Menu Baru di Ejohng Concept - Ceritera Ibu

Menu Baru di Ejohng Concept


Assalamualaikum

2 minggu lepas, Dilah ada food review di Ejohng Concept , Taman Sri Pulai, Skudai Johor. Actually, ini bukan la pertama kali Dilah pegi makan di Restoren ni.. Dah berkali-kali dah.. sebab nya restoren ni dekat sangat dgn rumah Dilah.. kira sebelah taman jer pun.. tu sebab selalu pegi.. tapi bukan sebab dekat jer, sebab utama makanan yg dihidangkan memang sedap2 belaka. Harga pun boleh tahan mampu milik. Walaupun menu yg dihidangkan menu hotel dan chef mereka memang berpengalaman bekerja di hotel, tapi harga masih mampu bayar la org kata..

 Chicken Pizza

Seafood Pizza

Kali ni Dilah try menu pizza yg baru diperkenalkan di Ejohng Concept. Selain dari PizzArt yg Dilah ceritakan dalam entry sebelum ni, Ejohng Concept juga turut perkenalkan menu pizza baru mereka iaitu Chicken Pizza dan Seafood Pizza..


Kedua-dua pizza baru ni memang rasa sedapt sangat. Topping pizza pun sangat banyak.. dalam roti pun sama.. memang puashati la bila makan.. rasa kenyang sangat sbb roti pizza ni pun tebal.. 

Selain pizza, ada banyak lagi menu western food yg di sini.. menu ala kampung pun ada.. banyak jugak yg Dilah dah try.. memang sedap2 belaka.. hehe..



Dilah sangat suka deco-deco di Ejohng Concept ni.. cantik dan menarik.. dari pintu masuk pun dah nampak cantik.. memang nampak exclusive walaupun berada di deretan rumah kedai yg biasa-biasa jer.. 1st time tengok restoren ni ingatkan ownernya chinese ke. Rupa-rupanya orang melayu..  


Kalau korang nak tau Ejohng Concept ni pun ada jual makanan untuk set bajet tau masa siang hari.. diorang namakan NASI MUAFAKAT BANGSA JOHOR. harga memang murah.. nama pun  nasi bajet kann.. 

Owner Ejohng Concept

Kalau korang nak try juga menu-menu yg ada kat sini boleh la datang ke restoren ni ye.. dah datang sekali mesti nak repeat lagi.. hehe

Ejohng Concept
45, Jalan Pulai Perdana 11,
Taman Sri Pulai Perdana,
81300 Skudai, Johor
No. Telefon : 07-5202457

Entry berkaitan :




3 comments:

  1. saja je nak goda kita kan? haaa mmg makan kat sini laa nanti. haha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. terliurnya tengok pizza tu.kalau ada pergi johor, kena singgah makan di Ejohng ni

    ReplyDelete
  3. sedap pizza dia... teringat sampai sekarang...

    ReplyDelete