Tak Sabar Nak Balik Beraya di Melaka !!
Assalamualaikum
Hai korang semua... minggu ni rasa macam dah kurang org update blog nampaknya.. ehh.. Dilah la tu.. nak tau sebab apa?? sebab masing-masing dah busy nak buat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya.. tinggal 5 hari jer lagi kan.. Dilah pun rasa banyak lagi benda nak kemas ni..
Tahun ni korang beraya di mana?? Rumah mak sendiri ke atau turn raya belah suami?? atau ada ke yang tak balik raya sebab kena kerja?? Hmmm.. Dilah tahun ni turn raya rumah mak Dilah di Melaka.. so dah tentu-tentu la super excited kan sebab raya rumah mak sendiri.. hehe..
Dilah plan balik raya hari Jumaat. pagi or tengahari.. sebab hari Jumaat tu kitorg dah start cuti.. tapi memandangkan rumah macam tak setel lagi, tu ingat kena siap kemas dulu sebelum nak tinggal rumah kan.. kuih raya pun baru ada 2 jenis jer ni.. tahun ni memang tak de order kuih raya pun..
Bila cakap pasal balik kampung ni, mula la Dilah terpikir pasal beg balik kampung. Luggage kitorg yg besar tu dah rosak kat area handle tu.. so terpaksa la cari beg baru ni.. lagi2 balik raya tinggal rumah hampir seminggu kan, so pakaian pun boleh tahan banyak nak kena bawak untuk 5 org ni.. nak cari beg yg besar terus, senang sikit nak packing nanti. So mari la kita usha-usha di Lazada Malaysia
Travel Luggage
Alang-alang beli 2 terus. Senang bila-bila nak travel nanti. Luggage besar untuk ayah ibu.. Luggage kecik untuk baju anak-anak..
Storage bag packing cube travel
Selain luggage, Dilah berkenan jugak dengan storage bag packing travel ni. Senang nak pack pakaian dalaman anak2 dan mak bapa sekali.. haha.. takde la berterabur dan bercampur dgn yg lain.. maklum la, yg mengemas dan menyusun ni maknye aje, yg lain amik baju main gembur jer.. stress mak tau... haha.. So kalau ada beg ni senang la sikit.. boleh packing tudung beg lain, pakaian dalaman beg lain, pampers beg lain then baru masuk dalam luggage.. hehe
Mickey Mama Bag
Lastly Mickey Mama Bag ni untuk letak baju standby anak-anak terutamanya baju Fattah Anas dan Faris Zakwan. Maklum la bila beraya rumah sedara-mara nanti mesti la seharian kat luar rumah kan.. so kena la bawak baju standby dan juga pampers. Kalau anak-anak dah meragam boleh la mandikan dan tukar baju lain, biar mereka selesa kan..
Kalau korang nak beli luggage dan bag macam Dilah ni boleh la beli di Lazada. Skrg ni ada Marhaban Ya Ramadhan By Lazada dan Riang Ria Raya Sale yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dari 19 May sehingga 30 June 2017.
Tak sabarnya nak balik beraya di kampung. Korang raya mana tahun ni??
All the best! AMer pon join! https://ameridzuan.blogspot.my/2017/06/lazada-ramadhan-raya-blogger-contest.html
ReplyDeleteWahh, dah start diaaa..hehehe~ bestnyaaa, ke Melaka, lama tak ke sana
ReplyDeleteWah bestnya nk balik kg. Melaka here we come. Hehe. Ana dah bertahun raya di KL je. :)
ReplyDeleteTerima kasih dilah atas komen hari tu. Ana hargainya sgt2. Alhamdulillah ana semakin baik. Syukur sgt2 :)