Big Family,

Cerita Syawal ke-5 dan ke-7

July 21, 2017 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

Sambung cerita raya ke-5 dan ke-7 haritu.. haha.. dah nak habis raya baru nak cerita pasal raya awal2 tu.. takpela.. kitorg bukan raya sangat pun thn ni.. rasa beraya 3 hari tu je la, 1 Syawal, 5 syawal dan 7 syawal. Lepas2 tu tak beraya pun ke mana2.. ada weekend lepas jer la sempat pegi open house 2 rumah.. hahaha..

Ok continue ye.. syawal ke 5 tu Dilah masih berada di rumah MIL. Tapi ayah wan dah start keje hari tu. Memandangkan dilah pun cuti seminggu, so Dilah cakap kitorg stay jer la rumah MIL. So dapat la anak2 bermain lagi dengan cousin2 diorg lama sikit.. hehe

So raya ke-5 tu kitorg pergi beraya ke Felda Linggiu, Kota Tinggi. Ni rumah MakLong, kakak MIL yg sulung. Sebelum tu adik MIL, Mak Lim datang ke rumah utk beraya. Dan dari rumah MIL, kitorg konvoi 3 kereta ke rumah maklong.




Nak dijadikan cerita, hari tu adik ipar Dilah pun keje.. so xde org la yg nak drive kete MIL. Nak tak nak Dilah la yg drive. Dilah ni pulak jenis yg mmg tak suka kacau barang org lagi2 kereta org. Sampai skrg ni Dilah Cuma bawak kete Dilah dan ayah wan jer (tu pun baru thn lepas berani bwk). Kereta org lain mmg tak berani nak bwk. Tapis bb takde org lain yg nak drive, so Dilah pun drive. Nasib baik la Fattah anas dah tido sebelum kitorg bertolak tu.. kalau tak huru hara pulak dgn budak kecik2 ni.. ni salah 1 sebab lagi dilah tak suka drive jauh2 ngan anak2.. hahaha..

Disebabkan tak penah bwk kete lain selain kete viva dan honda city tu, so bila bawak kete lain mula la gelabah.. nak bagi signal kuar viper.. nak tekan viper jadi signal ke kiri pulak.. hahaha.. memang hura hara kejap la.. nasib baik masa perjalanan balik tu dah expert dah.. hahaha..



Ada 1 kejadian yg kelakar sebelum balik aritu. Kitorg singgah ziarah kubur arwah abahtok. Dilah pun tak penah jumpa abahtok ni.. sbb abahtok meninggal masa ayah wan kecik2. So nak dijadikan citer, yg lain semua turun kete pegi ziarah kubur.. Dilah ni tinggal dlm kereta jaga budak2.. Dilah cakap la kat anak2 suruh baca al-fatihah utk abahtok. Yg si faris ni tetiba cakap nampak pocong la.. hahaha.. so lepas kakak baca al-fatihah tu dia suruh baca lagi dan lagi.. baca la apa2 doa supaya hantu tak datang. Bila kakak benti baca dia ketakutan dan marah kakak suruh baca lagi.. hahaha..



Ok citer raya ke 7 pulak. Masa ni pegi beraya rumah babysitter kakak diyana yg dipanggil tok mak. Tok mak ni jaga kakak diyana dari dilah start naik keje lepas habis pantang 2 bln sampai la faris zakwan lahir.. kira ngam2 2 tahun la dia jaga kakak. Ngan family tokmak ni pun kitorg  rapat. Ngan anak2 dia semua mmg rapat dan still keep in touch.. so setiap kali raya memang wajib pegi beraya ke sini.. niat hati nak amik gambar ngan tokmak tp tokmak tak nak. Dia mmg tak suka sangat bergambar.. so ni je la gambar yg ada..

Alhamdulillah.. habis dah citer raya kitorg.. so far semua baju raya baru pakai sekali jer.. belum sempat diulang  pakai sbb baru 4 hari jer yg berjalan raya.. sadis betul kan raya tahun ni.. hahaha.. apa2 pun syukur alhamdulilah.. tahun ni takde la kitorg kena sakit2 yg teruk mcm raya tahun2 sblm ni.. mesti ada batuk teruk, demam dan selsema teruk 1 family. Tahun ni Cuma dilah sorang je demam aritu..  


You Might Also Like

4 comments:

  1. Meriah beraya ye dilah. Ana seminggu je rasa raya lepas tu masing2 dh bz kerja semula. Hehe.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya. sempat lagi kn? hehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya.. sempat kan? ^^

    singgah + follow sini...

    jemput join segmen shawal ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/2017/07/segmen-bloglist-bulan-zulkaedah-1438h.html

    ReplyDelete