#daridapurdilah,

Menu Iftar Day 15 & Day 16

June 13, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

Sepanjang bulan Ramadhan ni Dilah jarang dapat masak untuk berbuka. Lagi-lagi masa hari bekerja.. kalau sampai rumah awal sikit dapat la masak yg simple2 mcm nasi goreng ke, goreng karipap frozen ke.. yg leceh2 mmg tak sempat la dgn anak-anak Dilah yg jenis meragam tu.. memang urut dada banyak2 time dekat2 nak buka tu.. haha

Tapi bila hari cuti, sebolehnya Dilah akan masak untuk berbuka.. tapi kena masak awal sikit.. dalam pukul 3 lebih or 4 lebih tu Dilah dah start masak.. sementara si kecik tu tido.. Dilah boleh la start awal. bila dia dah bangun tu memang terkejar2 la nak masak dgn nak layan dia pun sibuk main kat dapur tu.. ada jer benda dia buat yg buat Dilah tak senang nak masak.. panjat tangga la, main blender la.. main benda2 yg merbahaya.. tu yg kita risau tu..

Okla.. back to topic. Menu Iftar Dilah untuk weekend lepas.. masak simple2 jer.. tapi puas hati bila semua makan masakan ibu Dilah.. hehe..


Hari Sabtu masak tempe goreng tepung, ikan goreng, ikan masak lemak lada dan sayur kacang goreng telur. 
 

Hari Ahad pula masak nasi ayam.. tapi ayam nya terkeras sikit sbb tengah goreng dok bergaduh dengan Fattah Anas yg tumpahkan sampah.. haha.. bila Dilah dah sapu, tinggalkan kejap jer nak terbalikkan ayam.. sekali datang dia dah tumpahkan lagi.. grrrrrrr... memang geram betul tengok budak tu... sudahnya bila nak angkat ayam tu ayam dah garing sangat tu yg keras sikit bahagian luar tu.. haha...

ok.. tu jer la menu weekend kami.. tinggal minggu ni jer weekend yg ada.. next week dah balik kampung.. wowww.. macam tak caye kan dah nak hari raya.. 

You Might Also Like

4 comments:

  1. Simple tu yg sedap Dilah. Tak perlu nak heavy sgt kan.

    Wah nak blk kg dah next week. Mesti excited kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ana.. masak yg simple2 sudah.. hehe.. mmg excited nak blk kg ni, lagi2 thn ni turn raya rumah mak dilah kann.. hehe

      Delete
  2. Samalah kita dilah. Akak pun masuk dapur awal, time baby tidur. Dia bangun ja confirm ke dapur, suka kecahkan sudu garfu senduk semua dlm bekas dia buang ke lantai. Layankan aje asal tak mengganggu huhu

    ReplyDelete