ThemePark - 5th Brick-versary Legoland Malaysia - Ceritera Ibu

ThemePark - 5th Brick-versary Legoland Malaysia



Assalamualaikum
Ok meh kita sambung cerita pegi Legoland aritu. Lambat2 karang basi pulak.. hahaha..

Aktiviti Menarik Sempena 5th Brick-versary Legoland Malaysia
Waterpark - 5th Brick-versary Legoland Malaysia

LEGOLAND THEMEPARK



Lepas makan lunch, kitorg terus masuk Themepark pulak. Time tu dah start gerimis-gerimis sikit. Hajat hati nak join team jdt blogger yg lain sekali. Tp time tu diorg tengah tgk show pulak. So jalan la sendiri layan anak-anak..

LEGO CITY - Junior Driving School & Rescue Academy




Tempat pertama yg diorg pergi adalah Junior Driving School. Abg faris bukan main excited dan berani lagi. Dia nak naik kereta tu. Sanggup tunggu turn 2x round baru sampai turn dia. Sementara tunggu tu saje la ajak kakak Diyana pergi driving school yg lagi 1 untuk kanak-kanak atas 5thn pulak. Tapi dia tak nak pulak, kakak tu mmg ada penakut sikit. Haha.. 
 

Untuk main di Driving school ni, mula-mula sekali kena la isi form ringkas dan beratur. 1 group ada 4 org peserta dan setiap peserta diberikan bawa kereta untuk 3 round. Senang jer nak handle kereta tu just tekan paddle untuk gerakkan kereta dan anak perlu handle stereng kereta. Tapi yg ibu tak paham kenapa la badan abg faris tu membongkok sangat?? Hurmmm agaknya masa dia mula2 masuk kereta tu dia tak ready lagi kot..  dgn kertas form tu dia pegang, tu yg jadi payah dia nak betulkan posisi badan tu.. haha..apa2 pun, ni satu pengalaman buat abg faris kan..


Sementara tunggu abg, si kecik ni dah start merayau boring. Jumpa lego ni sebuk nak amik hammer yg lego tu pegang.. ewahhh sangat tauuu.. macam la kuat sangat kan dikkk.. hahaha..



Next Jalan-jalan kat Rescue Academy pulak.. mula-mula tengok dari luar jer. Ada 1 group ni tengah berlumba nak pancut air untuk padamkan api.. ehh, mcm best pulak.. jom try main jugak.. dah masuk tu beratur. sekali adik Fattah anas tak lepas untuk main. So ibu pun x main la. Suruh kakak, abg ngan ayah jer yg main.. ehhh boleh pulak si kakak tu xnak main sbb ibu tak main.. geram pulak ibu.. dah penat kite tunggu tau.. terus ibu ajak keluar sambil bebel2.. majuk ibu tauuuu.. hahaha


Jalan lagi ke Ninjaho tapi kitorg tak sempat masuk sebab apa ntah.. oo sbb ibu nak kejar gi solat kejap.. korang jangan risau tau, kat dalam Legoland ni ada disediakan surau tau.. boleh tahan besar dan bersih kawasannya. Kalau ada yg nak menyusukan baby or tukar lampin pun ada disediakan 1 tempat khas yg besar dan selesa.. air filter pun ada. Masa kitorg pegi dulu Dilah dah penah masuk menyusukan faris time tu.. memang selesa giler ahhh kerusi yg dia sediakan dalam tu.. haha

IMAGINATION – Observation Tower, Kids Power Tower, Build & Test

Then kitorg jalan ke Imagination area. Kat sini banyak aktiviti dan games yg anak-anak boleh main. Mula-mula kitorg naik ke Observation Tower. Nak naik ni kena beratur dulu. Dari start naik sampai turun semula adalah dalam 10minit. Anak-anak suka naik observation tower ni sebab boleh nampak keseluruhan kawasan Legoland. 






