Berbuka Puasa dengan Puding Milo Oreo - Ceritera Ibu

Berbuka Puasa dengan Puding Milo Oreo


Assalamualaikum

Lagi 2 hari je lagi Bulan Ramadhan akan menjelma.Pastinya masing-masing dah mula list down menu berbuka puasa nanti kan.. ada yg dah listkan menu untuk 30hari terus.. Bila ada menu dah ada ni mudah la keje ibu-ibu nak sediakan juadah berbuka nanti.. Takde la termenung depan peti ais sambil garu kepala tengok lauk apa yang ada.. "Nak masak apa hari ni ya??"

Selain menu makanan berat seperti lauk pauk, mesti kita nak sediakan juga juadah untuk pencuci mulut @ dessert kan.. Sekurang-kurangnya satu jenis kuih pun jadi la kan.. Macam Dilah sendiri, biasanya mesti ada 1 jenis kuih untuk berbuka. Kalau banyak nanti membazir pulak. Memandangkan cuaca bulan ni agak panas, jadi Dilah memilih untuk sediakan dessert yg sejuk sikit. baru la lega tekak tu kann.. hehe

Puding Milo Oreo ni pernah viral dulu. Dilah dah beberapa kali buat, memang sedap. Anak-anak pun suka juga. Makanya menu Puding Milo Oreo akan dimasukkan dalam list menu berbuka Dilah untuk tahun ni.. Yang penting cara nak buat mesti lah mudah dan senang. Jom kita tengok resepinya..


PUDING MILO OREO


Bahan-bahannya
1 bungkus agar2 tali
1 tin susu cair
750ml air
140g gula
3/4 cawan milo
1 paket biskut oreo

Cara penyediaan :

1) Masukkan agar2 tali, air dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 larut.

2) Masukkan susu cair dan kacau rata.. biarkan dalam 2 minit dan tutup api.

3) Asingkan 2 cawan puding ke dalam bekas lain. [untuk plain puding]

4) Masukkan milo ke dalam baki puding tadi dan kacau rata.. [untuk puding milo]

5) Sediakan loyang, tuang puding milo dalam loyang.. biarkan seketika sehingga puding keras sedikit..


6) Bila puding mula mengeras, masukkan puding plain pula..
[ kalau puding milo tu dah keras, carik2kan sikit permukaan puding tu..]

7) Setelah puding plain dimasukkan, patah2kan biskut oreo dan masukkan dalam puding..


8) Sebagai tambahan : ibu dilah taburkan oreo yg dah dipecah jadi serbuk atas permukaan puding sebagai hiasan.. hihi

9) Siap!! Simpan dalam peti sejuk..



Terliur tak tengok puding milo Dilah ni?? Hahaha... 

Bila ada list ni senang sikit kan.. tak de la termenung lama asyik pikir nak masak apa.. tapi macamana pulak dah rancang nak buat tapi bahan tak cukup pulak?? Nak ke kedai malas pulak. balik keje pun malas nak menyinggah kedai.. Hahhh.. senang jer, order jer kat lazada. esok-esok dah sampai kat rumah [macam Dilah selalu hantar ke opis la]

http://www.lazada.com.my/milo-activ-go-1kg-15033150.html?ff=1&sc=MbQs&rb=11444


http://www.lazada.com.my/oreo-choco-multipack-9-x-294g-21439582.html?ff=1&sc=Ga8D&rb=67864

Harga pun murah kan kat Lazada ni... Keje pun jadi mudah.. kalau tak nak tunggu pegi kedai memang kena tunggu weekend baru sempat singgah kedai.. Balik kerja dah la kena menghadap jem, pastu nak amik anak2 kat taska lagi, then jem lagi. sampai rumah pun dah magrib.. Tak sempat nak singgah kedai.. 

http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/?offer_id=7505&affiliate_id=153085&offer_name=MY+Ramadhan+2017_157511&affiliate_name=http%3A%2F%2Fwww.ceriteraibu.com%2F&transaction_id=102204e474c76bef04378bfeca4204&offer_ref=_xxmo0000000at0000

Kalau korang pun macam Dilah, boleh tengok kat Website LAZADA MALAYSIA ni..  sekarang ni ada sale Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Ria Raya Sale sempena Jualan Bazar Ramadhan Lazada Malaysia yang berlangsung dari 19 May - 30 Jun 2017 klik jer LINK ini...promosi harga sehingga 90%..

8 comments:

  1. sedapnyaaa....
    boleh try nnt ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak. Masa berbuka dpt puding mcm ni memang best.

    Good luck dilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dapat makan puding sejuk2 time berbuka kan ana :)

      Delete
  3. Sedap puding orea.last buat ntah tahun bila dulu
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. dilah pun dah lama jugak tak buat ni.. boleh la buat bulan puasa ni nnt.. hehe

      Delete