Happy 5th Birthday Faris Zakwan & Happy 60th Birthday Bunda - Ceritera Ibu

Happy 5th Birthday Faris Zakwan & Happy 60th Birthday Bunda


Assaalamualaikum

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas 7 Okt 2017, genaplah usia anka bujang Dilah si Faris Zakwan tu 5 tahun. Rasa cepat jer anak bujang ni dah besar.. haha.. (ayat cliché kan) Tapi kan, abg Faris ni walaupun dah 5 tahun, dia punya manja mengalahkan adik Fattah Anas tu tau… memang manja sangat anak bujang ni..


Anak no 2 ni kan perangai dia lain machiam sikit kan.. banyak songel dan ragamnya. Macam tu la jugak dengan si Faris ni.. sejak dari baby lagi sampai skrg ni ragamnya memang lain sangat. Dia punya akal.. fuhhhh.. berganda2 kreatif.. manja, notty.. mcm2 la.. kalau tido malam pulak, kadang2 tido bilik asing, nanti tengah malam mesti bangun nangis merengek2 cari ibu.. padahal dia tau je ibu kat mana, selagi kita tak panggil dia akan nangis merengek2.. nak jugak ibu panggil datang tido kat ibu baru senyap.. haha.. berbeza ngan adik yg baru 2thn stgh tu, kalau tido bilik asing terjaga tengah malam.. ekk ekk sikit je.. tak pun datang cari ibu sendiri.. berbezakan…. Haha

Ibu memang kena urut dada banyak2 melayan anak abg ni.. kadang tengok tak padan ngan ganas dia tapi manja.. haha.. pastu ngan kakak asyik bergaduh jer.. biasa lah anak laki kan nak tunjuk hero.. hehe.. ehh banyak pulak ibu bebel pasal perangai abg ni, Nampak nau dah lama tak update perkembangan anak kan..



Sabtu lepas sempat la celebrate kecil2an kat rumah Tok Ma sbb tok ma pun baru balik haji kan.. so ziarah sekali la.. sebulan lebih tak jumpa, masing2 rindu tokma.. so sempat la potong kek rainbow request dari besday boy jugak.. sori.. gambar gelap pulak.


Buat anak ibu Faris Zakwan bin Md Aswan,
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..
Semoga abang sentiasa berada dalam keredhaan Allah.
Dipanjangkan usia abang.. diberikan kesihatan yg baik..
Semoga abang menjadi anak yg soleh, berbudi pekerti mulia…
Semoga abang Berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu, ayah, kakak dan aadik sayang sangat kata abang tau..

Semalam jugak birthday Bunda Dilah yg ke 60tahun.

Selamat Hari Lahir Bunda..
Terima kasih kerana menjadi emak dan nenek yg terbaik buat kami semua..
Semoga Allah panjangkan usia BUNDA dan diberikan kesihatan yg baik buat Bunda selalu..
Semoga Allah murahkan rezeki Bunda selalu..
I LOVE U BUNDA…


1 comment:

  1. happy belated birthday...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati...aaaminnnn...

    sedapnya tgk kek tuuu

    ReplyDelete