Resepi :: Nasi Goreng Noxxa Mudah dan Sedap!! - Ceritera Ibu

Resepi :: Nasi Goreng Noxxa Mudah dan Sedap!!


Assalamualaikum

Ok.. hari ni Dilah nak share satu lagi resepi mudah dengan menggunakan periuk pressure cooker noxxa iaitu Nasi Goreng Noxxa.. Jangan tak caye, nasi goreng pun boleh dimasak menggunakan pressure cooker noxxa ni tau.. mudah sangat.. tak payah nak masak nasi dulu.. masak terus guna BERAS tau.. kalau tetiba tetamu datang boleh terus masak.. boleh hidang panas2 lagi tau.. yummy... :)

Tapi harus la ada PRESSURE COOKER NOXXA dulu tau.. pressure cooker lain Dilah tak pasti boleh buat.. sbb kebanyakan PC di pasaran tak ada fungsi stir fry ni..  Fungsi STIR FRY ni adalah untuk menggoreng dan menumis.. senang cakap apa yg kuali boleh buat STIR FRY ni pun boleh buat la.. hehe

Ok.. jom kite tengok resepi nasi goreng basic ni.. ni kira resepi nasi goreng paling basic la sbb tak letak bahan2 ayam ke sayur ke.. memang tak letak. just tambah telur jer.. tapi ni la nasi goreng yg  anak2 Dilah suka makan.. kakak panggil 'Nasi Goreng Telur'. hehe.. tapi kalau korang nak letak bahan2 lain pun boleh..

NASI GORENG NOXXA

Bahan-bahannya
- 3 ulas bawang putih **
- 3 biji bawang merah**
- ikan bilis**
- 3 biji telur
- garam secukup rasa
- cili padi (tak letak)
- 2 pot nasi
- 3.5 pot air (guna pot beras yg sama-bergantung kpd jenis beras)
 - udang/ayam/sayur-sayuran (optional)

Cara memasak

- Set STIR FRY pada pc noxxa & masukkan minyak utk menumis.
- Tumiskan bahan2 bawang putih + bawang kecik + ikan bilis sampai naik bau. Then masukkan garam secukup rasa.
- Pecahkan telur dan gaul2 telur..
- Masukkan beras yg telah dibasuh dan gaul rata.
- Masukkan air dan kacau rata.
- Set HIGH PRESSURE HP08 (8min) utk masak nasi.
- Siap.. sedia untuk di makan.

Boleh tengok gambar utk lebih detail.


Set STIR-FRY utk menumis.. masuk kan minyak utk menumis secukupnya..

Tumis bawang putih + bawang merah + ikan bilis yg telah ditumbuk.. dah naik baru masuk kan garam secukupnya..

Then pecahkan 3 biji telur.. hancur2kan telur sehingga garing..

Masukkan beras.. gaul rata..

Masukkan air secukupnya (bergantung kepada jenis beras).

Then set HIGH PRESSURE HP08 dan on.. masak nasi utk 8 min..

Tadaaa.. nasi goreng noxxa dah siap ��
 
SELAMAT MENCUBA 😉


Nak beli pressure cooker noxxa?
Bulan ni ada offer tau boleh 5 kali bayar.
 dan lagi best ada free gift Knife with attached cutting board.
Nak tau lebih detail, boleh whatsapp Dilah. Kalau nak join group kutu pun boleh jugak..
Roger2 jer Dilah ok..

Whatsapp 012-7275531 (dilah)


7 comments:

  1. HII NOXXA NI teramatlah mudahnya.. lama dah x buat nasi goreng dalam ni

    ReplyDelete
  2. wah bestnya kalau ada satu dekat rumah hikhik. laparlah nampak nasi goreng

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    ReplyDelete
  3. Amboi mudahnya dilah. Senang sgt kalau ada tetamu dtg mengejut dekat rumah.

    ReplyDelete
  4. Dah beli periuk noxxa. Tp skrg blm penah guna lg. Dapur gas baru je rosak. Nak xnak, now kna guna noxxa la pulak

    ReplyDelete