Layan Anak-anak Tengok Movie Spiderman Homecoming - Ceritera Ibu

Layan Anak-anak Tengok Movie Spiderman Homecoming


Assalamualaikum

Hari Sabtu memang hari untuk family kecil kami. Sebabnya hanya hari sabtu sahaja yg semua org ada.. Macam kakak Diyana tu kan dah darjah 1, cuti bagi negeri Johor ni kan hari jumaat dan sabtu. Dan kitorg ni pulak ibu ayah cuti sabtu ahad. So hari sabtu jer la yg kitorg dapat buat aktiviti bersama2.. Ni salah satu keburukan bila cuti anak dan parents tak sama, dah kurang masa bersama.. huhu..

Kebetulan pulak hari Sabtu Dilah ada event.. lepas event dah janji dengan anak-anak untuk pergi open house.. lepas tu dah tak de planning nak buat apa-apa.. dan seperti kebiasaan, Ayah Wan ni jenis tak boleh duduk kat rumah jer.. kalau cuti mesti nak keluar berjalan.. tu yg anak-anak pun dah terikut2 perangai tu.. haha...

So last minute punya plan, lepas pegi open house tu pusing-pusing jap.. Bila nampak Aeon, tetiba Ayah Wan cakap apa kata kita tengok wayang.. ehhh.. budak-budak memang suka la bila diajak tengok wayang... 


Sampai Aeon terus cari tiket dulu.. tengok2 ada citer Spiderman Homecoming.. memang sesuai sangat la.. amik tiket kul 7.40 pm.. sbb tu jer tmpt yg sesuai.. kalau amik lagi awal kena duduk bawah sangat.. sakit kepala nanti.. so siap beli tiket, moh ler kite pegi round2 kejap dan solat dulu..



Tengok-tengok ada train round dalam aeon ni.. ehhh budak-budak ni apa lagi.. berzikir la nak naik "coco tain" hahaha... bila Ayah wan bagi green light, melompat happy la masing2.. lagi2 si fattah anas tu.. siap mengejo "chocho train" tu tadi.. hahaha..

Lepas solat magrib cepat2 naik atas semula.. siap2 bawa diorg gi toilet dulu sebelum masuk tgk movie. Sepanjang tengok citer ni, 2x si abg ajak gi toilet. sekali nak terberak la.. sekali nak terkucil.. adoiii.. stress betul ibu.. dah la kite tengah kusyuk tengok spiderman tengah berlawan kan.. haha.. tapi so far puas hati la dengan jalan cerita dia.. tak boring langsung.. anak-anak pun 1st time tak tido masa tgk movie.. mmg puas hati la..




Keluar dari tgk movie nampak spiderman  ni.. abg faris sibuk nak bergambar ngan spiderman.. kebetulan pulak dia pakai baju spiderman tu.. mmg excited la nak bergambar.. so kita layankan jer la... Alhamdulillah.. anak2 happy ibu pun happy..


3 comments:

  1. Samalah dkt sini. Asal cuti semua xreti duduk rumah. Bezanya kitorang xpernah bawa syafi masuk wayang lagi sbb tau xkn boleh fokus punya nanti. Hehe

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu di johor memang macam tu. Kenduri kawen pun buat pada hari sabtu.

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat tengok spiderman. :)

    ReplyDelete