Blog ceriteraibu.com,

Welcome June!!

June 01, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

Ya Allah.. kejap jer dah masuk bulan June.. cepatnya masa berjalan dah masuk setengah tahun dah tahun 2017 ni.. Hari ni pun dah hari ke-6 kita semua berpuasa kan.. kejap lagi nanti dah 10 hari puasa, 20 hari puasa.. tahu-tahu dah sampai ke penghujung ramadhan dan masuk bulan Syaawal..



Alhamdulillah.. sepanjang 5 bulan pertama tahun ni, Dilah rasa tahun ni adalah tahun bertuah Dilah. Tak pernah-pernah menang giveaway or contest tapi tahun ni Dilah dah menang beberapa giveaway dan contest. Dan Dilah jugak semakin aktif berblog tahun ni.. entry per month pun dah semakin banyak.. Yela, bila dah menang giveaway tu buat kita makin semangat nak update blog kannn..

Di samping itu juga, semakin ramai kenalan di alam maya yg Dilah kenal melalui blog ini jugak. Dilah jugak dah dapat berjumpa dengan beberapa org blogger dari JDT Blogger.. alhamdulillah.. seronok sangat dapat jumpa diorg.. ramai lagi yg dilah teringin nak jumpa sebenarnya.. yg luar dari johor pun ada jugak.. hope satu hari nanti kita dapat berjumpa ya.. 

766/posts/?ref=page_internal

Hari ni jugak Dilah dah create satu akaun FB page untuk ceriteraibu.com. senang la sikit Dilah nak share-share entry terkini nanti.. hope korang teruskan support Dilah ya.. Kalau sudi LIKE la FB page Dilah tu ya :) 


Terima kasih banyak-banyak pada semua yg sentiasa menyokong blog ceriteraibu.com ini.. Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kebaikan korang semua.. 
Love uollssss.. 
 

 



 

You Might Also Like

4 comments: