7 Tempat Menarik di Cameron Highland #MyTravelAdventure - Ceritera Ibu

7 Tempat Menarik di Cameron Highland #MyTravelAdventure


Assalamualaikum

Hai korangggg.. cuti sekolah tak lama lagi kan.. korang plan nak ke mana? Tapi kan sayangnya cuti sekolah yg terdekat ni dalam bulan puasa pulak kan.. so kalau nak berjalan pun tunggu cuti sekolah bulan Ogos nanti atau bulan Disember nanti..

Kalau korang taka da idea nak ke mana, meh Dilah bagitau satu tempat favorite Dilah sekeluarga untuk bercuti.. yg penting destinasinya mestilah dalam Malaysia jugak. kalau nak tau, dalam 5 tahun pertama kitorg berkahwin dah 3kali kitorang ke tempat ni tauuu.. hehehe.. tapi kalau tempat tu dekat, memang la tak mustahil kannn.. tapi tempat ni jauh dari JB dan hanya boleh sampai dgn menaiki kereta (lalu jalanraya)..

Okla.. tak yah la nak surprise2 sangat kan.. baca tajuk entry pun korang dah boleh tau kannn..hihi.. Yes, tempat yg Dilah maksudkan adalah Cameron Highland.. tempat percutian favorite  kami sekeluarga.. Walaupun nun jauh di utara dengan perjalanan memakan masa 7-8 jam dari JB, tapi kitorg tak pernah bosan untuk ke sana.. 

Aritu pun Ayah Wan dah ada tanya lagi bila kita nak ke Cameron Highland lagi ye?? Hurmmmm.. apa maksudnya tu??? Adakah dalam masa terdekat akan ke sana lagi??? Hehhehe.. Kalau la betul, kena la Dilah survey-survey di Traveloka untuk tempah bilik hotel. 

Jom Dilah share 7 tempat menarik yg harus korang kunjungi bila bercuti di Cameron Highland. Pergi banyak kali pun tak pernah bosan... 


7 Tempat Menarik di Cameron Highland

1) Bharat Tea Plantation




Bharat Tea Plantation ni berada di kawasan Tanah Rata. Kalau korang nak datang Cameron lalu highway dan ambil EXIT Tapah, korang pasti akan jumpa Bharat Tea ni dulu sebelum sampai ke Pekan Brinchang.. Apa yg bestnya dekat sini?? Dah tentu lah pemandangan ladang teh yg sangat cantik!!! Dengan suasana yg nyaman, sunyi dan sejuk, menikmati permandangan ladang teh yg menghijau tu memang sangat menyejukkan mata tau… rasa tenteram jer.. lupa seketika pasal kerja dan segala masalah.. rasa tenang sangat la.. Ni la salah satu sebab kenapa kitorang suka ke Cameron sebab tenang dan sunyi….

2) Taman Agro Teknologi MARDI



Kitorang suka ke MARDI ni sebab di sini kita boleh belajar cara-cara menanam tumbuh-tumbuhan terutamanya bagi tumbuh-tumbuhan yg sesuai dengan cuaca sejuk. Dan ada juga yg boleh ditanam dalam suhu normal tempat lain di Malaysia tapi sudah tentu ada caranya yg tertentu kan. So di sini boleh dapatkan tips-tips tersebut dari staff yg bertugas atau pun informasi yg dipamerkan.. Contohnya kitorg ada membeli pokok anggur semasa di sana. Untuk menanam pokok anggur di kawasan bersuhu yg agak tinggi dari Cameron Highland, banyak factor yg perlu diambilkira. Daripada tips-tips dan maklumat yg diperolehi dari staff di sana, kitorang berjaya menanam pokok anggur tu sampai sekarang tau.. pokoknya pun tumbuh rimbun sangat. Dan pernah beberapa kali berbuah..


Selain daripada itu, di MARDI ni juga terdapat banyak sangat ditanam bunga-bungaan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Dan setiap pokok yg ditunjukkan terdapat info berkaitan mengenai pokok tersebut.. Jadi secara tak langsung banyak ilmu yg boleh kita perolehi bila melawat MARDI ni.

3) Big Red Strawberry Farm
 Masa ni tengah mengandungkan Fattah Anas 5 bulan kottt..



Kalau ke Cameron Highland jangan lupa singgah ke Big Red Strawberry Farm ya. Di sini kita boleh melihat tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bunga yg ditanam secara komersial untuk jualan. Selain itu, kita juga boleh merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi. Menarik kan.. bukan senang nak dapat pengalaman macam ni kan..



Selain tanaman, terdapat juga cafe yg menjual makanan dan minuman yg dihasilkan daripada buah strawberi, sayuran dan lain-lain lagi. Jangan lupa try beli waffle dan ice blended strawberi di sini ye.. best sangat tauuu.. hihi

4) KEA Farm





Kea Farm ni biasanya merupakan lokasi terakhir yg akan dikunjungi sebelum bertolak balik kerana di sini pastinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk memborong sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk dibawa balik. Terdapat juga pelbagai barangan seperti keychain, baju, bantal dan bermacam-macam lagi yg boleh dijadikan survenir kepada family dan rakan-rakan.



Sedikit TIPS bagi mereka yg ingin membeli buah strawberi untuk dibawa pulang. Pastikan korang membeli strawberi yg tidak berapa merah, ada hijau sikit-sikit pun ok. Jika korang beli strawberi yg sudah masak ranum dan merah-merah sangat, apabila sampai di tempat kita yg bercuaca panas, strawberi akan menjadi terlalu masak. Jadi pilihnya strawberi yg tidak terlalu masak untuk dibawa pulang agar strawberi tu dapat bertahan dan segar untuk 2,3 hari.

5) CACTUS Point



Bagi peminat pokok kaktus, jangan lupa singgah di CACTUS Point ya!! Di sini menjual bermacam jenis pokok kaktus dari yg kecil hingga ke besar. Bukan sekadar pokok kaktus, pelbagai jenis pokok bunga juga ada dijual di sini.. memang rambang mata la bila tiba di sini... kalau boleh nak borong banyak-banyak. Tapi mujur lah tak muat nak isi kat bonet kereta kan.. so kena la tapis mana yg penting sahaja.. haha


6) Lavender Garden



Lavender Garden merupakan satu daya tarikan terbaru di Cameron Highland. Dibina sekitar tahun 2012 jika tidak silap. Untuk masuk ke sini perlu membayar RM5 utk dewasa. Bagi mereka yg suka bergambar, jangan lepaskan peluang ke sini kerana tempat ni sangat cantik untuk bergambar.. hehe..







7) Strawberi Taman Sedia




Kebun strawberi milik bumiputra yg terdapat di Cameron Highland ni terletak di Taman Sedia, Tanah Rata. Kebanyakannya pemilik membuat kebun strawberi di kawasan rumah mereka sendiri dan ada di antara mereka juga membuka kedai makan di situ. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kebun strawberi di sini. Salah satu makanan yg perlu korang try adalah aiskrim strawberi (aiskrim malaysia). Di sini dijual dgn harga RM1~RM1.20 sebatang (tahun 2014). Kitorg siap beli lebih untuk bawak balik tau.. hehe..

Nasi lemak sambal strawberi

Menarik kan semua tempat yg Dilah nyatakan di atas ni.. Tu sebab la korang kena datang sendiri ke Cameron Highland ni untuk merasai sendiri suasana dan keindahan alam semulajadi di situ.. Kalau dah pergi sekali mesti rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi tauuuu.. hehehe...  Lagi dengan cuaca sejuk di sana kan, tak banyak tempat di Malaysia ni yg bersuhu sejuk macam tu.. yg paling penting, kebanyakan tempat di sini tidak mengenakan yuran kemasukan. jika ada pun charge yg dikenakan sangat la rendah.. Itu yg best kannn..

Hahhh.. korang dah dapat idea kan untuk percutian akan datang. Kalau nak boleh booking di Traveloka awal-awal tau.. biasanya masa cuti sekolah ni banyak tempat dah penuh nanti.. so tempah la hotel awal-awal di Traveloka ya..

#MyTravelAdventure #TravelokaMY




4 comments: