Hotel Pilihan di Kota Kinabalu
Assalamualaikum
Sedar tak sedar kejap jer kita dah masuk setengah tahun 2017
ni kan.. rasa cepat jer masa berjalan.. Tahun ni family Dilah belum
berkesempatan lagi nak pergi cuti-cuti Malaysia.. Lagi-lagi bila Kakak Imani tu
dah sekolah darjah 1 kan, masa agak terhad pulak rasanya.. bila ibu ayah free
anak pulak sekolah kan..hmmm…
Tapi macam yg Dilah penah share dulu, Dilah dah ada planning
nak pegi bercuti ke Sabah hujung tahun ni.. Ni trip dengan family sebelah Ayah
Wan la.. rancangnya nak pergi minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun.
Kalau dah nama cuti sekolah kan, kena la booking hotel awal2 semuanya kannn..
kalau lambat takut fully booked pulak nantikan..
Kalau nak senang boleh survey di Traveloka jer.. Dilah suka
survey di Traveloka ni sebab senang nak
cari tiket flight dan hotel sekali..
yang lagi best Traveloka selalu la bagi voucher potongan harga. So dapat la beli
tiket flight dan hotel dengan harga yg jauh lebih murah. Dapatkan Meridien Kota Kinabalu latest online promotion dengan segera.
Tengok la cantiknya hotel ni.. bilik pun besar dan nampak selesa sangat.. Anak dah 3 org ni kena la cari bilik besar sikit.. Katil pun kalau size queen tu memang dah mcm sardin la semua kalau tido 5 org satu katil.. haha.. sadis betul kan.. Lagipun sesekali bila dapat pergi bercuti nak jugak la merasa tidur kat hotel yg best dan selesa.. kalau terlalu bajet pun nanti langsung tak merasa tidur tempat best2 kan… haha..
Gambar : Website Traveloka
Nak tau tak salah satu sebab kenapa Dilah nak pilih hotel ni? Sebab
hotel ni betul-betul dekat tengah bandar Kota Kinabalu tau. Nak ke
mana-mana sangat2 dekat dan mudah. Kalau nak ke Pasar Filipina tu dalam
100m jer, ni memang tempat wajib nak shopping ni.. hehe.. Nak cari
mutiara.. sabah kan terkenal dengan mutiara kan.. cantik2 dan murah kat
Sabah ni.. Lagi satu nak cari seafood.. memang syurga seafood la kat KK
ni.. yang penting murah dan segar..
Selain tu boleh ke KK City Waterfront dalam jarak 200m.. Alahai.. dekat
sangat kan.. jalan kaki jer.. tak payah nak drive, jimat sikit duit
petrol..maklum la, kitorg kan pergi ramai.. so kena la cari tempat yg
dekat dengan semua tempat.. KK City Waterfront ni kan terminal feri
utama di Kota Kinabalu. Orang-orang yang nak ke Labuan dan Brunei pun
boleh naik feri di sini. Nak ke pulau-pulau di KK ni pun boleh naik bot
di sini..
Ok.. hotel di KK dah survey, next dah boleh plan tentatif perjalanan pulak dan saving untuk perbelanjaan kat sana.. Antara tempat yg ada dalam list Dilah untuk kunjungi semasa di Sabah adalah - Pasar Filipina
(nak shopping mutiara & seafood)
- Gaya Street
- Taman Marin Tunku Abdul Rahman
(Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi)
- Kinabalu Park
- Desa Dairy Farm
- Canopy Walk
- Tagal Fish Sg Moroli, Ranau
- Poring Hot Spring
Ni semua memang tempat wajib nak pergi. Serius cakap, Sabah ni memang tempat yg sangat-sangat Dilah & family teringin nak pergi tau.. sebab kitorg suka dengan tempat-tempat percutian yg dekat dengan alam semulajadi, tenang, nyaman.. tak suka tempat yg hiruk pikuk dan crowded. So Sabah ni memang kena sangat la dengan jiwa kitorang.. Anak-anak pun lagi suka pegi tempat-tempat macam ni dari bawak mereka ke tempat-tempat fun fair ke team park.
Lepas ni tinggal buat saving jer la. memang dari last year Dilah dah menabung. So bila kakak ipar Dilah cakap plan nak ke Sabah ni, Dilah terus on jer la.. mudah-mudahkan tabung cuti-cuti Dilah ni cepat penuh sebelum tiba masanya nanti.. nak shopping mutiara dan makan seafood puas-puas nanti.. susah nak sampai Sabah ni so tak nak la catu-catu sangat makan kan.. hehe
Ya Allah.. Kau permudahkanlah kami mencapai impian kami.. aminn..
Lepas ni tinggal buat saving jer la. memang dari last year Dilah dah menabung. So bila kakak ipar Dilah cakap plan nak ke Sabah ni, Dilah terus on jer la.. mudah-mudahkan tabung cuti-cuti Dilah ni cepat penuh sebelum tiba masanya nanti.. nak shopping mutiara dan makan seafood puas-puas nanti.. susah nak sampai Sabah ni so tak nak la catu-catu sangat makan kan.. hehe
Ya Allah.. Kau permudahkanlah kami mencapai impian kami.. aminn..
It is really a great and helpful piece of info.
ReplyDeleteI'm glad that you shared this helpful info with us. Please keep us up to
date like this. Thanks for sharing.
Good day! This post couldn't be written any better!
ReplyDeleteReading this post reminds me of my good old room mate!
He always kept chatting about this. I will forward this article to him.
Pretty sure he will have a good read. Thanks for sharing!
You are a very smart individual!
ReplyDeleteThanks for some other wonderful article. Where else may anyone get that kind
ReplyDeleteof info in such an ideal manner of writing? I have a presentation next
week, and I am on the search for such info.