Raya 2017 :: #teamrayamelaka - Ceritera Ibu

Raya 2017 :: #teamrayamelaka


Assalamualaikum

Hai korang... ada lagi ke yg masih bekerja arini? ke semua dah start cuti dan dah ada pun yg balik kampung.. hehe.. Dilah arini last day keje.. esok dah start cuti dan balik kampung....


Tahun ni turn raya sebelah Dilah di Melaka.. yeayyy... super excited kan bila dapat beraya di rumah mak sendiri.. tengahari tadi Bunda (mak dilah) dah whatsapp tanya balik bila.. bila Dilah cakap balik esok (jumaat), Bunda cakap bagus sbb boleh la Dilah buat ketupat nanti.. haha.. kat rumah tu memang keje anyam ketupat bagi pada Dilah.. yg lain tak mahir sangat nak anyam ketupat. so dah bertahun2 amik kontrak anyam ketupat jer la.. haha

Tahun ni boleh kira tahun paling sadis sekali sbb kuih raya Dilah cuma ada 3 jenis jer. 2 buat sendiri dan 1 beli ngan opismate. ntah kenapa la tahun ni takde rasa nak order kuih, nak buat kuih dan nak beli kuih.. takde perasaan langsung. kuih yg 2 jenis buat tu pun last minute baru rasa nak buat sbbb pikir takde kuih langsung. Rasanya nanti cari kerepek2 jer la buat tambah-tambah jer...  


Mula2 buat kuih ulat yg viral tu.. actually sebelum biskut ulat tu viral Dilah baru cakap kat Bunda, balik kampung nanti nak buat kuih untaian kasih.  kuih ni sama jer ngan kuih ulat tu.. cuma bentuknya jer yg lain. biskut untaian kasih ni lagi cantik. biskut ulat tu nampak sangat bentuk ulat tu.. tapi masa nak buat aritu nozzle nya tersumbat.. bila picit tak keluar.. tu yg last2 tukar buat bentuk ulat jer.. tu jer yg senang... haha


Kuih raya kedua cornflake coklat. Ni kuih fav dari kecik2 dulu.. Memang dah jadi trademark kuih raya rumah Bunda. kalau anak-anak buah memang ingat cornflake coklat ni tiap2 tahun mesti ada kat rumah Bunda.. haha.. kalau takde memang rasa lain macam la.. hurmm.. cornflake coklat ni Dilah baru buat semalam.. buat sorang2.. kalau buat dengan budak2 tu memang lama la nak siap.. buat sorang kejap jer siap.. dapat 1 balang besar dalam 130 biji.

Alhamdulillah.. tu jer la kuih raya kitorg.. untuk rumah mak dan rumah mak mentua tak beli lagi.. adehhh.. nanti la pikirkan nak beli apa...

Okla.. buat semua rakan-rakan blogger dan readers yg tersayang..
Dilah minta maaf banyak-banyak jika ada tersilap tulis, terkasar bahasa dan sebagainya..
Yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Ingat la orang yang tersayang..

Akhir kata..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN





7 comments:

  1. Selamat hari raya sis.sdap nya biskut tu teringin nk rasa yang ulat tu hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe.. comel je tengok kuih raya ulat tu :D

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya
    saya teamjohor
    meh la singgah

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/persiapan-raya-nona-lazada-raya-contest.html

    ReplyDelete
  4. comelnyaaa kuih raya ulat....

    ReplyDelete
  5. Comelnya kuih raya ulat tu. Rajin betul dilah.

    ReplyDelete