DIY Hadiah untuk Hari Guru - Ceritera Ibu

DIY Hadiah untuk Hari Guru


Assalamualaikum

Semalam ada sambutan Hari Guru untuk sesi petang di Sekolah Kakak Diyana. Actually hari Selasa aritu dah sambut secara rasminya Hari Guru Peringkat sekolah semasa sesi pagi.. jadi, bagi pelajar sesi petang, sambutan diadakan sekali lagi pada hari Khamis..

Dari last week Dilah plan nak bagi hadiah pen shj pada cikgu kakak.. lagipun aritu kan ada viral kat fb mengenangi hadiah yg paling cikgu2 suka pemberian dari anak murid, keranan ianya boleh diguna semula.. last year bg perhiasan mcm tak berapa praktikal pulak rasanya.. habis2 cikgu letak kat meja.. berhabuk... tapi kalau kita bagi pen cikgu boleh guna.. walaupun lepas habis ink tu akan dibuang jugak tp ianya lebih praktikal..

Kalau bagi makanan pun pada pendapat Dilah best jugak.. cuba elakkan bagi barang perhiasan yg cikgu tak boleh digunakan semula.. rasa mcm membazir pulak kan.. ni pendapat peribadi Dilah la.. jangan pulak ada yg kecam nanti.. hihihi


Ok.. pen-pen ni Dilah dah beli beberapa hari sebelum tu.. tapi tak cukup pulak.. apsal tak cukup?? sebab nak bagi cikgu2 sekolah keb dan sogame kakak diyana dan jugak cikgu2 tadika/taska/transit kakak diyana, abg faris dan fattah anas. Malam rabu haritu Dilah cuma dapat buat 18 set sahaja.. 9 set utk sekolah keb kakak Diyana dan 9 set utk taska/tadika. Sogame kakak Diyana cuti seminggu.

DIY BOUQUET PEN FOR TEACHER'S DAY

Bahan-bahan
Pen
Reben
Kain 
Batang aiskrim
Kad ucapan

Peralatan
gunting, soletip

Cara penyediaan :

- Buat kad ucapan Hari Guru dan print. Kemudian laminate kertas tersebut dan potong ikut size.

- Lekatkan batang aiskrim pada kad ucapan yg telah dipotong menggunakan soletip.

- Susun 3 batang pen dan 'sepanduk' kad ucapan bersama2.  Soletip dibahagian bawah supaya pen tidak bergerak.

- Potong kain pembalut mengikut saiz yg sesuai. Ikut size kain yg Dilah beli tu 1 keping boleh potong kepada 16. Harga kain ni sekeping RM3.20.

- Potong reben mengikut saiz yg sesuai untuk ikat reben.

- Bungkus separuh daripada pen tadi dengan kain pembalut.
Adjust kain pembalut tu supaya kemas dan cantik.  Kemudian ikat dengan reben merah.

- Siap untuk 1 set!!! 
- Sila la buat untuk 17 set yg seterusnya.. hahaha

Bila dapat DIY sendiri hadiah untuk cikgu ni rasa puas hati dan happy sangat. Dapat la hasilkan hadiah sepertimana yg kita idamkan/bayangkan.. Tapi harus diingat, kerja untuk DIY Bouquet Pen ni agak renyah sikit sebab banyak benda yg perlu dibuat. So ianya memakan masa la. Tapi kalau buat sorang mungkin takde masalah.. Dilah ni aritu buat dengan anak-anak kecik yg masing-masing pun sibuk naka menolong.. tu yg jadi huru hara sikit.. hahaha...



  So next year kalau plan nak DIY sendiri lagi kena pikir DIY hadiah yg lebih simple.  

Sekian sahaja cerita DIY Bouquet Pen sempena Hari Guru 2017..






11 comments:

  1. Salam dilah...

    Menarik & cantik pen bouquet tu... Boleh lah buat tahun depan. Tahun ni dah bagi, kurma hehe...

    ReplyDelete
  2. Fulamak cantiknya. Tak terfikir nak buat camni

    ReplyDelete
  3. menarik!
    tahun ni aida pun d.i.y hadiah hari guru.
    happy kan.
    puas hati.

    ReplyDelete
  4. Wahh cgat kreatif lahr~~
    Thnaks you for idea.. nak bagi utk budak2 pun bole juga bwat mcm nie haha

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana memberi idea untuk hadiah hari guru 2018..

    ReplyDelete
  6. Salam nk tanya kain pembalut tu awk beli kt mana ye? Dan terima kasih kerana memberi idea untuk hadiah hari guru kelas 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm.. kain tu beli kat kedai buku sis 😊

      Delete