Lepas turun tu kami ke Build and Test pulak. Kat sini takde amik gambar sbb ibu dah penat.. haha.. kat tempat ni anak-anak boleh main lego puas-puas. Kebetulan ada racing competition. Peserta diberikan 2 set tayar, dan mereka perlu bina kereta menggunakan lego yg disediakan. Tapi anak-anak dilah tak join pun competition tu, just diorg buat kereta jer dan test kat track yg disediakan.



Keluar dari Build and Test, nampak ada Kids Power Tower. Nampak menarik dan menguji ketahanan tangan ni.. setiap pasangan mesti ada sorg dewasa dan sorang kanak-kanak. Dilah dan Fattah anas sure la tak naik kan sbb adik tu tak lepas nak main. Dah melalak dia nak main jugak tau.. mujur ada air kotak milo buat umpan, baru dia berenti nangis.. haha.. so yg naik kakak, abg dan ayah wan jer la..

Hari semakin petang dan anak-anak pun semakin penat dan mula meragam. Nasib baik Dilah ada bawak biskut dan air kotak. Bagi mereka makan kejap sementara tunggu si kakak main kuda-kuda. abg tak lepas pulak nak main.. haha.. laju jer masing-masing makan kan sebab dah penat.. So isi perut dulu sebelum teruskan perjalanan..

MINILAND

Actually banyak jugak tempat yg kitorang tak dapat masuk sebab anak-anak tak lepas. so dapat la skip kan.. kalau tak memang tak cukup masa nak cover semua tempat.. Last destination kononnya adalah Miniland.. nasib baik kakak sporting time tu, dapat la amik gambar kakak.. Ayah wan, abg dan adik dah jalan jauh ke depan.. haha 



Kalau sampai ke Miniland ni memang rasa tak pernah puas. Sebabnya Dilah kagum tengok lego monumen bangunan dari serata dunia. Rasa kagum sangat tengok pembinaan lego tu.. nampak real kan.. tapi sayangnya tak sempat jugak nak cover semua area terutamanya bangunan KLCC. sebab time tu anak-anak dah teruja tengok train. dah taknak layan ibu nak tengok KLCC.. frust tau.. sobsobsobbb....




So untuk memuaskan hati anak-anak, jom la kita naik train pulak. pusing area legoland ni. sekurang-kurangnya dapat jugak tengok beberapa tempat yg kitorg tak sempat pergi tu kan.. tapi biasa la, nak naik train ni kena beratur panjang jugak.. tapi nasib baik tak lama sangat.

AWESOME PARADE  [The Beginning]

Sebenarnya, kitorg tertunggu-tunggu last performance Awesome Parade ni sbb ada maskot minfigure Legoland ni.. performance ni bermula jam 6.30 ptg. so gigih la masing-masing menunggu walaupun dah penat kan.. haha..



Performance dari maskot minifigure dan staff legoland ni memang best sangat. Dilah sempat record beberapa video persembahan diorang. Memang berulang-ulang kali anak-anak-anak tengok video tu terutamanya si kecik fattah anas tu.. hahaha.. siap dia ikut lagi apa yg maskot tu buat. Lastly sempat la abg dan kakak bergambar dengan maskot tu beramai-ramai. 

Alhamdulillah.. Dilah berpuas hati sangat sebab dapat mengembirakan anak-anak. Tak habis-habis diorg cakap terima kasih ibu sebab bawak kakak & abg pergi Legoland. Terima kasih juga pada Legoland Malaysia kerana memberikan pengalaman manis untuk kami sekeluarga. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi dapat la kita ke Legoland lagi ye anak-anak...


Esok last day sambutan 5th Brick-versary Legoland Malaysia tau. Sempat lagi kalau korang nak pergi Legoland. Tapi kalau tak sempat pun bila-bila boleh jer pergi.. kumpul duit cukup-cukup ye.. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh check di facebook dan website rasmi Legoland Malaysia ya..




  Instagram: @legolandmalaysia 





2 comments:

  1. assalamualaikum dilah...kalau dah dtg legoland kanak2lah yg paling seronokkan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete