Misi Wean Off Fattah Anas
Assalamualaikum
Salam Jumaat semua.. Last week Dilah ada discuss dengan Ayah Wan mengenai plan
Dilah untuk wean off Fatah Anas.. Yela,
tak lama lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan kan, rasanya memang dah sesuai
sangat la untuk Dilah jalan kan misi ni.. dapat la Dilah rehat sikit time tido
malam kan.. sbb kena bangun awal untuk sediakan sahur nanti kannn..
Sebenarnya Dilah tak nak la terburu-buru untuk wean off
Fattah Anas, memandangkan Dilah pun x pregnant so x perlu nak cepat2 wean
off kan. Tak macam masa wean off kakak
Diyana dulu, time tu keputusan untuk wean off dibuat sebab masa tu
Dilah tandem nursing dengan adik. Means time kakak Diyana, Dilah buat tandem
nursing (menyusukan serentak) Kakak Diyana dan Faris Zakwan. Dan masa Faris
Zakwan pula, Dilah tengah pregnantkan Fattah Anas 4/5 bulan kot.. so masa tu memang
penat dan letih juga la.. walaupun time tu kakak Diyana dah 2 thn lebih tapi ada
rezeki susu banyak tu Dilah tandem sekali dgn Faris. berbeza dengan masa Faris susu pulak tengah takde.. tp Faris pulak yg merengek nak menyusu..
So macam kes Fattah Anas
ni pula, Dilah tak pregnant dan tak tandem nursing. So sepatutnya boleh
la Dilah breastfeed Fattah Anas lebih lama.. tapi masalahnya skrg ni susu pulak
yg dah takde.. Fattah Anas bf tu lebih kepada ‘ngempeng’ jer kata orang jawa..
hahaha.. Korang paham tak ni?? Kalau tak paham pun buat2 paham jer la… hahaha
Walaupun dah kata nak wean off Fattah Anas dari last week,
tapi Dilah ni mcm tak kuat pulak.. siyes la.. mak-mak yg dah bf anak jer yg
paham kan.. dah 2 tahun kottt kitorg dah jadi ‘BFF’ so bila nak clash tu rasa
tak sanggup sangat2… hahaha… bukan senang tau nak handle emosi masa nak wean
off ni.. ramai jer yg gagal sebab mak tak cukup kuat nak hadapi rengekan anak..
sayu tau bila anak merengek2 minta ‘BFF’ dia.. sudahnya mak pun surrender bagi
kat anak semula… banyak jer kes mcm tu.. hati kena kental..
Kalau nak tau struggle ke tak Dilah nak wean off Kakak Diyana boleh tengok kat bawah ni.. macam2 cara Dilah try tau… siap tips lagi.. dan juga wean off faris zakwan.
Tips Bercerai Susu
Tips Bercerai Susu Part II
Kisah Wean Off / Cerai Susu Abg Faris
Tips Bercerai Susu
Tips Bercerai Susu Part II
Kisah Wean Off / Cerai Susu Abg Faris
So semalam secara tiba2 Dilah terasa nak try.. tak espect
lebih pun… tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. nak tau apa Dilah buat??
Tunggu entry seterusnya ya.. nanti Dilah akan share kan… hehe
Sama mcm syafi dulu. Lebih kpd ngempeng je. Bkn ada susu sgt. Masa tu syafi dah 2 thn 6 bln so boleh sgt nk wean off. So masuk bln puasa ni setahun dh tp kalau dtg dia punya geram, redha je lah. Haha
ReplyDeleteSebenarnya macam-macam dugaan yang perlu dilalui oleh ibu menyusu ni kan,hanya org yang hadapinya memahami
ReplyDeleteerkkkk syamil dah 2 tahun 4 bulan akak relax2 jek ni ha tak fikir langsung pasal wean off ekekeke
ReplyDelete- Hernee Nazir -