SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET | SWISS-INN JOHOR BAHRU - Ceritera Ibu

SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET | SWISS-INN JOHOR BAHRU


Assalamualaikum

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Yang pastinya bila tibanya Bulan Ramadhan akan banyak hotel-hotel menyediakan Pakej Buffet Ramadan untuk berbuka puasa. Salah satunya adalah Swiss In Hotel Johor Bahru.






Alamat:
Swiss-Inn Johor Bahru
Lot 512, Mohd Mufti, Jalan Syed Mohamed Mufti,
80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
GSP Coordinates: 1.460827. 103.758969


Tema Buffet Ramadan yg disediakan oleh Rilek the Cafe untuk tahun ni adalah "Selera Kampung". Bila sebut "Selera Kampung" mesti kita dah boleh terbayang menu-menu masakan kampung kan.. Memang kena sangat la dengan tekak Melayu kita kannn... pastinya berselera bila dapat berbuka puasa dengan masakan Selera Kampung ni.. 


Operation Hours:
Weekday: From 6.30am to 11.00pm
Weekend: From 6.30am to 1.00am
Room service from 11.00am to 11.00pm
Venue: Level 1
Capacity: 170 pax


Seterusnya jom kita tengok menu yg disediakan oleh Rilek the Cafe. Pastikan korang tak terliur ye bila tengok menu-menu ni.. hihi.. Semuanya memang sedap sangat.. teringat-ingat pulak masa makan hari tu.. haha









 Gulai kawah pun ada jugakkk!!



Selain lauk-pauk berat yg berasaskan daging dan ayam, terdapat juga ulam-ulaman sebagai pembuka selera. Ini bukan sekadar pembuka selera tapi penambah selera ni sebab boleh buat makan bertambah-tambah.. hehe
 





Tengok la tu.. dambal belacan, cencaluk semua ada..

Pelbagai jenis dessert juga di sediakan di sini. Dari kuih muih, buah-buahan, puding dan kek. Bubur pulut hitam pun ada juga. Semuanya sedap-sedap belaka.






  Ada 5 jenis air sejuk..

 Gerai Cendol Gula Melaka dan ABC juga ada. semuanya kita boleh buat sendiri.. Terdapat banyak bahan yg disediakan untuk membuat ABC dan Cendol. Pilih sahaja bahan apa yg kita nak, semua ada.. rambang mata dibuatnya tau.. hehe






 Sate pun ada..

 Ikan bakar pun ada..



 Minuman panas. boleh buat sendiri..

 Warung kampung menyediakan menu asam pedas Bandar Maharani..


 Warung Little India menawarkan menu beriyani kambing.. 



 Warung China Town dengan Laksa Johor



 Selfie dgn kambing.. hahaha

 Tengok la lauk yg Dilah makan ni.. sedap sangat.. daging tu rasa lembut sangat tau..


Bersama JDT Blogger yg hadir pada Preview Ramadan haritu.. 1st time Dilah jumpa diorang.. memang sporting dan friendly sangat.. terus hilang malu2 Dilah bila jumpa diorg.. hehe..
 






Amacam?? Tertarik tak dengan menu-menu yg disediakan oleh Rilek The Cafe?? Sedap-sedap kannn... kalau korang berminat boleh la booking awal untuk dapatkan harga yg lebih rendah lagi..




SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET, SWISS-INN JOHOR BAHRU
Rilek The Cafe

Early Bird Promotion
RM68 nett – Adult
RM34 nett – Child (5-12 years old)

Voucher purchase from 1 April – 26 May 2017
Special Deal – Buy 5 Adult Voucher FREE 1 Voucher
RM88 nett – Adult
RM40 nett – Child

For reservation or enquiries, please call:
07-218 3333 ext: 3351 or 07-283 5226

Website: Swiss Garden
Instagram: @rilekthecafe

5 comments:

  1. wah !! bestnye !!! terliur tengok lauk sedap2 seme nye tu..

    ReplyDelete
  2. wah menariknya semua menu2 dia. platting pun bukan main menarik. memang buat org tergoda ni dilah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dilah...memang sedap kan menu yg ada kat sini...

    p/s alamak mak tido la kat situ...hehehee...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap semua.seronok dapat jumpa dilah
    Janji Kita

    ReplyDelete