Check Up Fattah Anas @ 2y4m - Ceritera Ibu

Check Up Fattah Anas @ 2y4m


Assalamualaikum



Dah lama rasanya tak cerita perkembangan anak-anak Dilah kan.. semalam Dilah bawak si kecik Fattah Anas ke klinik untuk check up 2y4m. actually, check up tu untuk 2thn 3bulan, tapi Dilah ni asyik la lupa jer nak check appointment tu bila.. sudahnya dah terlepas tarikh.. haha..

Actually last week dah datang dah.. tapi sebab sampai dah 3.45ptg, nurse dah tak terima lagi sbb ramai sangat org hari tu.. hahaha.. padan muka ibu, sape suruh datang lambat kannn.. so semalam datang awai sikit la. 2.15 dah sampai.. tapi nombor tetap banyak jugak.. agak lambat jugak smlm sbb mungkin ramai yg baru bukak buku baru, so amik masa yg lama..

 Untuk check up kali ni, nurse bagi ubat cacing pulak. Sebelum ni ubat cacing dalam bentuk cecair kan.. tapi kali ni dah bentuk pil pulak.. yang pasti mesti la chewable. hisap-hisap jer.. budak-budak mana pandai telan kannn.. hehe.. dan skrg ni pemberian ubat cacing oleh klinik kerajaan adalah setahun sekali berbanding 6 bulan sekali sebelum ni.. mungkin kerana bajet dah kurang skrg ni kan... hmmm...

Masa awal-awal sampai klinik tengok fattah anas senyap jer.. elok jer dia duduk diam.. mengantuk sangat rasanya sbb pagi tu bermain sakan dia dgn abg faris. Ingat kan kejap lagi tidur la tu.. sangkaan ibu jauh meleset.. kejap jer dia duduk diam ngan mata layu.. lepas tu berjalan sana sini. kebetulan pulak kat luar klinik tu ada taman permainan.. sibuk nak ke sana.. dengan panas terik tu memang tak Dilah bagi dia main kat situ.. Sudahnya asyik berkejaran la ibu dgn budak kecik ni.. hahaha..
Lagi 3 bulan check up lagi.. yg tu check up biasa jer.. nanti masa umur 3 tahun ada check up lagi untuk ujian autism. ni info terbaru yg Dilah tau.. biasanya anak lepas 2 tahun dah tak bawak check up lagi.. tu yg tak tau ada ujian autism ni.. haha...

So far perkembangan Fattah Anas sangat baik.. dah pandai bercakap petah.. dah pandai buat ayat.. tapi pelat sikit2 tu biasa la kan.. makan dan pakai baju pun dah boleh buat sendiri.. bab makan memang takde masalah. kuat makan budak ni.. tak padan berat cuma 10.5kg jer bila timbang smlm.. haha.. memang betul2 ikut genetik ayah wan ni.. ok.. tu jer la perkembangan budak kecik ni..


3 comments:

  1. tak tahu pulak ada ubat cacing semua. masa adik dulu beli dekat farmasi je tak pernah pulak kena pergi checkup ke apa. anyway, semoga anas membesar dengan jayanya. :D

    ReplyDelete
  2. Ana khamis ni check up syafi. Ubat cacing tu dah 2x syafi dpt. Bukan main suka dia dpt kunyah ubat tu. Dlm pikiran dia gula2. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Encemnya fattah Anas mcm fattah amin gitu. Seronok umue mcm no main dgn dia ka

    ReplyDelete