Perisa Baru Biskut Belvita Breakfast Pisang & Oat
Assalamualaikum
Anak-anak Dilah jenis yg pemakan semuanya. Terutama si kecik Fattah Anas
tu. Kat rumah memang sentiasa kena ada stok makanan macam biskut-biskut. Jajan-jajan
memang Dilah tak galakkan dan tak suka beli. So, stok makanan pun kena la
variasi baru la anak-anak tak boring nak makan.
Macam Fattah Anas tu, bangun tidur jer terus ajak ke dapur. Tunjuk kat
kabinet yg simpan segala stok makanan. Dia akan pilih sendiri nak makan apa.
Salah satunya adalah biskut Belvita. Sebelum atau selepas mandi dia akan makan
biskut dan kemudian baru minum susu.. kadang dah makan tak jadi minum susu.
Masa mula-mula Dilah nampak biskut Belvita ni memang dah tertarik. Bila
dah beli dan try rasa memang sedap rasanya. Kadang2 Dilah pun bawak bekal kat
opis sebagai kudap-kudapan.. hehe..
Mondelēz Malaysia
(Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia
Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian
biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana
& Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih
banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang
dan sihat.
Sharon Tan dan Dr Hamid
“Rata-rata rakyat Malaysia
menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan
kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan
produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi
gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia.
Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh
nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan
pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang.
Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa
memerlukan sebarang penyediaansekaligus menjadi pilihan yang mudah dan
bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.”
- Sharon
Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International
Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains
Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut
memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan
bermutu tinggi.
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan
fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan
peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan
hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu
mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan
tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi
mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”
Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat,
pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol,
sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja
tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian,
buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya
kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada
kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran
rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi
yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya
sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk
memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi
dan zink yang seimbang.
(From L to R)
Renowned lifestyle gurus, Jenn Chia, Hansen Lee and Dr. Ezani Farhana
demonstrated a complete mind, body and soul experience at the event
Harga dan Tempat Jualan
· belVita Pisang &
Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
o 80g (RM2.90)
o 160g (RM5.20)
· Perisa baharu ini akan
dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit
bermula Ogos 2017.
· Semua biskut belVita
Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan
karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
· Biskut belVita
Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g
bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral.
Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu
membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
Korang pun jangan ketinggalan untuk rasa biskut belVita yg baru ni ye..
Gabungan oat dan pisang tu memang mengenyang kan... selamat
mencuba..
sedap kan perisa baru ni.. hee~ sebelum ni kami slelau makan yang cokelat jek.. bila dapat perisa pisang ni, layan gak..
ReplyDeleteAna suka biskut belvita ni. Sedap dan mudah nak bawa g mana2. Sesuai dijadikan snek. Khasiat pun byk.
ReplyDeletesedapnya belvita..sedap dan berkhasiat
ReplyDeleteJanjiKita