat makan ni...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  5. wah!! bubur feveret mya nii.

    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete