#daridapurdilah,

Resepi :: Wajik Durian Noxxa Terlajak Sedap

August 03, 2017 Ibu Dilah 6 Comments


Assalamualaikum..
.
Arini nak share resepi Wajik Durian Terlajak Sedap yg dimasak menggunakan periuk Noxxa. Senang betul keje bila dah ada noxxa ni.. cepat dan mudah...
.
Wajik Durian Terlajak Sedap Noxxa


Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula merah
3 ulas isi durian
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
.
CARA PENYEDIAAN PULUT

1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk noxxa.  Masukkan juga daun pandan yg telah disimpul.

2.  Set High Pressure HP03 untuk masak pulut.

3. Bila dah siap masak, release kan wap air secara perlahan2.
 
.
CARA PENYEDIAAN AIR GULA

1. Tekan button STIR FRY untuk masak air gula.

2. Masukkan gula Melaka + ½ cawan air dan santan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan kacau..

3. Masukkan isi durian dan kacau.

4. Kacau air gula sehingga likat dan pekat.
5. Bila air gula dah pekat dan likat, masukkan pulut yg telah siap dimasak ke dalam air gula.
6. Gaul sehingga sebati.


7. Masukkan dalam loyang dan tekan2 bagi padat.
.
TIPS:
1. Jika nak wajik lembut, air gula tu jangan likat sangat.
2. Jika nak wajik agak keras sikit, air gula tu biar likat.
3. Pastikan pulut dan air gula dalam keadaan panas ketika digaul. Baru boleh meresap dan sebati air gula dan pulut tu.
.

Pssttt.. skrg ni ada offer periuk noxxa lagi tau.. nak tau lebih detail WA 012-7275531
.
#noxxapressurecooker #resepinoxxa #wajikduriannoxxa #periukajaibnoxxa #periukajaib #promosipcnoxxa #sayagunasayajual

You Might Also Like

6 comments:

  1. sedapnya, nak sepiring. hihi :)

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapmya dilah. Lama gak makan wajik.

    ReplyDelete
  3. Wahhh terbaik noxxa ni kena dapat gak ni

    ReplyDelete
  4. Alahai. sedap nyer. dulu kalo Pakcu nak makan wajik nie, time orang kerja kawin jerr, hihihi, ambik kat bawah buaga kat atas pelamin tu. yummmmmmy. sedap nyer,

    ReplyDelete
  5. macam senang nak buat jea..nak trylah buat sendiri

    ReplyDelete