FEMILAC MILKBOOSTER UNTUK IBU MENYUSU - Ceritera Ibu

FEMILAC MILKBOOSTER UNTUK IBU MENYUSU




ASSALAMUALAIKUM

FEMILAC MILKBOOSTER UNTUK IBU MENYUSU – Dilah ada 3 orang anak.. Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Dilah kesemuanya menyusu badan sepenuhnya sekurang-kurangnya sehingga 18 bulan. Pengalaman Dilah sendiri dalam menyusukan ketiga-tiga anak ni sangat mencabar.. Ye, jangan ingat nak menyusukan anak ni mudah jer ye.. banyak perkara yang perlu kita pelajari dan ambil tahu agar kita mampu mengharungi cabaran dalam penyusuan. Mujur kedua-dua belah keluarga Dilah dan mertua sangat menyokong Dilah dalam menyusukan anak. So Dilah tiada masalah dari segi sokongan keluarga.

Dilah ni jenis susu cukup-cukup jer.. takde la sekali pam tu dapat sampai 12 – 18 oz.. memang tak la dapat banyak tu sekali pam.. nak dapat amaun tu pun kira 2 or 3 kali pam.. senang cakap sehari punya pam kat ofis la baru boleh dapat banyak tu.. So Dilah kena banyak minum air dan makan untuk memastikan susu badan tetap cukup untuk anak.. walaupun kadang-kadang rasa nak nangis bila tak dapat capai target untuk bekalan anak bila musim-musim susu merudum tu datang.. huhu..

Tapi zaman sekarang ni dah tak perlu risau sangat. Banyak dah milkbooster yang dijual untuk membantu memperbanyakkan susu ibu.. tak macam masa zaman Dilah menyusukan kakak diyana 7 tahun lepas.. time tu memang struggle giler la bila susu merudum.. makin stress makin la terganggu penghasilan susu tu kan..

FEMILAC MILKBOOSTER


Sekarang ni kalau korang ada masalah dalam penghasilan susu ibu, korang boleh try Femilac Milkbooster ni.. Di samping teruskan rutin mengepam sekerapnya, minum air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari dan makan makanan yg berkhasiat secukupnya, korang juga boleh mengambil Femilac Milkbooster ni untuk membantu memperbanyakkan susu badan.



Kandungan Femilac Milkbooster



Femilac Milkbooster dihasilkan dari beberapa jenis makanan Sunnah (habbatussawda, kurma, madu dan susu kambing) dan juga beberapa jenis bahan tradisional seperti Alfalfa, Fenugreek, Spirulina dan Aquamin bagi melancarkan pengeluaran susu badan dan menghasilkan susu badan yg lebih pekat dan berkualiti.



FEMILAC SILICONE BREASTPUMP & MILK COLLECTOR





Disamping Femilac Milkbooster #tibetibebengkak , Feedmilk juga turut mengeluarkan satu lagi produk yg bagus iaitu Femilac Silicon Breastpump & Milk Collector. Dilah memang teruja sangat ni.. Biasanya bila susu tengah meriah sangat, belum sempat nak pam susu dah mengalir jer..


Dengan adanya Femilac Silicone breastpump ni, sangat mudah.. sementara nak setup pam tu, korang boleh guna Femilac Silicone ni dulu untuk tadah susu yg mengalir tu.. kalau nak lagi senang, terus je pam guna silicone ni, dah tak payah nak cuci banyak2 corong kan.. hehe.. Yang paling penting, Silicone Breastpump ni lembut sahaja dan tak menyakitkan cik B kita.. tu yg penting kan…
 

 
Femilac Milkbooster dan Femilac Silicone Breastpump Milk Collector ini dikeluarkan oleh Syarikat Bumiputra FEEDMILK. Yang pastinya produk yang halal kan.. so tak perlu la nak risau kan.. Kalau korang nak beli kedua-dua produk ni, korang boleh lawati website dan facebook FEEDMILK ye..

Untuk maklumat lanjut, sila layari website dan facebook berikut ya;

Facebook : Femilac HQ

Atau walk-in di butik FEEDMILK di alamat berikut;

H50-1, JALAN SERAI WANGI M16/M, 
ALAM AVENUE 2, SEKSYEN 16,
40200, SHAH ALAM,
SELANGOR





1 comment: