#daridapurdilah,

Resepi :: Kuih Buah Melaka @ Onde-onde Mudah dan Sedap

May 29, 2017 Ibu Dilah 9 Comments


Assalamualaikum

Ramadhan Kareem... arini 1st day kerja di Bulan Ramadhan.. harapnya tak monday blues la kannn.. hehe.. Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga kita berpuasa hari ni.. 1st day dan 2nd day puasa Dilah sambut dan berbuka di rumah MIL di Sedenak.. Dapatla berbuka dengan masakan mak mentua Dilah kan.. Dilah cuma tolong sikit2 jer.. lauk-lauk semua MIL yg masak. Dilah cuma masak kuih jer..

Dilah plan nak buat kuih buah melaka.. Bila tanya tepung pulut ada tak kat rumah, MIL mentua pun bagitau dia pun memang plan nak buat kuih buah Melaka.. kebetulan pulak kann.. so, dia masak lauk pauk dan Dilah buat kuih buah Melaka @ Onde-onde..

Dilah penah buat kuih ni 2 tahun lepas masa bulan ramadhan jugak.. dah buat sekali rasa senang rupanya.. tu yg semangat nak buat lagi.. hehe.. Actually, Dilah penah share resepi Kuih buah Melaka tu sebelum ni. tapi takpe, Dilah share kan lagi sekali ye.. 

Kuih Buah Melaka @ Onde-onde



Bahan-bahannya:
2 cwn tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 biji Gula melaka yg saiz kecik (@stgh biji yg standard size)
1 cwn air @ air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yg dibenarkan 


Cara penyediaan

1) Gula melaka dipotong kiub kecil2.
 

2) Gaulkan kelapa kering dgn sedikit garam sehingga rata.. ketepikan..
 
 
3) Satu kan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau dlm satu bekas.
 
4) Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati sehingga boleh digentel dan tidak melekat di tangan.. 
 

5) Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
 
6) Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.


7) Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
 
8) Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.

9) Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
 
 
Sedia untuk dihidangkan.
 
 
TIPS
1) Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat.

2) Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
3) Boleh juga nak guna pewarna lain2. 

3) Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
 
SELAMAT MENCUBA
 
 
 
 
 

You Might Also Like

9 comments:

  1. dulu rajin juga buat kuih ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dilah rajin time bulan puasa jer.. hahaha

      Delete
  2. Fav ni dilah. Selalu bulan puasa rajin beli. Nanti nak try buat lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat sendiri ana.. senang jer.. bahan2 pun sikit jer.. puas hati dapat buat sendiri.. dapat banyak.. hehe

      Delete
  3. Sedappppp. Mak rajin buat. CR rajin makan jer.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. xpe.. nnt CR belajar la buat sendiri.. senang jer.. dilah pun dulu rajin makan jer.. bila dah kawin baru rajin sikit cari2 resepi utk buat sendiri.. hehe

      Delete
  4. akk buat hari Sabtu tapi yang kelakarnya bila rebus tak timbul2..bukan pertama kali buat tapi rasa pelik dan ckp kat dhubby selalu kalau tak timbul sebab silap tepung..tetiba teringat nak check...hahaha mmg silap tepung daaa..jadi kena la buat balik...
    https://sweetsourleyra.blogspot.my/2016/11/kuih-buah-melaka-kuih-onde-onde.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. ciannya dah buat baru perasan silap tepung.. tp yela, semua tepung nampak cam sama je kan.. kalau tak label mmg boleh silap.. hehe

      Delete
  5. sedap!
    bila ntah aida nak buat lg :-)
    adik aida rajin buat ni.

    ReplyDelete