Auroma Scents Travel Pack by Auroma Scents - Ceritera Ibu

Auroma Scents Travel Pack by Auroma Scents




Assalamualaikum

Ingat lagi tak Dilah pernah share yg Dilah terpilih sebagai pemenang Giveaway, boleh tengok di SINI. Alhamdulillah, hadiah dari blogger Farah Zahirah telah pun dah selamat Dilah terima beberapa minggu yg lepas. Dilah teruja sangat tengok packaging yg comel Auroma Scents Travel Pack ni tau..



Jom tengok apa yg Dilah dapat dalam botol comel ni.. ni semua homemade balm dari Auroma Scents tau.. Dalam ni ada 5 jenis balm iaitu, Vapor Rub, Happy Tummy Rub, Bedtime/ Deep Sleep Rub, Itch No More Rub & Skin Soothe Rub. Dilah suka sangat bau semua balm ni.. best…


So far Dilah dah try guna 3 jenis balm ni pada anak-anak Dilah. Yang 1ST tu guna Vapor Rub. Yang ni Dilah guna masa Fattah anas selsema dan batuk. Sapu kat dada sebelum tido. So far Fattah anas dah kurang terjaga malam dan batuk.. selsema pun cepat baik..Alhamdulillah…
 
Kalau korang kenal anak-anak Dilah ni jenis yang aktif sangat. Tak reti duduk diam, asayik bergaduh jer si abg faris ngan kakak Diyana tu.. Pastu bila nak tido pun bergaduh jugak berebut nak tido sebelah ibu.. ehhh.. stress tau dengar bising2 bergaduh dan bertolak-tolak.. masing-masing taknak beralah.. Bila Dilah teringatkan ada bedtime balm ni, Dilah suruh masing2 baring dan Dilah sapukan..

Jeng..jengg..jenggggg… tak lama lepas tu terus anak-anak tido tauuu.. yg best nye malam tu si abg faris tak berjaga langsung… kalau tak, tiap2 malam mesti terjaga. Kalau dia terjaga & dilah takde sebelah dia, mesti dia merengek-rengek dan cari dilah.. menyelit jer la kat sebelah dilah.. grrrrr… anak bertuah sorang ni memang lain machiam perangai dia tau… selalu buat ibu urut dada.. haha..

Next Dilah dah try pakaikan Skin Soothe Rub pada kakak Diyana.. lately ni dia asyik mengadu gatal-gatal jerk at badan dia.. so Dilah sapu la balm ni untuk kurangkan gatal2 tu..



So far memang puas hati dan suka pakaikan kat anak-anak.. so kalau korang nak cari balm mcm ni jugak boleh terjah blog Farah ye..

Instagram : Auroma Scents_HQ

Facebook :  Auroma Scents HQ

Contact No : 011-1018 1916 




2 comments:

  1. paking sangat cute.bertuah dapat hadiah tu

    ReplyDelete
  2. Macam best je ni kak..Nanti saya nak recommend pada kakak sy yg ada anak kecik. ehehe.

    ReplyDelete