contest,

Tema Baju Raya Tahun Ini..

June 14, 2017 Ibu Dilah 7 Comments


Assalamualaikum

10 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. Macamana  persiapan Hari Raya korang? Baju raya semua dah siap ke?? Alhamdulillah, persiapan pakaian untuk family Dilah di hari raya nanti  dah nak hampir siap. Dalam 80% tu dah siap la. Baju anak-anak la yg paling penting sekali kan.. 

Hampir 8 tahun dah berkawin ni, Dilah dah pandai la arrange persiapan baju2 untuk 1 family Dilah. macam untuk anak-anak tu dah beli sikit-sikit dari awal tahun lagi. so takde la bila dah dekat nak raya kelam kabut nak cari semua kann... so untuk anak-anak dah setel kecuali baju melayu dan baju kurung untuk first day yg Dilah tempah kat tailor. InsyaAllah, weekend ni dah boleh ambil la.

Untuk Ayah Wan pulak, baju melayu dia dah ready dah. 2 minggu lepas dah beli 2 helai t-shirt. Ni tinggal tambah sehelai lagi dan beli seluar jeans jer nanti. Untuk Dilah pula, baju Dilah tahun ni beli ready made masa pesta konvo aritu. Beli baju kurung moden dan baju kurung pahang. Sepasang lagi baju kurung pahang yg sama dengan kakak tu Dilah tempah kat tailor. nak sedondon katenya kannn.. hehe..

Oh ya, tema family Dilah tahun ni warna light brown untuk hari raya pertama. Tu anak-anak pun pakai baju melayu  la.. untuk raya kedua dan ketiga tema warna biru dan maroon.. Dilah memang suka pakai sedondon satu family.. tak semestinya baju sama, sekurang-kurangnya dapat warna sama pun jadi la.. hehehe.. beriya kannn..

Tapi kan.. Dilah rasa macam kurang sesuatu pulak la.. Dilah ni suka pakai jubah tapi tahun ni takde beli jubah pulak.. patut la rasa macam something jer.. haha.. Dilah ada usha-usha kat Lazada.. tengok jubah-jubah tu macam tertarik pulak la.. cantik kan jubah ni.. berkenan pulak Dilah la.. hehe

http://www.lazada.com.my/jf-fashion-amani-sequin-jubah-dress-j356-turquoise-11616401.html?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.JO7rjv&ff=1&sc=IVkE

Selain dari jubah ni, Dilah nak beli tudung jugak. Sebab belum sempat lagi nak beli tudung ni.. untuk raya pertama tu nak cari tudung coklat. nak matchkan dengan baju coklat hitam tu.. rasanya tudung ni sesuai sangat..
http://www.lazada.com.my/jelitasara-x-lazada-basic-instant-shawl-creme-brulee-32249259.html?spm=a2o4k.brand-55792.0.0.8g9YQm&ff=1&sc=MfDZ&rb=55792

Hahh.. persiapan raya korang dah siap lom? kalau last minute nak shopping boleh la terjah Lazada Malaysia ni..  Sempat la lagi nak beli baju raya kan.. skrg ni ada Marhaban Ya Ramadhan By Lazada dan Riang Ria Raya Sale yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dari 19 May sehingga 30 June 2017. So, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni tau... 

You Might Also Like

7 comments:

  1. Tudung tu cantik juga Dilah. Berkenan pula ana. Hehe.

    Good luck. Ana join kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan tudung tu ana.. tq ana.. cepat2 join ya..

      Delete
  2. tema light brown ..cantik ..CCL tema raya tahun ni royal blue ..tak lama dah nak raya

    ReplyDelete
  3. cantik kaler tema tu..akak kaler ni tahun lepas hehe.. btw, good luck dilah..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  4. Simple but nice,

    Jom tgk Nona nyer
    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/baju-raya-nona-tahun-2017.html

    ReplyDelete
  5. lazada memang cantik-cantik je baju diaorang.. lebih kurang sama dengan zalora.. :D

    ReplyDelete